Wordpress: Bagaimana untuk Setup Gravatar

Thursday, October 1, 2009 15:05
Posted in category tips and tricks

Salam Sejahtera Pembaca Blog Mantra,

gravatarGravatar ialah Globally Recognize Avatar, dimana kita mendaftar gambar kita menggunakan email. Email ini kemudian akan dikenali atau dikesan dan akan keluar gambar yang kita telah setup pada akaun gravatar kita, apabila kita menggunakan email tersebut ketika mendaftar maklumat diri. Fungsi Gravatar ini amat Famous didunia Wordpress. Gambar akan keluar pada ruangan komen diblog apabila seseorang yang mempunyai akaun Gravatar mendaftar email mereka sebelum melakukan komen diblog. Blog ini sendiri menggunakan fungsi Gravatar.

Cara untuk mendaftar Gravatar amatlah mudah. Cuma pergi ke website http://en.gravatar.com dan klik pada butang sign up disebelah atas-kiri. Kemudian daftarkan email anda. Setelah itu lakukan proses mengupload gambar. Gambar ini akan terpampang sewaktu anda melakukan komen di blog wordpress.

signup-gravatar

Bagaimana gambar ini dikesan? semasa anda ingin meletakkan komen disatu blog, anda dikehendaki untuk meletakkan data diri seperti nama,email dan website. Email ini akan dikesan mempunyai link dengan akaun Gravatar anda dan gambar Gravatar anda akan dikesan. Jika email tidak dimasukkan maka tidak akan keluar gambar. Mantra rasa email wajib diletakkan sebelum komen bukan?

masukkan-email

Jika kamu sudah mempunyai blog Wordpress, setup Gravatar adalah menjadi satu kemestian. Komen diblog akan kelihatan lebih menarik dengan gambar-gambar pengomen diblog. Untuk memastikan Gambar-gambar Gravatar ujud diruangan komen, anda perlu lakukan setting Wordpress anda sepertimana langkah ini

Login Akaun Wordpress. Diruangan Dashboard anda klik pada menu “discussion”, iaitu sub-kategori bagi “setting” di ruangan sebelah kiri. Setelah itu, skroll sehingga ke bahagian bawah sekali. Pastikan anda “tick” pada perkataan “Gravatar” dan save.

setting-gravatar-wordpress2

Klik untuk paparan lebih jelas

Refresh semula homepage blog anda dan tekan salah satu tajuk post diblog. Lihat diruangan komen samaada Gravatar telah berjaya atau tidak.

Selamat Mencuba :)

Masih belum Terlambat

Walaupun sudah agak lama saya mengetahuinya namun kekangan masa menyebabkan saya tidak dapat mengumumkan dari awal lagi berkenaan perkara ini. Iaitu mengenai Panduan ClickBank dari usahawan internet MAWARDI. Laporan ini berharga RM 67 pada asalnya dan kini sedang diedar percuma. Downloadnya disini

http://www.panduanclickbank.com

Secara ringkasnya, Panduan ini menerangkan 10 langkah berkesan menjalankan perniagaan program Affiliate clickbank sepertimana saudara MAWARDI sendiri usahakan sehingga mencecah komisen hampir RM 60 000.

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 5% [?]

You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Wordpress: Bagaimana untuk Setup Gravatar”

  1. shahrul says:

    October 1st, 2009 at 8:36 pm

    Bagus kpn sesiapa yg belum tahu. Test gravatar aku, tgk.
    shahrul´s last blog ..Cara Untuk Design PCB Menggunakan Protel My ComLuv Profile

  2. Mantra says:

    October 2nd, 2009 at 4:44 am

    Yup Shahrul. Kepada yang tercari-cari bagaimanan nak setup gravatar. Anyway gravatar bro tu gambar circuit ape ye? Microcontroller ke? ke AR4TB ? Hehe sorry tak berapa pandai sangat …

  3. Kobot Dauni says:

    October 3rd, 2009 at 2:53 pm

    banyak lagi sebenarnya org yg tak tahu nak setup gravatar ni..lagi2 newbie. so artikel ni bagus kepada newbie yg masih baru dalam dunia blogging..

  4. Mantra says:

    October 3rd, 2009 at 5:52 pm

    Yup betul tu, tapi ada satu benda juga yang masih kurang jelas. Kenapa kalau reply komen melalui ruang admin GRAVATAR tak keluar gambar ye? macam komen ni. Ada sesiapa yang dapat bantu?

  5. areniq says:

    October 5th, 2009 at 8:38 pm

    klu bukan dari blog spot komen jadi x nie…
    areniq´s last blog ..Kalau la Keta ak cam Nie… My ComLuv Profile

  6. Mantra says:

    October 5th, 2009 at 9:51 pm

    Salam,

    Kalau bukan dari blogspot habis dari mana? Asalkan daftar email dan gambar di akaun gravatar, masa nak komen tu kena la letak email baru boleh gravatar dikesan. Kalau di blogspot tak jadi rasanya…sebab blogger.com kalau komen dia keluar gambar profile. Kalau tak silap

  7. Pemburu impian says:

    October 13th, 2009 at 1:42 am

    Assalamualaikum Tuan Rumah.
    Gravatar ibarat jenama si penulis.

    Jika burung di nilai melalui suaranya,
    Manusia melalui kata-katanya
    Blogger oleh gravatarnya..

    Sedang cari idea untuk dapatkan gravar yang boleh mewakili misi dan visi “pemburu impian”

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum
    Pemburu impian´s last blog ..Diari Aku & Duit (siri 4) My ComLuv Profile

  8. belajar photoshop says:

    October 14th, 2009 at 1:10 pm

    kat laptop saya , blog ni cam ada problem je……. apasal ni.

    saya baru buat gravatar.
    belajar photoshop´s last blog ..Beyonce My ComLuv Profile

  9. Mantra says:

    October 14th, 2009 at 1:57 pm

    Masalah macam mana ye?

  10. Mantra says:

    October 14th, 2009 at 2:24 pm

    Waalaikumussalam,

    Yup pembinaan jenama diri amat penting untuk meningkatkan kredibility dalam sesuatu bidang.
    Baru orang kenal kita.

  11. shahrul says:

    October 15th, 2009 at 5:11 am

    hehe, gravatar aku circuit PIC yg aku design sendiri utk robocon. X tahulah akan datang akan tukar kpd gmbr muka sendiri.
    shahrul´s last blog ..Tempah Kad Kahwin Secara Online My ComLuv Profile

  12. azlan says:

    January 30th, 2010 at 5:58 am

    terima kasih 4 sharing…akhirnya dapat lah jugak org kenal aku
    hehehe…
    azlan´s last blog ..Monopoli Pasaran My ComLuv Profile

  13. Mantra says:

    January 31st, 2010 at 2:31 pm

    @Shahrul, perh…design sendiri tuh…bile la leh jadi camtue ye….takpe tak lame lagi tukar gambar sndiri tu…baru femes ;)

    @ Azlan, ok thanks ye jangan lupa share kat kawan2 lain…
    Mantra´s last blog ..Paypal Wishlist dah bayar komisen, bestnya! My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled