Posts Tagged ‘ubah kedudukan page’
Tips: Cara Menyusun Page Blog WordPress
Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,
Dalam kesibukan peti Inbox yang dipenuhi email-email SPAM kadang-kadang kita tak perasan email-email penting. Ini amat bahaya sebenarnya. Lebih-lebih lagi jika email berkenaan akaun domain dan hosting kita hampir tamat tetapi kita tidak perasan email peringatan yang diberi pihak hosting kepada kita. Alamatnya kita juga akan maki hamun mereka sedangkan masalah ini timbul dari diri kita sendiri.
Ok lah. Bercakap tentang email Mantra teringat beberapa pertanyaan dari rakan-rakan blogger yang menanyakan bagaimana untuk menukar kedudukan link page. Oh ya tak ya juga selama ni kita tak ambil port pun tentang kedudukan link tiba-tiba ditanya soalan sebegini. Untuk yang bertanya, ini dia Mantra siapkan cara-cara untuk menukar kedudukan link page blog anda.
CARA UBAH KEDUDUKAN LINK PAGE
Jika kita tidak setting apa-apa kemungkinan kedudukan page link kita adalah random. Untuk memastikan ianya tersusun mengikut kehendak pastikan anda ikut beberapa step paling mudah seperti dibawah ini.
Login WP -> Klik pada “Pages” di menu sebelah kiri Dashboard -> kemudian pilih “edit”
Akan keluar page menunjukkan list page-page yang telah anda buat. Pilih salah satu page yang diingini dan Klik pada “Quick edit” seperti gambar dibawah
Perhatikan menu “Order”. Pada menu ini setkan kedudukan yang anda mahu. Jika nak kedudukan link page ini yang ke-5, maka taip 5 di bahagian order.Kemudian klik butang “update”.
Selesai.
Lihat hasilnya sendiri. Lihat samaada Page link anda telah berubah kedudukan? Jika berjaya maka Mantra ucapkan tahniah!



