Posts Tagged ‘traffic tips’
1Malaysiaiklan.com
Pada awalnya mantra terkejut dengar nama website ni. Ingatkan menteri kita buat laman web iklan! Lupa-lupanya laman web classified da. Oh guna populariti nampak? biasalah tu marketing stratergi orang kata.
Hah korang nak tau? sekarang mantra sedang type post ni sambil lepak atas katil di rumah :cheh: bukan itu, sebenarnya mantra nak bercerita sikit pasal laman web classified ni. Pada awal penglibatan mantra dalam dunia online, kunci utama trafik ke blog mantra ialah laman web free classified! Yup, itulah mantra praktikkan ketika ilmu IM zero didada. Hanya ikut sahaja apa yang tok guru ajar.
Laman web classified antara salah satu cara untuk membawa traffik ke website korang dengan mudah. Ia percuma aje. Sebab tu menjadi pilihan ramai. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat posting di laman web tersebut dan tinggalkan trackback supaya visitor dibawa ke website anda. Amalkan membuat 1 post 1 hari di sana, pasti korang akan dapat trafik. Tak percaya? cubalah website classified baru ni. http://1malaysiaiklan.com.
Baru-baru ni mantra nak cuba buat teknik ni semula. Dan mantra dapat lihat perubahan terhadap beberapa laman web classified. Antaranya Hotiklan.com dan cari.com.my. Agak kekok juga bila lihat perubahan ni tapi masih faham bagaimana nak uruskan halaman ini. Dibawah mantra senaraikan beberapa halaman classified yang popular untuk korang explore
- 1malaysiaiklan.com
- hotiklan.com
- iklanpercuma.com
- iklan101.com
- iklansesamainsan.com
- cari.com.my
- iklanfree.com
Apa yang penting, kerjasama anda perlu konsisten. Pilih 2 atau 3 website pilihan dan lakukan pengiklanan secara berterusan. Amalkan sikap istiqamah. Mantra ada belajar dari seorang IM yang mana beliau hanya lakukan promosi websitenya selama 30 minit sehari dari pukul 11.30 sehingga 12.00 malam sebelum masuk tidur. Tidak perlu lama pun, cukuplah sekadar 30 minit. Dengan syarat, gunakan masa 30 minit itu dengan berkualiti. Jika sehari anda berjaya iklankan 3 posting, maka 7 hari sudah ada 21 posting dan sebulan dah ada 84 posting. Kemudian beralih kepada website lain pula. Tak banyak ke gitu?
Terlanjur mantra buat post pasal pengiklanan ni, apa kata mantra lancarkan sekali website baru siap dibina setelah berminggu lamanya disimpan. Selamat datang ke
Jangan lupa, amalkan tips ni kalau nak trafik. Apalah guna jika ada blog tetapi tiada pelawat umpama kedai yang ketiadaan pengunjung, macam blog mantra ni la…..
Traffic from Pay Per Click
Setelah seminggu akhirnya permohonan untuk mengiklan di Facebook berjaya. Huh apsal la susah sangat Facebook nak approve iklan yang mantra buat. Nak kata langgar polisi tak la pulak. Dari segi penggunaan ayat dan cara menulis pun tak salah. Duit dalam debit kad pun masih banyak ada. Dolu-dolu tak susah macam ni ntah nape sekarang asek tak lepas je. Korang tau tak kenapa?
Baru-baru ni mantra ada buat satu trik dimana untuk mengumpul mailing list. Maklumlah baru beli ebook Teknik pemasaran email dari bro Suhairi. Memang salute kat bro sebab ebook ni memang best dan banyak bonus diberi =) Jadi saje-saje nak cuba guna PPC kat Facebook untuk cepatkan lagi stratergi ni.
Oh ya dah lama kan blog ni tak diupdate? sory la sebab mantra baru je masuk sem baru dan banyak masalah yang mendatang. Nak kena susun jadual baru yang asek bertukar ikut sukati lecturer. Haih…tambahan lagi kes H1N1 yang popular skang ni, sekeliling kampus kat Tronoh ni dah ditutup. Tinggal la kami warga UTP yang tak diberi rehat panjang untuk tutup kampus. Dan…mantra sekarang sibuk dengan plan B dan projek baru. Oh apa dia projek baru tu? tak lama lagi nak keluarkan ebook bukan untuk dijual. Tunggu….internet kat kampus pulak slow semacam. Nak puat 1 post pun tak lepas. Terpaksa cari wireless. Mane tak nye pihak U kasi internet tuk study. Hang pergi buat macam-macam plak =)

Berbalik kepada cerita Facebook tadi. Mantra nak share tentang cara mendapatkan trafik paling pantas menggunakan PPC. Apa dia PPC tu? Nama sebenar PPC ialah Pay Per Click. PPC ni digunakan untuk mengiklan sesuatu untuk apa jua tujuan. Dan korang kena bayar bila ada orang klik iklan korang tuh. Bukan free.
Terdapat banyak PPC advertising kalau korang search kat pak Google. Tapi mantra lebih suka 2 ni iaitu Facebook advertising dan Google adwords. Kalau korang perasan web google adword dah bertukar baru kan? sesat jugak la mantra bila first time guna masa awal-awal tukar tu. Maklumlah dah lama tak guna Adwords.
Google Adwords
Korang kalau nak guna PPC ni kena daftar dulu kat sini. Macam biasa lah hadapi proses pendaftaran dolu baru bleh guna. Dalam Adwords ada 2 jenis iklan iaitu placement by keyword atau placement by target. Mantra lebih suka Placement by keyword. Gunakan keyword tool untuk menambah bilangan keyword yang korang target. Kalau tak sure apa tu keyword tool lihat ini. Dari sini korang leh wat research tentang keyword samaada niche ke tak. Then tambah keyword-keyword tersebut ke dalam kempen iklan. Keyword tu korang kena bid untuk kedudukan. Kalau keyword terlalu banyak persaingan maka kena letakkan bid yang tinggi untuk tersenarai di kedudukan yang best (off course page 1 google). Jadi toksah nak gatal pilih keyword yang mahal-mahal kalu korang takde badget.
Yang bestnya korang leh set satu hari berapa RM nak spend. Contoh nya 1 hari mantra nak spend RM 10 je untuk 1 kempen. Maka selepas jumlah klik dah sampai RM 10, automatik iklan kat Adwords dah tak keluar. So takde la terlebih bajet kan?
Facebook Advertising
Baru tak baru jugak la mantra guna PPC kat Facebook. Paling last pun bulan Febuari hari tu. Senang je kalo korang nak join, login kat facebook. Skroll mouse ke bawah dan klik pada menu kecik “advertising”. Kemudian klik “create new ad”. Beza facebook dan Adword ialah facebook tak menetapkan keyword untuk iklan korang. Just letak iklan, letak terget iklan (malaysia,indonesia,brunei,dll) dan setkan jumlah bid untuk satu klik serta badjet 1 hari dan siap! Lagi satu facebook gunakan matawang USD dan Adword boleh guna matawang RM (MYR). So jangan korang letak bid sesuka hati sampai 0.30 untuk satu klik kang tak pasal-pasal kena bayar RM1 untuk satu klik.
Ok habis dah review ringkas tentang 2 PPC yang popular. Untuk makluman mantra gunakan Kad Debit Visa Electron dari Public Bank untuk urusan pembayaran. So banyak la faedah kad debit ni kepada mantra dalam urusan online ni. Bukan setakat Paypal je tapi macam-macam boleh.
Sedikit tips untuk PPC advertising :
- Pastikan dah ada plan dan stratergi yang betul sebelum mula mengiklan
- Pastikan budget yang diletak dan bid adalah sesuai dan berbaloi dengan biz anda.
- Pastikan anda catch email. Ini kerana pengguna PPC adverstising bukan sorang dua tapi ramai. Jadi stratergi bersaing mesti ada.
- Jangan guna ayat-ayat yang x berkaitan dengan halaman atau page sebenar anda semata-mata nak mencari klik yang banyak.
- Usaha dan tawakal. Jangan langgar rules semasa beriklan.
Recap balik kenapa iklan mantra susah nak diapprove oleh pihak Facebook, adakah ini ada kaitan dengan satu artikel yang mantra baru baca. Artikel berkenaan Facebook sedang mengetatkan security website tersebut dari anasir-anasir yang tak diingini. Korang boleh cari artikel tu di www.webpronews.com

Oklah, bila skrol ke atas balik baru perasan dah panjang rupanya post ni. Hari sabtu yang agak membosankan bila tak buat apa-apa, terperap duk kat bilik je. Esok nak siapkan Resume dan buat keje sekolah. Mantra tinggalkan korang blog ni untuk korang berkongsi pendapat melalui komen.
