Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘doa puasa’

Doa-doa dibulan puasa minggu 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog mantra,

Macamana dengan puasa hari ni? dah masuk hari ketiga dah kita berpuasa. Alhamdulillah, Semuanya berjalan lancar. Harap korang pun begitu juga hendaknya.

Maaflah mantra terlewat untuk post doa-doa dibulan puasa. Masa tidak mengizinkan mantra untuk mengusik blog ini. Di kesempatan yang ada ini mantra update sedikit doa-doa yang boleh diamalkan dibulan puasa. Doa walaupun pendek tapi diamalkan insyaAllah akan mendatangkan keredhaan Allah s.w.t

Hari Pertama puasa
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”

Hari Kedua puasa
“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”

Hari Ketiga puasa
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Keempat puasa
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Kelima puasa
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih”

Hari Keenam puasa
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ketujuh puasa
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Semoga semua mendapat manfaat dari doa yang kita baca. Sedikit tips dibulan puasa ini janganlah banyakkan tidur. Puasa boleh jadi makruh. Memang kadang-kadang kita rasa letih dan tak bermaya. Namun itu sebenarnya satu ujian dan latihan kepada diri kita untuk menahan nafsu makan dan minum disiang hari. Nabi kita Muhammad s.a.w dan para sahabat pernah berperang ketika berpuasa. Betapa hebatnya umat islam ketika itu. Ini boleh kita kaitkan dengan berpuasa sambil berjuang dalam konteks kehidupan seharian.

Bagaimana yang dimaksudkan dengan berjuang?

Pergi ke kelas untuk menuntut ilmu

Bekerja mencari nafkah untuk keluarga

Berdakwah

Berikut adalah contoh termudah yang boleh kita kaitkan berjuang dijalan ALLAH. Jadi sama-samalah kita mendapat manfaat dari doa-doa yang kita baca setiap hari dan seterusnya memantapkan amal ibadah kita dibulan mulia penuh keberkatan ini. InsyaAllah kepada sesiapa yang tak hafal doa diatas, boleh bookmark(tekan ctrl+D) page ini untuk kembali dan membacanya bila-bila yang anda mahu.

Wallahua’lam