Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘ramadhan 2010’

Salam Ramadhan 2010

Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar kita dah pun sampai di Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kerana masih dipanjangkan umur. Rasa macam baru je sambut raya tahun lepas. Tau-tau je dah hampir sampai ke raya tahun ni pulak.

Hari ini hari 1st Ramadhan 2010 dan malam tadi adalah Solat terawih pertama bagi seluruh umat Islam di dunia. Di UTP, Alhamdulillah seperti tahun-tahun sudah masjid memang penuh sehingga ke saf belakang sekali. Memang boleh dikatakan semangat Ramadhan membara-bara di jiwa. Memang boleh dikatakan hampir semua tempat rasanya macam tu juga. Maklumlah, syaitan yang selama ini menghasut kita tiba-tiba takde. Yang tinggal hanya nafsu semata-mata. Nafsu ini pula pada walnya insyaAllah mudah untuk dikawal dan lama-lama ia menjadi susah sikit. Mana tak, selama 11 bulan kita tidak melatih nafsu. Jadi di bulan mulia inilah masanya kita melatih nafsu untuk 11 bulan yang akan datang (sehingga sampai ramadhan 2011 InsyaAllah). Diharapkan bilangan jemaah tidak semakin berkurang selepas beberapa hari ramadhan berlalu :)

Tak sabar untuk rasa hari pertama puasa. Urm, nak berbuka apa ya hari ni? baru mula puasa dah pikir pasal berbuka, tak patut betul…..

Kawan-kawan, jom kita gandakan amalan dibulan puasa kerana pahalanya juga berganda-ganda berbanding bulan-bulan biasa. Wallahua’lam…

Mantra mengucapkan,

SALAM RAMADHAN

Kepada Muslimin dan Muslimat