Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘ebay’

My new iphone 4 hard case moshi just arrived

Hari ni, hari kedua blog saifuliZwan.com aktif.alhamdulillah, man masih dapat luangkan masa untuk menaip.dan yang lebih best hari ni man dapat barang yang man beli seminggu yang lepas dari seorang buyer di ebay us, tengok nie

20111116-235652.jpg

20111116-235724.jpg

Cantik tak? Ehhehe.case ni man brli pada harga yang kurang dari RM 20.quality barang memang tiptop.dan man memang betul-betul puas hati.sebelum ni man memang geramkan case moshi ni.tengok harga kat kedai hari tu harganye RM 30. tengok di ebay harganya kurang dari RM 20! Syioknye. Kalau korang nak beli juga man syorkan yang ini > link

Selamat Hari Raya: Raya 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya belum terlambat untuk Mantra ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maan zahir dan batin kepada pembaca blog ini. Harap-harap raya kali ini lebih meriah dari raya tahun sudah.

RAYA

Pada raya tahun ni agak meriah bagi Mantra memandangkan pihak Universiti telah bersetuju memberi cuti yang panjang. So memang enjoy giler raya tahun ni. Hari raya pertama sampai ke empat kami sekeluarga beraya dikampung halaman, Kuala Pilah. Kemudian pada hari raya ke-5 Mantra telah bercuti ke langkawi.Memandangkan ini adalah kali pertama Mantra ke Langkawi, percutian ini memang betul-betul bermakna. BEST!

EBOOK EBAY PERCUMA

Maaf berkenaan Ebook berkaitan Ebay yang Mantra janjikan pada post lepas. Baru sekarang rasanya ebook ini boleh dilancar secara Rasmi. Ebook ringkas ini menceritakan pengalaman sebenar Mantra menceburi bidang Ebay dengan mengesyorkan beberapa langkah dan panduan yang Mantra gunakan untuk mencapai jualan tertinggi RM 60 000 sebulan. Ebook ini tidaklah seberapa. Harap-harap dapatlah membantu sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang Ebay. Boleh dapatkan secara percuma di laman web http://www.gajimaya.com.

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI LAWIYA

Pada raya tahun ini 2010, kita dikejutkan dengan berita pembunuhan Jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam, dikelar, dibelasah dan dibakar menurut surat khabar (nauzubillah). Pembunuhan tersebut telah dilakukan terhadap Sosilawati Lawiya dan 3 mangsa yang tidak bersalah yang lain. Kesian kan? Tak pasal-pasal orang yang tak terlibat pun kena sekali. Tapi apa nak buat dah takdir. Mantra masih lagi aktif mengikuti perkembangan mengenai berita ini. Dulu kes Altantuya, dibunuh kejam dan diletupkan. Sekarang jutawan pula.

Kepada keluarga mangsa yang terlibat, banyakkan bersabar dan hadapi dugaan dengan tabah. Kita sama-sama doakan keluarga mereka dipelihara dan roh-roh arwah ditempatkan dikalangan orang solleh.

Manusia sekarang ni dah semakin kejam. Rasanya binatang pun takkan buat macam kes Sosilawati Lawiya tu. Apa komen korang?