Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘mat rempit’

REMPIT V3, Bolehlah…

Aku baru je menonton filem terbaru arahan Farid Khamil. Filem pertama arahan beliau mengenai dunia Mat Rempit. Apa yang aku boleh komen ialah jalan cerita yang agak kurang logik dan kelam kabut. Ada juga scene-scene yang aku rasa kurang releven. Contohnya, watak LISA yang baru pertama kali kenal Farid Kamil(sebagai Mat rempit) dah bagi Mat rempit duk rumah rumah dia. Walaubagaimanapun, aku tetap enjoy menonton filem ni.

Filem ni mengisahkan kehidupan Mat Rempit yang berasal dari negeri Kedah. Dari kedah mereka datang ke KL kerana lari semasa dikejar oleh polis sewaktu sekatan jalan raya. Di KL mereka telah diajak oleh Geng “SAMSENG” untuk berlumba. Namun, konflik bermula apabila Farid kamil kalah pada perlumbaan yang bertaruhkan RM 5000. Dari situ lah masalah besar bermula.

Panggung yang aku pegi full house. Satu tepukan untuk filem melayu. Kata David Teo ini adalah filem melayu terakhir yang berusurkan Mat Rempit. Maklumlah, banyak sangat filem mat rempit sejak akhir-akhir ni. Glamour diorang kan.huhu…

Ok lah, tak boleh cerita lebih nanti dah tak hot pulak cerita ni. Korang kena tengok sendiri yek…

Isu Mat Rempit: Bukan Semua Mat Rempit tak Guna

rempit_ebaySelama ini kita asyik digegarkan dengan isu Mat-mat rempit yang kurang enak kelakuannya. Apabila ada isu-isu negatif, pasti Rempit yang merasa tempiasnya. Pendek kata apabila terdengar sahaja Rempit, pasti pandangan negatif akan bermain di ruang kepala masyarakat. Namun begitu, bukan semua rempit begitu. Ada juga Rempit yang patut dibanggakan. Golongan rempit macamana yang perlu dibanggakan? Nak tau tengoklah kat sini