Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘gambar di blog’

WordPress: Bagaimana untuk Setup Gravatar

Salam Sejahtera Pembaca Blog Mantra,

gravatarGravatar ialah Globally Recognize Avatar, dimana kita mendaftar gambar kita menggunakan email. Email ini kemudian akan dikenali atau dikesan dan akan keluar gambar yang kita telah setup pada akaun gravatar kita, apabila kita menggunakan email tersebut ketika mendaftar maklumat diri. Fungsi Gravatar ini amat Famous didunia WordPress. Gambar akan keluar pada ruangan komen diblog apabila seseorang yang mempunyai akaun Gravatar mendaftar email mereka sebelum melakukan komen diblog. Blog ini sendiri menggunakan fungsi Gravatar.

Cara untuk mendaftar Gravatar amatlah mudah. Cuma pergi ke website http://en.gravatar.com dan klik pada butang sign up disebelah atas-kiri. Kemudian daftarkan email anda. Setelah itu lakukan proses mengupload gambar. Gambar ini akan terpampang sewaktu anda melakukan komen di blog wordpress.

signup-gravatar

Bagaimana gambar ini dikesan? semasa anda ingin meletakkan komen disatu blog, anda dikehendaki untuk meletakkan data diri seperti nama,email dan website. Email ini akan dikesan mempunyai link dengan akaun Gravatar anda dan gambar Gravatar anda akan dikesan. Jika email tidak dimasukkan maka tidak akan keluar gambar. Mantra rasa email wajib diletakkan sebelum komen bukan?

masukkan-email

Jika kamu sudah mempunyai blog WordPress, setup Gravatar adalah menjadi satu kemestian. Komen diblog akan kelihatan lebih menarik dengan gambar-gambar pengomen diblog. Untuk memastikan Gambar-gambar Gravatar ujud diruangan komen, anda perlu lakukan setting WordPress anda sepertimana langkah ini

Login Akaun WordPress. Diruangan Dashboard anda klik pada menu “discussion”, iaitu sub-kategori bagi “setting” di ruangan sebelah kiri. Setelah itu, skroll sehingga ke bahagian bawah sekali. Pastikan anda “tick” pada perkataan “Gravatar” dan save.

setting-gravatar-wordpress2

Klik untuk paparan lebih jelas

Refresh semula homepage blog anda dan tekan salah satu tajuk post diblog. Lihat diruangan komen samaada Gravatar telah berjaya atau tidak.

Selamat Mencuba :)

Masih belum Terlambat

Walaupun sudah agak lama saya mengetahuinya namun kekangan masa menyebabkan saya tidak dapat mengumumkan dari awal lagi berkenaan perkara ini. Iaitu mengenai Panduan ClickBank dari usahawan internet MAWARDI. Laporan ini berharga RM 67 pada asalnya dan kini sedang diedar percuma. Downloadnya disini

http://www.panduanclickbank.com

Secara ringkasnya, Panduan ini menerangkan 10 langkah berkesan menjalankan perniagaan program Affiliate clickbank sepertimana saudara MAWARDI sendiri usahakan sehingga mencecah komisen hampir RM 60 000.