Posts Tagged ‘ebook percuma’
Selamat Hari Raya: Raya 2010
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Rasanya belum terlambat untuk Mantra ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maan zahir dan batin kepada pembaca blog ini. Harap-harap raya kali ini lebih meriah dari raya tahun sudah.
RAYA
Pada raya tahun ni agak meriah bagi Mantra memandangkan pihak Universiti telah bersetuju memberi cuti yang panjang. So memang enjoy giler raya tahun ni. Hari raya pertama sampai ke empat kami sekeluarga beraya dikampung halaman, Kuala Pilah. Kemudian pada hari raya ke-5 Mantra telah bercuti ke langkawi.Memandangkan ini adalah kali pertama Mantra ke Langkawi, percutian ini memang betul-betul bermakna. BEST!
EBOOK EBAY PERCUMA
Maaf berkenaan Ebook berkaitan Ebay yang Mantra janjikan pada post lepas. Baru sekarang rasanya ebook ini boleh dilancar secara Rasmi. Ebook ringkas ini menceritakan pengalaman sebenar Mantra menceburi bidang Ebay dengan mengesyorkan beberapa langkah dan panduan yang Mantra gunakan untuk mencapai jualan tertinggi RM 60 000 sebulan. Ebook ini tidaklah seberapa. Harap-harap dapatlah membantu sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang Ebay. Boleh dapatkan secara percuma di laman web http://www.gajimaya.com.
KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI LAWIYA
Pada raya tahun ini 2010, kita dikejutkan dengan berita pembunuhan Jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam, dikelar, dibelasah dan dibakar menurut surat khabar (nauzubillah). Pembunuhan tersebut telah dilakukan terhadap Sosilawati Lawiya dan 3 mangsa yang tidak bersalah yang lain. Kesian kan? Tak pasal-pasal orang yang tak terlibat pun kena sekali. Tapi apa nak buat dah takdir. Mantra masih lagi aktif mengikuti perkembangan mengenai berita ini. Dulu kes Altantuya, dibunuh kejam dan diletupkan. Sekarang jutawan pula.
Kepada keluarga mangsa yang terlibat, banyakkan bersabar dan hadapi dugaan dengan tabah. Kita sama-sama doakan keluarga mereka dipelihara dan roh-roh arwah ditempatkan dikalangan orang solleh.
Manusia sekarang ni dah semakin kejam. Rasanya binatang pun takkan buat macam kes Sosilawati Lawiya tu. Apa komen korang?
TweetPengalaman Saya Hasilkan 60K dari Ebay!
Akan muncul tidak lama lagi.
Subscribe Blog Mantra untuk tidak ketinggalan, ini linknya = Subscribe my Blog!
TweetBlog Expert Kongsi Rahsia, bagaimana beliau jadi jutawan dengan Blog JohnChow.com
Mantra baru je download ebook percuma dari John Chow. Ebook ini bertajuk ” ULTIMATE BLOG PROFIT MODEL”. Ebook ini ditulis oleh pro Blogger John Chow sendiri yang sudi berkongsi pengalamannya dalam menghasilkan wang menggunakan Blog peribadinya.
“Are you tired of making peanuts from your blog? Kick it into high gear with the ultimate blog Business Model. This is step-by-step guide inside the business model that allows my blog to make over $40,000 per month”, John Chow
Ebook ini mengandungi 60 mukasurat dan pengolahannya sangat jelas. Mantra percaya sesiapa pun, walau apa peringkat pengetahuan mereka dalam dunia blog mampu memahani apa yang cuba disampaikan dalam ebook ini. Mantra baru baca bab Case Study, bagaimana beliau menjana $ 500,000 pada tahun 2009! yang lain belum habis baca lagi. Gaya penulisan beliau memang menarik dan menyebabkan kita akan khusyuk membaca dari satu baris ke satu baris yang lain.
Jom belajar berblogging dengan John Chow, http://www.blogprofitcamp.com
Tweet


