Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Tips: Bina Blog Niche bahagian 2

Bersambung dari bahagian 1 dimana aku telah menukar theme, menambah plugin, mengubahsuai widget, meletakkan Adsense dan meletakkan kod StatCounter. Pada hari ini aku telah mendaftar 2 akaun socialwebsite yang tersangat popular iaitu Facebook dan juga Twitter.

Untuk pendaftaran ini dikhaskan untuk tujuan blog niche ini sahaja. Selain untuk mendapat trafik, 2 website ini juga memainkan peranan penting dalam proses mendapatkan backlink. Memandangkan PR kedua-dua website ini sangat tinggi, potensi untuk mendapatkan backlink adalah lebih baik di website ini. Apa yang aku lakukan ialah ‘sign-up’ atau daftar akaun baru di kedua-dua website ini. Akaun ini adalah untuk tujuan trafik dan backlink.

Untuk tidak keliru, ada baiknya korang berikan username 2 akaun ini dengan meletakkan nama blog niche korang. Jadi taklah terkeliru dengan akaun facebook korang yang sebenar.

1. Facebook
Pada ruangan profile, klik pada lambang “+” (tambah) dan pilih ‘note’. Kemudian pada menu kiri yang bertajuk “subscribe” pilih “edit import setting”.

Pada bahagian seterusnya, masukkan URL RSS blog anda. Kemudian klik “Start importing”. InsyaAllah selepas ni bila ada je post baru di blog niche tersebut secara automatik akan keluar link di ruangan ‘WALL’ facebook anda,

2. Twitter
Untuk Twitter, aku telah menambah lagi 2 plugin. Plugin tersebut adalah “twitter badge” dan juga “retweet”. Plugin Twitter Badge akan menampilkan satu lambang twitter di ruangan Blog Niche dan jika pelawat klik mereka akan terus dibawa ke ruangan profile twitter korang. Dan ini membolehkan mereka untuk ‘follow’ korang.

Plugin “retweet” pula digunakan untuk menampilkan satu lambang yang merupakan statistik berapa orang yang dah ‘retweet’ post anda di twitter mereka. Pelawat boleh tweet post anda jika mereka suka dengan menekan lambang tersebut. Lihat 2 anak panah merah pada gambar dibawah untuk 2 plugin yang telah digunakan.

Seterusnya….akan bersambung pada bahagian 3 pula nanti…

Tags: , , ,

Leave a Reply