Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘ebook percuma’

101 Tabiat Punca Anda Kehilangan Pelanggan

Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,

“ Pelanggan adalah RAJA! Jauhi 101 tabiat ini untuk keuntungan berganda-ganda ”


ebook-wanmusNampak menarik tajuk post ni. Yup, especially yang sedang cari-cari info bagaimana nak jalankn perniagaan tak kiralah samaada perniagaan offline atau perniagaan internet. Kali ni Mantra nak kongsi satu ebook yang sangat menarik untuk korang semua. Yelah tau mencari pelanggan, tapi tak tau jaga hati pelanggan. Macamana nak berniaga kan? Jadi Mantra nak review sikit sebuah ebook yang baru Mantra habis baca sebentar tadi yang bertajuk 101 Tabiat Punca Kehilangan Pelanggan.

Senarai ini saya kumpulkan dari majalah dan pengalaman saya sendiri melalui beberapa pengolahan. Apa yang penting sekarang ialah kita tidak lagi melakukan kesalahan ini yang boleh menyebabkan perniagaan kita kehilangan pelanggan!-WanMus

Ebook ini telah ditulis oleh saudara Wanmus. Siapa yang kenal bro Wanmus? Beliau seorang pelajar UTM yang sedang buat Master dalam jurusan kejuteraan Mekanikal. Sambil tu beliau menjalankan beberapa perniagaan internet. Daripada perkhidmatan webhosting sehinggalah perniagaan Website Design, Sms broadcasting, e-kamus dan macam-macam lagilah. Memang usahawan sejati Wanmus ni. Anak muda melayu yang patut dibanggakan.

Malah Wanmus juga seorang Blogger. Ingat tak baru-baru ni beliau pernah umumkan yang blog baru beliau setup dah dapat payment? Otai tak otai? Dah beriban-riban dah duit dia pernah dapat dari internet hasil perniagaan dan aktiviti blogging. Bila dah beriban dah tentu telah melibatkan beratus-ratus malah ribu customer yang berurus niaga dengan beliau. Jadi, adakah beliau seorang yang layak untuk menulis ebook ni. Sudah tentu lah!

” Jika pelanggan perlukan penerangan tentang fakta, jangan tenung mata pelanggan tersebut dan buat-buat bunyi seperti sedang berfikir..EMM..EMM..Jika pelanggan masih bertanya, jangan angkat kepala sebab nanti anda akan tewas dan akan memberitahu perkara sebenarnya “, - WanMus,101 Tabiat Punca Kehilangan Pelanggan-

Tujuan ebook ini diterbitkan adalah untuk memberi kesedaran kepada usahawan-usahawan supaya menjadikan pelanggan itu sebagai raja. Dengan panduan ini dapatlah kita tahu bahawa apa perkara yang tak disukai dan apa pula yang disukai oleh pelanggan kita. Pendek kata, “Customer is always right!” Apa dia nak kita ikutkan….

” Untuk pelanggan yang minta “Refund”, inilah saat untuk anda mulakan pertengkaran yang memalukan dia “

Jika Kamu dah mendownloadnya, kamu akan lihat ebook ini telah dipecahkan kepada 6 subtopik seperti berikut :

  1. Bercakap dengan pelanggan
  2. Di ruang Perkhidmatan pelanggan @ Support
  3. Teknik mudah menaikkan lagi marah pelanggan
  4. Cara melayan panggilan telefon pelanggan
  5. Penghantaran barangan
  6. Di restoran atau kedai makan

kepuasan-pelanggan-diutamakanDan pastikan kamu sebagai pembaca menggambarkan diri kamu sebagai pelanggan. Supaya merasaai apa yang bakal dikatakan atau dilakukan terhadap kamu. Sejak itu barulah kamu mula sedar bahawa penbuatanmu itu menyakiti hari pelanggan dan sebab itulah kamu tidak mendapat pelanggan setia!

Apa macam? teruja tak nak tahu apa tips-tips selanjutnya yang bakal diceritakan dalam ebook ni? Ada 103 Tips sebenarnya. Untuk mendownloadnya kamu boleh pergi ke halaman berikut,

http://www.101tabiat.wanmus.com

Cepat grab peluang ni sebelum ebook mantap ini dikenakan bayaran. Ilmu-ilmu ini Mantra rasa memang sangat diperlukan bagi usahawan internet. Baguslah, rezki sudah didepan mata. Yang mengantuk dah disorong bantal. Bacalah ebook ini supaya kredibiliti kamu sebagai peniaga lebih terserlah seterusnya menjana keuntungan lumayan dimasa akan datang.

Apapun Mantra ucapkan berbanyak terima kasih kepada Wanmus kerana telah membuka minda Mantra dalam bab tatacara dalam perniagaan. Semoga Wanmus dimurahkan rezki. InsyaAllah.

Jangan lupa untuk download. Mantra ingatkan ini link dia ye

http://www.101tabiat.wanmus.com

“Insyallah mudah-mudahan kita dimudahkan rezeki. Jika laporan saya ini anda rasakan berguna dan anda telah berjaya memberikan kejayaan daripadanya, saya tidak mahu sedikit pun dari pendapatan anda sebagai ganjaran, cukuplah doa untuk saya sekeluarga agar sihat, selamat dan dimurahkan rezeki.aminn..” -wanmus-

Kenangan Wanmus dan Mantra

Kenangan Wanmus dan Mantra