Posts Tagged ‘trafik website’
1Malaysiaiklan.com
Pada awalnya mantra terkejut dengar nama website ni. Ingatkan menteri kita buat laman web iklan! Lupa-lupanya laman web classified da. Oh guna populariti nampak? biasalah tu marketing stratergi orang kata.
Hah korang nak tau? sekarang mantra sedang type post ni sambil lepak atas katil di rumah :cheh: bukan itu, sebenarnya mantra nak bercerita sikit pasal laman web classified ni. Pada awal penglibatan mantra dalam dunia online, kunci utama trafik ke blog mantra ialah laman web free classified! Yup, itulah mantra praktikkan ketika ilmu IM zero didada. Hanya ikut sahaja apa yang tok guru ajar.
Laman web classified antara salah satu cara untuk membawa traffik ke website korang dengan mudah. Ia percuma aje. Sebab tu menjadi pilihan ramai. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat posting di laman web tersebut dan tinggalkan trackback supaya visitor dibawa ke website anda. Amalkan membuat 1 post 1 hari di sana, pasti korang akan dapat trafik. Tak percaya? cubalah website classified baru ni. http://1malaysiaiklan.com.
Baru-baru ni mantra nak cuba buat teknik ni semula. Dan mantra dapat lihat perubahan terhadap beberapa laman web classified. Antaranya Hotiklan.com dan cari.com.my. Agak kekok juga bila lihat perubahan ni tapi masih faham bagaimana nak uruskan halaman ini. Dibawah mantra senaraikan beberapa halaman classified yang popular untuk korang explore
- 1malaysiaiklan.com
- hotiklan.com
- iklanpercuma.com
- iklan101.com
- iklansesamainsan.com
- cari.com.my
- iklanfree.com
Apa yang penting, kerjasama anda perlu konsisten. Pilih 2 atau 3 website pilihan dan lakukan pengiklanan secara berterusan. Amalkan sikap istiqamah. Mantra ada belajar dari seorang IM yang mana beliau hanya lakukan promosi websitenya selama 30 minit sehari dari pukul 11.30 sehingga 12.00 malam sebelum masuk tidur. Tidak perlu lama pun, cukuplah sekadar 30 minit. Dengan syarat, gunakan masa 30 minit itu dengan berkualiti. Jika sehari anda berjaya iklankan 3 posting, maka 7 hari sudah ada 21 posting dan sebulan dah ada 84 posting. Kemudian beralih kepada website lain pula. Tak banyak ke gitu?
Terlanjur mantra buat post pasal pengiklanan ni, apa kata mantra lancarkan sekali website baru siap dibina setelah berminggu lamanya disimpan. Selamat datang ke
Jangan lupa, amalkan tips ni kalau nak trafik. Apalah guna jika ada blog tetapi tiada pelawat umpama kedai yang ketiadaan pengunjung, macam blog mantra ni la…..
