Posts Tagged ‘pnm’
Jom Belajar buat duit sampingan
Salam semua pembaca blog mantra,
Minggu ini amat sibuk dan boleh dikatakan terlalu sibuk. Macam-macam nak kena buat sampai dah tak ingat nak update blog. Nasib ada beberapa saat untuk membuat entry ringkas ini. Sibuk kenapa? Nanti mantra beritahu di post akan datang, kalau sempatlah.
Panduan Newbie MRR dah dibuka umum
Jom belajar bagaimana buat duit dengan produk Master Resell Rights dengan Panduan Newbie MRR. Download percuma disini. Sesiapa pun mampu lakukannya. Percayalah. Download jangan tak download. Sesiapa yang terlepas tu peluang kini dibuka kembali.
Berkenaan review dan komen mantra masih menunggu dan setakat ini tiada apa-apa tindakbalas. So assume je lah panduan Newbie Mrr tu sesuai untuk disebarkan umum.
Aku dan Mr Gay
Ada cerita best. Bangun pagi tadi mantra dapat satu mesej dari seorang yang tak dikenali. Ingatkan aweks gembira la kejap hati ni. Rupa-rupanya Boy! Gay pulak tu….ish3… potong stim betul la. Best jugak layan sms dengan si mamat gay(bukan bermakna aku gay ok). Banyak juge la kredit aku habis dok sms dengan mamat nih. Konon-kononya nak bagi nasihat sket lah kan
Seboleh-boleh nak ajak jumpe. Haish…meremang bulu eden ni ha. Nantikan kisah selanjutnya di entry akan datang. Real text sms antara “aku dan Mr gay”.
Selamat menyambut Ramadhan
Salam Ramadhan dari Mantra buat pembaca blog ini kepada yang beragama islam. Amacam korang dah ready ke? ha baguslah jangan ponteng puasa pulak nanti. InsyaAllah jika ada kelapangan mantra akan update tips-tips meningkatkan amalan dibulan puasa nanti. InsyaAllah. tak sabar nak solat terawih. Korang macamana? ada rompong tak terawih puase tahun lepas. Harap takde lah ek…
Aku dan tindakan
Mantra ucapkan berbanyak terima kasih kepada seorang sahabat baru yang dikenali melalui dunia blogging baru-baru ni. Kenapa? kerana Mantra amat tertarik dengan satu impian yang diketengahkan oleh beliau yang mantra rasa amat relevan dan praktikal untuk dilakukan. Untuk pengetahuan bro dah ada tindakan awal terhadap idea bernas yang bro kemukakan. Tahniah kepada diri sendiri:) InsyaAllah mana tau kita sama-sama berjaya merealisasikan impian yang selama ini kita idamkan, mana tahu akan jadi kenyataan. Maka disini mantra mengajak korang melihat sendiri idea bernas saudara Fathuri di blog beliau berkenaan
Idea RM 10 menjadi RM 100
Bukan ideanya sahaja malah hasil penulisan saudara Fathuri turut menarik perhatian para pembaca blog beliau. Salute kepada bro! inilah yang dinamakan orang lamo dan bakat terpendam sebagai penulis blog. Nanti kalau blog korang mempunyai idea-idea bernas sila PM mantra untuk ke sana dan beri review diblog ini. InsyaAllah apa yang baik kita kongsikan bersama.
