Posts Tagged ‘hosting bermasaalah’
Kemana Menghilangnya Engkau?
Aduh-duh…
Dah 3 hari dah Laman web BlogEkspress tak dapat dibuka. Ini berpunca dari tuan hosting yang entah tak tau kemana menghilang. Bukannya nak bagi email, sekurang-kurangnya maklumkan bahawa apa yang sedang terjadi dengan syarikat hosting beliau. Nak kata geram, memang geram. Mana taknya Mantra dah beli 2 hosting dari syarikat ni. 2 laman web tak dapat dibuka.
Kalau tak melibatkan orang lain tak apa. Sepatutnya adalah hari ini ialah pembayaran komisen dibuat untuk Pay Per Lead yang Mantra anjurkan. Tapi maklumat agen affiliate tak dapat diakses. Mungkin agen-agen affiliate yang patutnya dah dapat bayaran sedang fikir yang bukan-bukan. Habis hilang kepercayaan orang kat kita.
Menyesal pula bila mengenangkan offer-offer yang murah ni. Maklumlah, newbie. Nak mestilah yang murah-murah. Nak beli yang mahal tak mampu. Tapi akhirnya ni lah hasilnya. Website tak dapat buka, tuannya hilang ke mana langsung tak contact atau umumkan pada pelanggannya.
Kepada tuan tanah yang membaca, silalah berbuat sesuatu. Kalau tidak, sia-sialah promosi yang kami lakukan terhadap website kami. Pelawat datang, tetapi laman web tak boleh dibuka. Kami memohon dan merayu semoga website kami dapat berfungsi dengan baik secepat mungkin.
Terima kasih,
Mantra
