Posts Tagged ‘New year’
Happy New Year 2010
Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,
Agak terlambat post ini diterbitkan. Sedar tak sedar dah melangkah tahun baru. Lagi 10 tahun kita nak sampai ke 2020. Wawasan 2020! masih ingat cita-cita negara kita?
Sebenarnya banyak betul target 2009 yang dah Mantra plan tak dapat dilaksanakan dan tertangguh. Pelbagai halangan yang tak dijangka mendatang. Dan besar kemungkinan tahap kekuatan disiplin diri yang masih belum teguh. Anyway, plan tersebut telah dibawa ke tahun baru dan InsyaAllah akan cuba dilaksanakan setelah senjata penting telah ku miliki….
Betul kata orang. Bila time belajar, teringin rasa nak bekerja. Bila dah bekerja, terasa seronok belajar. Itulah manusia. Tak pernah rasa selesa. Anyway, Selamat tahun baru 2010 dari Blog Mantra buat kawan-kawan dan pembaca.

