Posts Tagged ‘motivasi diri’
Bagus ni Kalau dikongsi
Malam ni buka inbox dan baca salah satu email dari rakan karib mantra. Pelbagai emosi dan reaksi minda berlegar-legar di mindaku buat seketika. Kemudian terdetik di sudut hati “Bagus ni kalau dikongsi” bersama-sama pembaca blog mantra yang seagama denganku. Moga kita mengambil iktibar…
R E N U N G A N:
(utk diri saya juga…)1) Dari bujang-kahwin No 1 —- no.2 —– DLL.
2) Dari pakai moto kap — kancil-wira — Honda —- seterusnye..
3) Badminton —– Golf —-
4) Rumah sewa—- rumah murah —rumah teres — banglow…..
5) Technician —-supervisor —– engineer — manager…
6) Tv 14′ — 21′ — 29′ —- Home theather…
7) Sg Danga — Tanjung Leman — Langkawi —- Hadnyai — Bangkok …
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour…9) mancing kat parit /longkang —- sungai — kolam (bayar punye)—-
laut dalam (sewa bot mewah)……. Kalong
…… T E T A P I…KITA JUGA LUPA….
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA….DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN….’ON LOAN’…SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH ‘PERSEDIAAN UNTUK MATI’Umpamanya:
1) tak sembahyang —- pastikan sembahyang– -jadikan amalan……2) banyak maksiat —– kurangkan —– hapuskan…
3) Bangi —- madinah —- mekah—
4) sedekah RM1.00 —- RM10.00 — RM100.00/
5) sembahyang dirumah — sembahyang di surau/masjid. ….
6) 5 jam sehari menonton TV —– 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU…..
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet —– 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan… . .Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. …
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa… Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu… malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun… Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya………infiniti. ……..
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4.. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.’Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
‘Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.’
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassalam.
p/s: Kalau rajin… hmmm. .kalu rajin la… Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
I am a Loser

hayati cerita ini
Mantra dan john berkawan baik. Satu hari atuk john bercerita satu kisah tentang sebatang pokok ajaib yang terletak 50 km dalam hutan berhampiran rumah kami. Hutan tersebut memang tebal. Tambahan pula jalan nak menuju ke sana dipenuhi semak samun setinggi orang. Nyamuk sebesar ibu jari. Ular dan binatang berbisa berkeliaran. Harimau apatah lagi. Berbalik kepada cerita pokok ajaib tadi. Pokok tersebut dikatakan mengeluarkan bunga pada musim bunga. Apa yang menariknya, bunga yang dimaksudkan tadi ialah duit. Ya duit! pokok ni memang betul-betul ajaib lah. Atuk john mencabar kami untuk pergi ke tempat pokok itu dan memberitahu kami tanda-tanda dimana pokok tadi terletak. Ia terletak diseberang sungai yang sangat jernih. Jadi aku dan john pun sedia menyahut cabaran atuk john dan kami bersiap untuk bertolak.
Di pendekkan cerita, aku dan john dah pun sampai ke lokasi dimana pokok tersebut terletak. Memang benar apa yang dikatakan atuk john. Air sungainya memang jernih. Dan…. wah! banyaknya duit!berjuta-juta juta… Aku dan john tergamam apabila melihat begitu banyak duit tergantung atas pokok tersebut. Rasanya macam nak terjun sungai melintas sungai tersebut. Ketika kami bersiap sedia untuk menyeberang sungai yang agak dalam lebih kurang sedalam 2 meter, kami terlihat satu papan tanda berbunyi
“awas, kawasan lalu lintas buaya-buaya yang sedang mengawan. Buaya terbesar pernah dilihat disini hampir 7 meter panjangnya”
-Cerita tamat, nama-nama diatas hanya contoh semata-mata-
Jika anda jadi Mantra apakah yang akan korang lakukan?
1. Patah balik kerumah setelah mengharungi pelbagai cabaran macam nak mati.
2. Fikir plan B
3. Kamikaze, terus terjun sebab nampak duit beb!
Ok kita kaitkan cerita ni dengan keadaan sebenar dalam kehidupan.
Pokok duit
Dalam kehidupan duit boleh dibandingkan dengan simbol kejayaan. Sebabnya orang yang diklasifikasi berjaya didunia ini diukur dari segi harta,kemewahan dan pangkat(Allah tak pandang semua tu)
Atuk John
Atuk John ialah sesorang yang mendorong kita untuk berjaya, walhal dia sendiri tidak mampu lakukan. Contoh yang paling baik ialah ibubapa kita yang sentiasa bagi anak dia pendidikan yang cukup. Sebab mereka x mahu anak mereka jadi macam mereka yang berkerja keras pagi petang siang malam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Maka mereka beri dan tunjukkan jalan kejayaan kepada kita
John
John boleh dibandingkan sebagai teman yang berada disekeliling. Teman ni mampu mempengaruhi sesorang. Andai kata dari cerita atas, john ternampak signboard bahaya dan terus balik, apa yang korang rasa? berani ke nak buat benda tu sorang-sorang?
Mantra
Mantra dalam citer diatas boleh dibandingkan dengan diri kita sendiri. Sentiasa dihadapi dugaan dan malang ketika hidup kerana tuhan suka menguji hambanya untuk mengetahui samaada dia bersyukur atau tidak, sebelum memberi kejayaan kepada seseorang.
Buaya dan sungai?
Korang paham-pahamlah. I leave it to you. Apa yang korang rasa paling sesuai dengan buaya dan sungai tu ek?
Cerita ini sebagai motivasi untuk menaikkan semangat yang sedang down ;p
