Tip: Jangan biarkan idea Blogging anda hilang begitu sahaja
Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,
Semoga sihat dan ceria selalu ya. Macam Biasalah Mantra nak kongsikan satu cara nak update Blog. Tip ni mudah je. Tip supaya kita tak kehilangan idea berblogging. Ketika korang membina post di WordPress cuba perhatikan button “Save Draft” dan fungsi “Publish immediately” yang ada bersama page korang membuat post. Kedudukannya berada diaatas button “Publish”.
Ada keistimewaan sebenarnya mengapa fungsi-fungsi ini diujudkan. Mantra menggunakan fungsi button ini apabila tiba 2 situasi berikut :
Ketika Mendapat idea
Ya! pastinya korang akan terpikir idea-idea menarik ketika korang tidak berada di hadapan PC. Catitkan pada kertas dengan catatan ringkas tentang post yang kamu akan buat yang kamu terpikir sebentar tadi. Apabila tiba di rumah, Log-in WP dan klik pada “New Post”. Tulis tajuk artikel yang bakal kamu nak buat (Ini penting supaya tak lupa). Kemudian karang sikit idea kasar tentang post yang bakal ditulis. Kemudian klik pada “Save Draft”. Post ini tidak akan dipublish sehingga kamu menekan button publish. Ianya akan disimpan rapi dibahagian list post tapi ade label “draft” disitu (kalau perasan). Kalau kamu ada 10 idea waktu tu, buat macam ni 10 kali. Maka selepas ni bila kamu nak update blog, kamu akan tersenyum dan berkata “Ah! mudahnya kerja aku”
Ketika Sibuk
Tahukah kamu bahawa sebelum Mantra menghadapi Final Exam sebelum ini, Mantra beritahu kamu semua bahawa Mantra tidak berada dihadapan PC. Ya memang betul. Sebelum berangkat ke Medan Perang Mantra telah menyiapkan beberapa artikel dan telah dipublishkan mengikut waktu yang kita mahu. Apabila sampai tarikh tersebut, zaaass!…keluarlah post tu. Bukan Autoblog ye. Kita buat artikel tu kemudian kita cuma setkan masa bila ianya akan di “Publish”. Mudah kan?
Caranya setelah selesai membuat artikel, klik pada “edit” disebelah “Publish immeditely“. Pilih tarikh-tarikh keramat yang kamu mahu artikel tersebut disiarkan. Contohnya kamu set 19 Disember 2009, 7.00 AM. Maka pada tarikh dan waktu tersebut akan tersiar artikel kamu. Pastikan artikel lengkap (Siap dengan gambar baru nice!)
Ok itu aje Tips murah dari Mantra. Semoga bermanfaat.
Tips murah = kebanyakan orang pasti dah tau benda ni cuma Mantra nak ingatkan semula.
Related Posts :
Tags: tips blogging, tips posting, tips rangka post, tips update blog, tips wordpress
This entry was posted on Saturday, December 5th, 2009 at 1:02 pm and is filed under tips and tricks. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




December 5th, 2009 at 3:15 pm
Terima Kasih bro atas peringatan.. x salah bagi ingatan.
manusia mudah lupa.. hehehe..
wa..lepas ni aku kena selalu la update blog.. hehehe.
kena menuntut ngan bro ni cara tarik trafik.. =)
.-= awe 9´s last blog ..PC Fair datang lagi ! =-.
December 5th, 2009 at 5:46 pm
@ awe9, Sama-sama bro…
selalu2 la datang sini…
December 6th, 2009 at 12:17 am
ramai dah tahu, tapi tak ramai yang wat..
kadang2, idea datang tak tentu masa…
.-= beliamuda´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.
December 6th, 2009 at 12:59 am
Tip murah tetap berguna kepada saya.bila berada diluar internet tiba2
dapat idea.takut idea itu hilang.tulis atas sekepis kertas atau buku catitan.
.-= mesticun´s last blog ..Sebab apa anda mahu berblog =-.
December 6th, 2009 at 7:36 am
Salam Mantra..apa khabar? Walaupun tips murah tetap berguna. Bagi akak tips ni bagus untuk newbie. Thanks for sharing.
.-= Nozi´s last blog ..Selamat Hari Raya AidilAdha =-.
December 6th, 2009 at 3:17 pm
Wah Bro, semakin hari semakin mantap tips yang di beri. Sangat berguna untuk newbie saperti saya. Mungkin boleh bagi tips lagi untuk wordpress dashboard.
.-= Azhar´s last blog ..Anak lelaki ke atau anak perempuan ?? =-.
December 7th, 2009 at 1:50 am
yeah.draft memang penting
.-= loq´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.
December 7th, 2009 at 3:05 am
ni bukan tip murah ni mantra, walaupun nampak macam kita biasa buat tapi saya percaya tak semua orang tahu.
December 7th, 2009 at 1:01 pm
@beliamuda, betul idea datang tak tentu masa. Lepas tu hilang sekelip mata. Alangkah ruginya…
@mesticun, betul tu cara dan kaedah yang baik juga. Jangan hilang notes tu pulak ye
@Nozi, Khabar baik kak. Sihat alhamdulillah cuma busy sikit sekarang. Yup kalau sesiapa yang belum tahu tu, boleh la cuba tips ni
@Azhar, InsyaAllah, insyaAllah saya akan beri lagi ape yang saya ada…
@Loq, bagi blogger tak semua yang menulis time tu tulis, time tu jugak nak publish. Lagi-lagi macam aku ni. Kalau pro, that’s not a big problem. Kadang-kadang kita tulis separuh jalan, idea tak datang-datang. So, save as draft la
continue next time
@ FaizalEhssan, thanks kerana menghargainya
.-= Mantra´s last blog ..Tip: Jangan biarkan idea Blogging anda hilang begitu sahaja =-.
December 7th, 2009 at 5:09 pm
Xtau la nk ckp tp kalu aku dpt idea trus tulis then publish. Xpenah draft2. Xsuka. Aku suka buat sesuatu keje 2 smpai siap sepenuhnya. Kalu xdpt siapkan aku akn delete then tnggu mood and idea dtg bru start writing again.
“I let my finger dancing on keyboard”
.-= Fazreen´s last blog ..I Don’t Want To Work For a Boss But What Happen If I Have to? =-.
December 8th, 2009 at 9:15 pm
@ Fazreen, Bagus tu bro. Aku suke yang tu. Cuma sejak akhir-akhir ni masa dan keadaan tak mengizinkan my finger to dance. Walaubagaimanapun setelkan semua dalam satu masa memang cara yang bagus Takdelah keje bertangguh kan
.-= Mantra´s last blog ..Tip: Jangan biarkan idea Blogging anda hilang begitu sahaja =-.
December 11th, 2009 at 11:54 am
bagus mantra. saya pun xperasan selama ni. ni bukan tips murah
.-= Zahida´s last blog ..Liyana Jasmay cuba meniru Avril? =-.
December 13th, 2009 at 7:58 pm
Rugi kalau idea yang bagus-bagus hilang cam tu je…
.-= blinkky´s last blog ..How To Enable Gravatar On Your WordPress Blog ? =-.
December 14th, 2009 at 2:31 pm
Damn!
Ini baru betul!
Seorang blogger harus tahu “menyanyangi” ideanya sendiri. JAdi menjadikannya sebagai DRAFT adalah langkah awal untuk mendisiplinkan diri dalam menjadi seorang blogger yang kental.
Nice entri Saiful!
December 17th, 2009 at 5:10 pm
@ Zahida, baguslah sekarang kalau dah perasan. Boleh aplikasikan
@blinkky, Betul tu. Idea kita ni mahal tau
@Rohaizad, Bak kata bro ijad kita kena sayang blog kita. Jangan dianak tirikan blog….
.-= Mantra´s last blog ..Tip: Jangan biarkan idea Blogging anda hilang begitu sahaja =-.
December 18th, 2009 at 10:14 am
terima kasih atas tip yg diberikan. aku sll gak kantoi bab idea ni. byk sgt idea yg hilang begitu sahaja. sia2 je fikir. haha
.-= mohdisa´s last blog ..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal =-.
December 20th, 2009 at 12:24 pm
idea tu bila2 masa saja datang n bila2 masa saja pergi..kena standby utk tu..
saya lebih suka membaca time waktu lapang untuk refresh idea utk blog saya..pasti berkesan..
.-= adrenal´s last blog ..kisah willy wonka dan kilang coklatnya =-.
December 25th, 2009 at 4:17 pm
selalunya, aku tulis terus aje. Tapi kekadang wat gak draft kalau kena wat ujikaji dulu..
.-= titan´s last blog ..Maincyber.com – Malaysia Online Classifieds =-.
December 26th, 2009 at 12:30 pm
@ Mohdisa, apa pulak sia-sia je pikir. berfikir tu bagus untuk latihan otak…barulah otak selalu fresh
@adrenal, yup betul tu bro. Membaca memang satu budaya yang bagus. Keep it up bro
@titan, aku suka part ujikaji tu bro titan. Edisi siasat
January 16th, 2010 at 4:03 am
satu tips yang menarik….
tak terfikir plak
.-= kasimo´s last blog ..Cara Mudah Mengumpul List Melalui Acara JV Giveaway =-.