Posts Tagged ‘spam email’
Mungkin Beliau Memang Pakar, Tetapi Bukan Dalam Bidang Pemasaran
Lately Mantra rasa bosan bila buka je akaun Gmail, benda 1st yang perlu dilakukan ialah delete semua SPAM email. Tak habis-habis mereka ni. Untuk pengetahuan korang SPAM adalah satu teknik yang tidak Professional. Saya ulang Tidak Professional.
Lebih teruk lagi ada dikalangan Spammers ni gunakan nama-nama syarikat popular macam M2u, Cimb Bank dan macam-macam lagi. Mantra pernah sekali hampir tertipu dengan satu email dari M2U, ntah macam mana boleh terlepas masuk ke peti inbox. Bila disemak pada ‘detail’, sah orang ini dari email adress yang bukan kepunyaan Maybank. Korang hati-hati dengan orang-orang macam ni. Biasakan setiap kali cek email lihat pada detail si penghantar dan jangan sesuka hati bagi kita punya detail login akaun dan sebagainya. Atau lebih baik, jangan dilayan terus!
Untuk email diatas, Mantra yakin si penghantarnya bukan dari pemilik laman web tersebut. Ini adalah perbuatan mereka-mereka yang menjadi agen pemasaran bagi produk beliau dan menyalahguna email untuk mempromosi secara buta tuli. Jika berterusan begini, kesian si pemilik laman nanti. Takut-takut dia pulak yang dapat nama buruk. Yelah, bila asik dapat email-email Spam macam ni orang ramai akan rasa menyampah dan naik meluat. Sudah pasti yang kenanya nanti pemilik laman web sebab terang-terangan URL ada disitu. Si Spammer? siapa tahu dia tu siapa. Jadi dia terlepas. Kepada Spammers, hentikanlah perbuatanmu yang buat orang marah lagi-lagi orang macam aku ni!
Tweet

