Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘ebook free’

Tawaran Iklan Text

Salam sejahtera pembaca Blog Manta,

Dalam selang beberapa hari lagi Mantra akan lancarkan satu laporan ringkas berupa Tutorial yang mengandungi 10 muka surat. Laporan ini akan disebarkan secara percuma kepada pembaca Blog Mantra dan akan diletakkan di sebelah kanan blog ini, diruangan Sidebar.

Sebelum laporan ini diberi secara percuma, Mantra buka tawaran ruangan iklan text untuk dimuatkan dalam laporan ini. Tawaran ini dibuka hanya untuk 3 tempat sahaja. Maklumat iklan text seperti berikut:

1. Ayat promosi kurang dari 36 patah perkataan

2. Hanya 1 gambar bersaiz 125×125 pixel dibenarkan untuk diletakkan bersama iklan text

3. Hanya 1 link sahaja dibenarkan untuk setiap iklan text

4. Harga 1 iklan RM 50

5. Iklan akan kekal di dalam laporan

Kepada yang berminat, sila hubungi Mantra menggunakan contact form yang disediakan di Blog ini.

Panduan Newbie MRR beta

Salam sejahtera,

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim…

“Panduan Newbie MRR versi BETA”

Terbuka kepada semua yang ingin belajar buat duit internet part time. Skop penerangan :

1. Panduan domain dan hosting

2. Panduan mengubahsuai surat jualan

3. Panduan mengkonfigurasi “buy now button” untuk proses penjualan

4. Panduan upload file ke FTP

5. Panduan promosi dan pengiklanan

Walaupun tidak merangkumi semua perkara mantra percaya ebook ni sangat sesuai bagi newbie yang ingin bergiat dalam perniagaan produk MRR (produk digital). Ebook ini adalah ebook T.E.K.N.I.K.A.L dan disediakan sekali gambar screenshot untuk memudahkan pembaca semua.

Antara kelebihan lain dalam panduan ini pembaca juga akan didedahkan dengan :

Basic asas membina website

Dengan menggunakan software seperti NVU/Kompozer sesiapa sahaja mampu untuk membina website sendiri walaupun tidak ada pengetahuan dalam coding atau HTML.

Basic Asas FTP

Pembaca turut didedahkan bagaimana cara mengupload file ke FTP. Melalui proses yang sama juga cara ini boleh digunakan semasa mengupload themes atau plugin untuk blog WordPress anda.

Basic Asas mempromosi laman web

Dengan beberapa kaedah mudah dan “common” bagaimana mendapatkan pelawat ke laman web. Walaupun “common” masih juga kurang diamalkan oleh kebanyakan orang.

Teknik-teknik lain

Akan diperolehi apabila selesai baca sendiri ebook ini. Panduan ini percuma untuk sesiapa yang berminat sahaja. Sila klik link dibawah untuk download secara percuma.

PANDUAN NEWBIE MRR BETA

&

LATIHAN (PRODUK MRR)

Syarat-syarat

Selepas baca panduan ini sila tinggalkan feedback diblog ini sendiri atau email terus ke mantra.g7@gmail.com. Sangat-sangat diharapkan dari anda semua.

P.S anda ada masa 72 jam dari sekarang sebelum link download tidak lagi berfungsi :)

Masalah eCover Action

Ada sesiapa yang pernah hadapi masalah tentang action script sebelum ni? Cuba tengok contoh kat bawah ni

newbie-mrr-prelaunch1

Ada sikit masalah kat bahagian atas dan tepi ebook. Nampak cacat dah. Tergendala la hasrat untuk publish ebook ni :adeh: Kalau ada sesiapa yang tahu leh tolong mantra tak? mungkin sebab photoshop problem atau resolution ke?

Berkenaan ebook ni tak lama lagi akan dilancarkan (FOR FREE) tajuk masih dirahsiakan. Tapi hanya untuk 3 hari je. Lepas tu link download akan ditutup. Sebabnya nak dapatkan feedback dari pembaca samaada boleh teruskan ke tidak untuk promo book ni. Kalau 70% mengatakan ok, so after this mantra akan siapkan affiliate system untuk program PPL.

Kalau ada sesiapa yang taknak ketinggalan untuk download ebook ni boleh langgan RSS dengan klik pada link ini. Anda akan diberitahu menerusi email sebaik sahaja ebook ini dilancarkan. Ingat, 3 hari je tau. Support my work ok :)

Kenapa perlu baca ebook ni? ini antara sebab-musababnya

1. Kepada sesiapa yang nak belajar macamana nak bina website/minisite/edit. Panduan ini akan menerangkan beberapa asas bina website menggunakan kompozer/NVU

2. Kepada sesiapa yang nak belaja berblog dengan domain dan hosting sendiri. Macam blog ni

3. Sesiapa yang ingin belajar beberapa asas tentang Paypal dan macamana setup pembayaran automatik di web jualan.

4. Sesiapa yang nak belajar tentang beberapa teknik promosi yang simple

5. Sesiapa yang nak belajar bagaimana nak buat duit di internet tanpa produk sendiri dengan hanya teknik Copycat

6. Beberapa pengetahuan lain termasuk FTP dan Cpanel.

Best sangat ke buku ni?

Mantra pun tak tau best ke tidak. Apa yang penting buku ni menunjukkan langkah satu per satu (ebook teknikal) dan ada diselitkan bukti mantra memang dapat duit dari teknik ini. Kalau rasa nak tau cubalah baca. Lagipun FREE je………

Apa keistimewaan memiliki ebook ini?

1. Boleh disebar kepada sesiapa pun

2. Boleh diguna ke dalam post blog

3. Boleh dijual pada sebarang harga, jika dirasakan perlu

4. Boleh dijadikan produk bonus kepada produk berbayar anda

5. Boleh dijadikan hadiah kepada pelanggan setia blog anda

6. Boleh diulas semula dalam email kepada subscriber anda.

7. Boleh dijadikan panduan berguna, yang boleh dibaca berulang kali hinggakan hampir 100 kali untuk anda kuasai bidang ini.

TETAPI ada syarat. Anda tak boleh ubah sebarang isi kandungan dalam ebook ini. Itu je.

Walaubagaimanapun ini cuma asas sahaja. Kalau nak advance kena lah kuasai yang asas ni dahulu. Secara jujurnya, ebook ni hanya sesuai untuk NEWBIE sahaja. Kalau yang dah pro tu nanti kalau baca mesti korang akan kata “ek eleh benda ni aku dah tau lama lah”. So dinasihatkan kalau rasa pro jangan baca ok. Kalau saja nak baca apa salahnya, mungkin ada jugak benda yang korang masih tak tau. Who knows?

Berbalik kepada masalah ecover action tadi. Jangan lupa ye siapa yang pernah alami masalah ni boleh PM mantra atau post diruangan komen. Lagi mudah untuk pembaca lain baca sekali.