Posts Tagged ‘widget wordpress’
Menghargai Pengunjung Blog Anda
Salam Sejahtera pembaca Blog Mantra,
Seperti yang Mantra tahu, tanpa pelawat/visitor maka tidak gunalah kita berblog. Melainkan blog itu adalah catatan peribadi dan hanya orang tertentu sahaja yang dijemput dapat melihat hasil penulisan blog tersebut. Jadi Visitor adalah harta yang paling bermakna bagi sesebuah Blog. Malah, ranking sesebuah blog juga dinilai dari jumlah visitor yang hadir ke blog. Semakin ramai pelawat, semakin tinggi ranking blog tersebut. Jadi mengapa tidak kita menghargai pelawat setia blog kita bukan?
Terdapat banyak cara untuk menghargai pelawat setia blog. Antaranya seperti membuat pertandingan/contest secara terbuka dan diberi hadiah, membuat list blog mereka(jika mereka ada blog), bertukar link dengan mereka dan pampangkan dimuka hadapan dan yang paling mudah dan praktikal ialah menilai mereka secara ranking.
Disini saya akan terangkan cara terakhir iaitu menilai mereka dari segi ranking. Macamana untuk membuat ranking tersebut? Katakan Si A dan si B sering mengunjungi blog kita. Tetapi bezanya si A mengambil bahagian atau orang puteh kata ” take part ” dalam penulisan blog manakala si B tidak. Dalam erti kata lain Si A selalu mengutarakan komen dan pendapatnya setiap kali ada post terbaru yang kita buat. Si B pula hanya menjadi silent reader. Si B hanya seronok membaca. Walaupun dia rasakan dia langsung tidak bersetuju dengan artikel diutarakan namun dia membiarkan sahaja. Dia hanya membiarkan si A sahaja yang memberi maklum balas.
Jadi disini perlu kita memberi lebih penghargaan kepada si A. Caranya mudah sahaja, cuba kamu lihat dibahagian bawah blog ini mempunyai senarai komen terbanyak yang bertajuk “penghargaan”. List ini akan memampangkan mereka-mereka yang sering “participate” dengan memberi komen diblog saya. Semakin banyak yang mereka komen, nama mereka akan berada di ranking paling atas. Untuk pengetahuan semua, ianya bukan sekadar nama sahaja. Nama ini mempunyai pautan link ke blog atau website atau apa-apa yang mereka link kan diblog kita. Maka sedikit sebanyak mereka akan merasakan diri mereka dihargai dan secara tidak langsung kita telah membantu mereka dengan memberi traffik. Mereka juga dapat tempias traffik ke link yang mereka beri.
Ops entry ini bukanlah bermaksud untuk menyisihkan si B. Si B juga memainkan peranan penting untuk sesebuah blog. Malah saya percaya golongan B ini lebih ramai jumlahnya berbanding golongan A. Si B ini adalah mereka-mereka yang lebih gemar membaca dari menulis. Dan ada juga antara mereka yang tidak tahu akan kepentingan “linkback”. Dengan membuat langkah pada perenggan sebelum ini mungkin akan membuat si B lebih cemburu kepada si A. Dan ini mungkin akan menggalakkan si B untuk turut serta “participate” diblog kita nanti.
Bagi yang sudah lama berblogging sudah pasti kamu telah ramai rakan blogging yang berkunjung ke blog kamu. Ataupun kamu sendiri pasti telah melanggan beberapa blog yang kamu suka untuk dibaca. Bila ada post terbaru pasti kamu adalah orang pertama yang memberi komen
Sesekali tidak salah kamu promosi blog mereka dalam post kamu juga. Bagaimana? Dengan menyelitkan link blog mereka dalam post yang kamu buat. Contohnya, seperti saya link blog rakan perniagaan saya dalam bentuk perkataan iaitu ” rakan perniagaan”. Ataupun mungkin kamu menulis perkataan “kelakar” sambil linkkan blog rakan kamu yang membuat entry tentang video lawak diblognya. Jika blognya membenarkan trackback, secara automatik ia akan muncul diruangan komen post tersebut. Jika kamu masih blur apa yang dikatakan trackback, lihat gambar ini
Cara melakukannya mudah sahaja. Kamu cuma perlu meletakkan link khas iaitu satu link penuh (permalink) blog yang kamu mahu pada entry diblog kamu sendiri. Contohnya seperti
http://fathuri.com/diari-seorang-online-network-marketer/diari-aku-gdi-siri-3/
Link ini adalah link khas bagi satu entry di blog fathuri.com dibawah entry bertajuk “diari aku dan gdi (siri 3)”. Trackback tidak berjaya jika anda hanya meletakkan link kepada domain utama seperti
http://fathuri.com
Dan syaratnya entry bertajuk “diari aku dan gdi (siri 3)” di blog Fathuri.com hendaklah membenarkan Trackback atau pingback. Jika tidak, maka trackback anda tidak akan keluar diruangan komen di entry khas blog fathuri.com tersebut. Bagi memastikan ini tidak berlaku, baca perenggan seterusnya.
Adalah lebih baik jika setiap kali sebelum kamu publish apa-apa entry baru diblog kamu, pastikan kamu membenarkan 2 setting ini. Setting ini dapat dilihat di bahagian bawah di ruangan membuat entry blog kamu iaitu membenarkan komen pembaca dan juga membenarkan trackback/pingback.
Kesimpulannya, dengan menghargai pembaca blog akan membuatkan mereka lebih selesa untuk kerap kembali ke blog kita. Tanpa pembaca setia blog anda mungkin kurang semangat untuk menulis. Sebaliknya jika anda mempunyai pembaca setia sudah tentu anda tidak akan kering idea untuk berblogging. Jumlah pelawat ke blog boleh juga boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk Mantra teruskan berblogging.
Dapatkan plugin Top Commentator untuk lebih menghargai pengunjung setia blog anda disini. Cara pemasangannya
1. Download plugin
2. Extract file .zip dan upload ke wp-content atau upload secara terus file .zip di ruangan wordpress admin
3. Klik pada menu “appearance” kemudian “widget” di menu kiri dashboard
4. Activatekan widget bertajuk “top commentator”. Ubah sedikit setting dengan menekan “edit”. Setelah selesai klik save.
5. Drag kemana sahaja lokasi widget yang anda mahukan.
Mudah sahaja untuk upload plugin ini. Selamat mencuba dan
Terima Kasih kerana membaca
P.S Ranking dibawah ini telah diubah settingnya. Ranking akan Di “reset” semula setelah menjelang tahun baru.


