Posts Tagged ‘hari raya puasa’
Doa-doa ramadhan 10 malam terakhir
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Kini sudah sampai masa yang agak kritikal bagi diri mantra dimana ketika inilah mantra menghadapai saat sukar (Super duper busy) dek kerana tempiasnya cuti H1N1 yang terpaksa diberikan kepada semua pelajar UTP beberapa minggu lalu. Minggu-minggu pembelajaran terpaksa di”kompress” sehingga otak-otak kami menjadi kempis dan sempit. Oh tidak… ini alasan tak update blog la .
Kepada mereka-mereka yang telah mendapatkan servis dari saya, janganlah pula anggap saya ni seorang yang “lepas tangan” dan hanya memikirkan keuntungan. Tidak, sungguh saya tak macam tu. Sebab apa? sebab memang niat saya hanya mahu menolong kamu dan bukan untuk semata-mata mengharapkan bayaran dari kamu. Cuma seminggu ini Mantra sangatlah sibuk sampai tak cukup tangan nak handle semua perkara. Harap kamu faham. InsyaAllah, perkhidmatan saya ditutup sebentar bagi menumpukan pada mereka-mereka yang terdahulu. : close story :
Kini baru ku tahu perancangan masa adalah penting. Setiap saat membawa erti dan makna. Pembaziran masa cuba di”minimize”kan sebaik mungkin. Bak kata orang tua-tua “masa itu emas” dan kata pak syeikh arab pula “al Saatul kassoif” bermaksud “masa itu ibarat pedang”. Perasaan terkilan apabila hajat untuk ” update blog dengan doa-doa ramadhan setiap hari” di blog ini tidak tercapai. Namun mantra tetap juga upload secara sekali gus doa-doa ini agar kamu pembaca setia blog mantra tidak berasa sia-sia datang ke blog ini.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah sampai pun kita ke 10 ramadhan terakhir. Kamu kena ingat yang 10 ramadhan terakhir ni kamu mesti tidak mensia-siakannya. Kerana ustaz mantra pernah berpesan ” Pada satu malam diantara 10 malam terakhir akan turun malaikat-malaikat pada satu malam yang penuh kerahmatan yang dinamakan Lailatul Qadr, maka carilah malam itu”. Kamu mesti tau tentang malam yang famous ini. Seperti agenda-agenda tahun sudah pasti ramai antara kamu juga yang turut mencari malam bermakna ni kan? Alhamdulillah kali ni jangan terlepas, moga kita menemuinya.
Dikesempatan yang ada ini Mantra ingin berkongsi kepada kamu doa-doa yang sunat dibaca ketika 10 ramadhan terakhir, sebelum kamu mula menyarungkan baju raya mu itu
Hari Ke-20
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”
Hari Ke-21
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”
Hari Ke-22
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”
Hari Ke-23
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”
Hari Ke-24
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”
Hari Ke-25
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”
Hari Ke-26
:”Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”
Hari Ke-27
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”
Hari Ke-28
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.
Hari Ke-29
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman
Sinarilah ramadhanmu dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Sebab apa? sebab ketika ini pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka dan syaitan-syaitan diikat untuk memberi peluang kepada hambanya “membersihkan diri” kerana setiap amalan baik dan ibadah yang dilakukan pada bulan ini, pahalanya berlipat ganda. Wallahua’lam.
P.S Tak saba den nak balik pilah. Ado sesapo kek sini orang sekampung ngan eden tak?


