Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘paypal wishlist’

Paypal Wishlist dah bayar komisen, bestnya!

Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,

Baru-baru ini Mantra ada dapat email dari Paypal berkenaan mereka akan membayar komisen terkumpul bagi kempen Paypal Wishlist. Mantra pasti korang yang sibuk promote benda ni pun akan dapat email seperti ni juga :

claim-paypal-wishlist

Maka terjawablah persoalan sama ada betulkah Paypal akan membayar komisen seperti yang telah dijanjikan atau program ini hanyalah Scam semata-mata. Sebelum ini ada juga kecoh dikatakan ada orang cuba nak Hack Paypal kita dan ada juga yang mengatakan benda ini adalah tipu semata-mata. Tidak boleh menyalahkan sesiapa pun kerana kita juga perlu bersifat hati-hati lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan penggunaan akaun macam Paypal.

Tapi apa pun semuanya dah terjawab apabila Mantra sendiri telah menerima komisen dengan selamatnya didalam Paypal Account…..Yahoo! walaupun tak mencapai target $100 tapi…boleh lah jugak buat beli domain untuk blog akan datang, InsyaAllah…

paypal-wishlist1bayaran-paypal-wishlist1Ahha… Inilah yang dikatakan rezki yang mendatang secara tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah. Mantra nak dengar pula berita-berita gembira dari rakan lain juga. Apa lagi, luahkannya diruangan komen blog ini ya.

Ops sebelum terlupa Mantra nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sign-up Paypal Wishlist menggunakan link Mantra. Tanpa korang, takdelah duit dalam akaun Paypal ku. Terima kaseeeh  :D


Paypal Wishlist, ape benda tu?

paypal-wishlist1Pertama kali dengar mengenai Paypal Wishlist. Macam menarik. Tambahan pula rakan-rakan sibuk promote kat FACEBOOK. Ape benda Paypal Wishlist ni? Terasa ingin tahu pulak. Kenapa mereka begitu semangat sekali promo Paypal Wishlist ni. Apa motif Paypal? maka Aku pun open link dari salah satu blog kawan aku yang turut promote Paypal Wishlist.

“Share the PayPal WishList with your friends via Facebook, and for each friend who downloads and creates his or her own PayPal WishList from your invitation, we will pay you an additional $1 USD (up to the maximum total sum of $100 USD per PayPal account)”

Pergh, lubuk! Paypal nak kasi duit ni kate aku dalam hati. Aku pun menjadi lebih teruja nak tau dengan mendalam lagi. Yealah lagi-lagi abila ade peluang duit macam ni yang tak perlu susah payah keluar duit. Free jer. Ah tak kisahlah ambil masa lama nak faham kan benda ni betul-betul pun sebab aku tak perlu risau exam aku dah habis :D

Kalau korang dah ada Paypal inilah masanya untuk penuhkan akaun Paypal korang dengan program Wishlist ni. Ini adalah berita baik buat korang semua. Sebab apa? sebab program ni korang boleh join tanpa apa-apa kos. Free. Ini link dia untuk tengok wishlist Mantra [My Paypal Wishlist...]

So aku pun memulakan langkah-langkah yang diterangkan bagaimana nak join Paypal Wishlist. Pertama sekali aku perlu ada akaun Paypal. Ok lulus. Aku memang dah ada akaun Paypal lebih kurang setahun dulu sewaktu awal-awal kenal dunia internet. Seingat aku, Barang pertama aku beli diinternet ialah melalui Ebay menggunakan pembayaran melalui Paypal.

Kalau korang tak lulus ini jangan risau. Korang tengok tutorial ringkas Mantra buat macamana nak daftar paypal [Cara daftar Paypal...]. Percayalah, banyak manfaatnya bila ada akaun Paypal. Daftar je satu walaupun tak digunakan ;)

Masukkan email Paypal yang digunakan dan tekan butang submit.

submit-email

Wokey lepas dah register email Paypal, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah membina wishlist kita. Pada page yang sama cari butang warna oren bertajuk “Create new wishlist”. Kalau tak sure yang mana, butang dia sebiji macam gambar ni

create-new-wishlistklik gambar untuk lebih jelas

Untuk membina Wishlist ni, korang just pilih kategori item yang korang nak dan ‘drag’ (klik sambil tarik mouse) ke dalam kotak kosong yang disediakan. Ada 5 petak kosong yang perlu diisi. Contohnya macam Wishlish yang Mantra buat [my Wishlist...]

bina-wishlistOk sekarang semuanya dah siap. Apa yang korang perlu buat ialah kenalkan Wishlist ini kepada rakan-rakan lain supaya mereka juga buat wishlist seperti korang. Dengan berbuat demikian, korang akan mendapat $1 jika seorang membina wishlist dari link yang korang kongsikan.

Macam mana nak share kepada rakan-rakan lain? Dalam page yang sama, tekan butang “invite friends”. Pilih semua kawan-kawan di Facebook dan publish berkenaan ini di ‘Wall” mereka. Mudahnya Paypal Wishlist ini kerana ianya menggunakan fungsi share di Facebook. Jadi hanya 1 klik korang boleh share Paypal Wishlist kepada rakan-rakan lain di Facebook.

Korang ada masa lebih kurang dalam 1 bulan (selepas entry ini ditulis) kerana Paypal Wishlist akan berakahir pada 31 Disember 2009. Bagi komisen pula, akan diberitahu dari masa ke semasa melalui email sebelum 28 Febuari 2010.

Syarat-syarat menyertai Paypal Wishlist [original] :

  1. Terbuka kepada pendaftaran baru akaun Paypal atau pengguna Paypal sedia ada, sepanjang tempoh promosi Wishlist.
  2. Register email akaun Paypal melalui Paypal Wishlist sepanjang promosi.
  3. Umur sekurang-akurangnya 18 tahun. Akaun Paypal mestilah Valid
  4. Mempunyai Akaun Paypal rekod baik dan no untuk dihubungi sepanjang tempoh promosi. Akaun baik bermaksud akaun tidak di ‘Hold’ atau di’suspen’ oleh pihak Paypal

You will be entitled to $1 USD for your own PayPal WishList, plus an additional $1 USD per friend who uses your invitation to create his or her own PayPal WishList, provided your friend has a PayPal account. Each person is only entitled to create one (1) PayPal WishList. For the avoidance of doubt, in the event your friend receives more than one invitation, only the person whose invitation is used to create the former’s PayPal WishList, will be entitled to the $1 USD.

Klik link ini untuk membina Wishlist anda : Paypal Wishlist

buat-duit-dengan-paypal-wishlist