Posts Tagged ‘domain’
Menukar DNS Godaddy
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Alhamdulillah tamatlah sudah puasa kita untuk hari yang kelima. Untuk itu kita sama-sama membaca doa ini untuk hari yang keenam pula. Bismillahirrahmanirrahim…
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”
Setting DNS Godaddy
Korang tau tak macamana nak direct domain kita ke hosting yang berbeza platform? Inilah kali pertama Mantra menghadapi situasi pelanggan yang ada domain dan hosting berasingan. Fuh kali pertama menghadapi situasi ini gabralah jugak mantra dibuatnya. Rupa-rupanya senang aje nak set DNS domain kita ke hosting. Mantra akan kongsikan bagaimana set DNS untuk domain Godaddy ke akaun hosting kita. Begini caranya,
1. Login akaun Godaddy dengan username dan password anda
2. Klik pada domain mana yang anda mahu
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
3. Klik pada NameServer seperti dalam gambar dibawah
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
4. Masukkan nameserver akaun hosting anda. Sebagai contoh mantra masukkan “NS969.WEBSITEWELCOME.COM”. Kebiasaanya akan ada 2 nameserver.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Setelah selesai tunggu dalam beberapa minit akaun anda akan diaktifkan. Kemudian login akaun cpanel korang macam biasa. Bagaimana Mudah bukan? Lepas ni bolehlah shoping domain di Godaddy



