Posts Tagged ‘PR blog update’
Turun 1 anak tangga: PR blog Penting wo…
Salam sejahtera,
Memandangkan Mantra sibuk sangat semenjak dua menjak ni sehingga jarang mengupdate blog membuatkan blog ini dah turun 1 anak tangga daripada PR 4 kepada PR 3. Sedih tu memang sedih, tetapi itulah hakikatnya. PR ni memang penting untuk blog. PR yang tinggi sangat bagus untuk Google SERP (Search Engine Rangking Page). Memang benar kadang-kadang blog yang takde PR pun boleh dapat SERP yang tinggi. Tapi jaranglah kalau blog yang berPR tinggi ni dapat SERP yang rendah. Jadi PR juga memainkan peranan penting dalam menentukan SERP sesebuah blog.
Untuk pengetahuan Google baru je update PR. Bila tu? Mantra pun tak pasti bila. Yang pasti blog Mantra dah turun kepada PR 3. Jadi dari situlah Mantra dapat tahu yang Google dah update PR. Apa pun sedikit kekecewaan kerana tak dapat tumpukan sepenuh perhatian terhadap blog sehingga PR blog jatuh. Kepada sesiapa yang ada blog, janganlah tinggalkan blog korang. Anggap blog ni sebagai ‘awek’ kita sendiri. Kalau awek ditinggalkan sorang-sorang, merajuk tak dia? Ha macam tu juga blog.
Sejak akhir-akhir ni Mantra semakin hilang mood nak berblogging. Bukan apa, Blog Mantra sekarang menghadapi macam-macam masalah. Satu-satu yang datang. Dan masalah tu datang dari mana pun kita tak tahu. Tension juga dibuatnya. Tetapi dengan masalah itu juga Mantra telah belajar sesuatu. Sebelum ni satu post yang Mantra buat sebulan lepas masih kekal di Homepage walaupun blog telah diupdate. Apabila masuk Homepage, post yang sama keluar dan bukannya post yang baru diupdate. Baru-baru ini pula ruangan Admin tak boleh nak akses. Macam-macam. Mujur sekarang dah ok. Tak taulah berapa lama bertahan.
Hasil kerjasama Pihak Hosting yang sangat peka dan pertolongan member-member di forum membuatkan Mantra tak putus asa. Kata mereka dari masalah datangnya pengalaman baru. Betul juga tu. Inilah yang dikatakan cabaran sebagai seorang Blogger. Semoga Blog Mantra kekal tanpa masalah sehingga mencapai PR 6 ye ~angan-angan mat jenin je nih!
Ok berbalik kepada PR blog. Untuk memastikan PR sentiasa kekal, pastikan anda banyak buat backlinks. Backlink inilah yang memberi kenaikan pada PR blog. Sebenarnya ada banyak faktor untuk kenaikan PR blog. Namun, backlink adalah salah satu faktornya. Kerap mengupdate blog juga penting untuk mendapatkan SERP yang tinggi. Google sangat suka dengan blog yang sentiasa diupdate, hari-hari update lagi bagus. Ini kerana Google menganggap blog yang sentiasa diupdate adalah blog yang aktif, yang banyak memberi manfaat kepada pengguna internet. Zrap, terus Google tarik blog tersebut naik ke tangga teratas. Ingat, jika SERP kita tinggi, trafik tak payah cerita la. Memang gerenti banjir punya
Buat Backlink Paling Senang
Komen. Bahasa Inggerisnya COMMENT. Blog commenting adalah cara paling senang nak buat backlinks. Sebab tu kalau anda perasan di blog-blog per-PR tinggi biasanya memang banyak komen-komen pembaca kan? tahu tak bahawa mereka sebenarnya sedang membina backlinks di blog tersebut. Dengan meninggalkan komen secara tak langsung link ke blog mereka juga ditinggalkan sebagai hyperlink pada nama pengomen. Itulah rahsianya. Jadi mulai hari ini, jika anda baru tahu perkara ini banyak-banyakkanlah berkomen di blog orang ye
