Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘utp cuti’

UTP Closed! Akhirnya

h1n1

Akhirnya penantian student UTP untuk cuti extra tercapai akhirnya. UTP diberi cuti sehingga 10 August bermula hari ni. Setakat ni dah 4 orang positif dan lebih 40 orang infected. Oh tidak mantra pun dah mula selesema. Bukan h1n1 tapi resdung la. Setiap pagi =)

Sebelum ni, 2 minggu lepas uitm sri iskandar tutup untuk seminggu. Kemudian diikuti dengan KPM(Kolej Professional Mara). Mantra baca satu blog ni UPM pun dah kena tutup. Dan banyak jugak blog kawan-kawan mantra yang post pasal tempat mereka belajar dah kena tutup. Mungkin UTP bukan hakmilik penuh kerajaan sebab tu tak diendahkan sangat walhal dah ramai yang infected.

Ok sekarang mantra nak kemas barang dan prepare kereta untuk pejalanan pulang jauh ni. Argh tension la lepas ni mungkin cuti raya kami ditolak. Dan segala assignment,proposal dan projek kena submit lepas cuti ni. Cuti-cuti pun rasa macam tak cuti kalau kena prepare macam-macam kat rumah nanti. Dah nasib badan.