Posts Tagged ‘niche blog’
Tips: Bina Blog Niche
Hari ni aku telah membuka semula blog Niche aku. Blog ini berkenaan Finance (keewangan). Oleh kerana ini blog Niche, tiada post yang out of the topic dan semuanya berkenaan finance termasuk debt consolidation, forex, personal finance, credit score dan beberapa lagi kategori. Blog ni dah 5 bulan kering tanpa post baru. Jadi aku telah pun menambah 1 post baru sebagai tanda permulaan semula blog niche ini. Berikut adalah beberapa perubahan yang telah aku lakukan :
1. Theme
Theme lama blog aku lebih melambangkan finance. Tetapi theme ini telah dirosakkan oleh Malware. Jadi aku terpaksa install theme baru walaupun theme baru ini tak berapa cantik, tapi aku tak kisah kerana fokus sekarang adalah dari segi content (isi kandungan) blog.
2. Plugin
Oleh kerana blog ini telah diserang malware banyak plugin yang telah hilang termasuk Akismet. Hampir 13 page komen SPAM yang diterima kerana ketiadaan plugin ini. Aku telah install plugin Akismet dan hanya beberapa plugin basic sahaja termasuk contact form 7 dan Dagon Design Sitemap Generator(untuk sitemap).
Berikut adalah sebab mengapa plugin basic ini diperlukan;
Akismet: Untuk menapis segala komen SPAM
Contact Form 7: Untuk tujuan link-exchange jika ada permintaan
Sitemap: Lebih mudah website di-index oleh Search Engine
3. Widget
Tidak banyak widget yang diletakkan. cuma recent post,recent comment,adsense,blogroll. Memandangkan beberapa website telah membeli link di blog ini, link tersebut perlu dikekalkan di ruangan ‘blogroll’. Adsense adalah salah satu cara monetize yang paling mudah buat masa sekarang. Tidak perlu letak bermacam-macam widget diruangan sidebar kerana blog akan menjadi blog sewaktu loading. Dan ia juga akan kelihatan lebih professional dan tidak melambangkan “blog ini kepunyaan orang Malaysia”.
4. Stat counter
Untuk memastikan teknik SEO dan backlink yang aku gunakan berkesan, pemasangan stat counter diperlukan. Stat counter sekadar untuk melihat statistik jumlah pelawat yang datang dan dari mana ia datang. Untuk pemasangan boleh dapatkan kod stat secara percuma di www.statcounter.com
Itu sahaja untuk kali ini. Lain-lain update akan dibuat pada post seterusnya. Selamat berblogging
Kuasai Bahasa Inggeris dan Blog Niche Bhg. 2
Salam sejahtera pembaca blog mantra,
Dalam post yang lepas Mantra ada menyentuh sedikit tentang Bahasa Inggeris, dimana bahasa yang menjadi kegerunan kita, jika kita adalah orang yang lemah dalam bidang tersebut. Dalam post kali ni, Mantra nak cerita pentingnya tahu tentang Bahasa Inggeris kerana dengan Bahasa Inggeris anda mampu membina sebuah blog niche yang berjaya.
Blog Niche
Apa dia blog niche ni? Ok macam ni. Firstly, blog Mantra adalah bukan blog Niche. Blog ini adalah blog umum (General). Untuk kefahaman, blog niche ni paling mudah nak dibahasakan ialah sebuah blog yang fokus hanya dalam satu bidang. Contohnya bidang memasak, kejuruteraan, keewangan, kesihatan dan sebagainya.
Blog niche adalah blog yang tak lari dari tujuan asal blog tersebut dibina. Contohnya, dalam blog kesihatan tak boleh cerita mengenai perlumbaan F1. Dalam blog memasak jangan pula cerita tentang masalah keewangan negara. Blog niche hanya fokus kepada sesuatu bidang sahaja. Sebagai contoh jika ingin berblogging mengenai masakan, ceritalah tentang masak kari,masak tomyam, atau masak nasi ayam penyek. Jelas bukan?
Bagaimana mencari Blog Niche anda?
Tanya diri anda apa yang anda minat.Ini kerana jika seseorang itu minat tentang perkara yang dilakukan, maka selepas ini idea untuk dia menulis diblognya tidak akan menjadi masalah malah mungkin blognya berpotensi untuk menjadi blog yang bagus.Ini kerana pelawat yang datang ke blog berpendapat bahawa anda adalah pakar dalam bidang tersebut dan mereka berminat untuk datang lagi selepas ini untuk mencari informasi seterusnya dalam bidang yang anda ceburi. Sebabnya blog anda menjadi tempat rujukan mereka yang memerlukan informasi berkenaan topik tersebut.
Namun begitu, bukan semua minat anda adalah topik yang sesuai untuk dijadikan niche blog. Kena lihat juga adakah minat anda itu menjadi topik yang digemari ramai. Ada banyak cara untuk melakukan perkara ini. Salah satu Caranya dengan melakukan research atau kajian mengenai permintaan keyword di search engine. Bagaimana melakukannya? pun ada banyak cara melakukannya namun cara yang paling mudah dan simple ialah dengan menggunakan Google Adword Keyword tools.
Tool ini sebenarnya bagi memudahkan pengiklan Google Adword untuk mencari idea keyword dan mengenal pasti keyword yang berkualiti untuk dimasukkan dalam kempen mereka. Dengan tool ni anda tahu berapa jumlah bilangan manusia yang mencari sesuatu topik itu secara kerap. Maka berblogging dengan bidang tersebut, jika anda tiada masalah mengenainya.
Berikut adalah beberapa niche popular yang boleh anda ambil sebagai topik blog anda:
- holiday
- car
- sports
- travel
- dating
- Casino (haram bagi orang Islam)
- Home
- tuision
- notebook
- phone
- fashion
Apa yang penting anda perlu ingat 2 main point penting dalama sesebuah blog niche. Yang pertama, tidak lari dari topik dan kedua, blog niche dalam bahasa inggeris. Mengapa Bahasa Inggeris? mengapa? mengapa? Mungkin bagi Mantra jawapannya mudah sahaja, kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa dunia
Sebenarnya jawapan Mantra tu agak general. Ini disebabkan bahasa pengguna internet lebih ramai menggunakan bahasa inggeris. Jadi potensi blog mendapat sambutan adalah lebih tinggi. Lebih-lebih lagi jika blog kita adalah blog Niche.
Apa yang menariknya blog niche berpotensi untuk menjana pendapatan. Bagaimana menjana menjana pendapatan dengan blog niche. Mantra percaya sudah ramai yang mengetahuinya. Jika ada yang tak tahu dan inilah kali pertama mendengarnya, Caranya seperti menyertai beberapa program dibawah ini:
Google Adsense
Program hot masa kini. Adsense menyediakan beberapa cara menjana pendapatan antaranya per click, pay per sale dan juga Adsense for domain. Lupakan semuanya dahulu dan fokus sahaja dengan Pay Per Click. konsep Pay per Click mudah. Anda daftar Google Adsense dan letakkannya di blog anda. Jika ada visitor klik pada iklan tersebut, anda dapat komisen. Konsep sahaja mudah tetapi cara nak mendapatkan klik bukan sesuatu perkara yang mudah. Kunci kejayaan program Adsense adalah Trafik yang tinggi.
Sponsored Review
Sudah pasti syarat menyertai program ini adalah khas untuk blog bahasa inggeris. Dengan mendaftar blog anda disini, anda akan mendapat bayaran jika ada pengiklan ingin mengiklankan sesuatu diblog anda. Bayarannya bukan sedikit. Dari serendah $5 sehingga ratusan dollar. Berminat nak tahu tentang program Sponsored Review? baca lanjut disini [link...]. Program ini lebih dikenali sebagai Blog Advertising.
Program Affiliate
Seperti CJ, Clickbank, Paydotcom adalah contoh beberapa program affiliate yang boleh
disertai. Cari produk yang berkaitan dengan topik blog dan iklankan diblog anda.
Jika ada jualan, anda dapat komisen.
Berikut cuma beberapa program yang popular. Ada banyak lagi program yang anda boleh sertai di internet. Macam-macam ada….tapi secara jujurnya Mantra belum lagi sampai ke tahap program-program itu. Blog-blog yang Mantra ada masih lagi di tahap Baby dan Mantra juga masih belajar merangkak, bertatih pun belum lagi.
Namun semua ini bukanlah ibarat hari ni kita tanam padi, esok dah boleh tuai. Kenalah berusaha dulu sebelum dapat hasilnya. Kenalah ada peluhnya dulu. ye tak?
Blog Niche memang banyak kebolehannya. Ianya fleksible. Artikel ini hanya gambaran ringkas tentang blog niche. Tidak dinafikan ramai dah membuktikan bahawa blog niche mampu memberi mereka ‘sebiji’ kereta dan ‘sebiji’ rumah. Malah ‘seorang’ gadis pun ada (duit blogging buat duit hantaran…syoknya!). Pepatah melayu ada berkata, Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Yang penting mesti ada semangat belajar, tekun dan sabar. Pasti nampak jalannya nanti. Kalau tak percaya, tanyalah bro Rohaizad


