Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘cpu usage’

Blog Mantra with New theme? Comment please…

Salam sejahtera pembaca blog Mantra,

Maaf diatas kesilapan teknikal blog ini dalam tempoh 2 hari yang lepas. Blog ini tidak dapat dibuka dan jika dapat pun tentu kamu tertanya-tanya kenapa blog ini di “SUSPEND”. Saya dapat rasakan tentu ada diantara kamu yang kecewa dan berfikiran negatif terhadap situasi ini. Ada juga yang menghantar emel kepada saya mengatakan blog mereka bermasalah kerana link Blog ini tidak berfungsi dengan baik.

Sebenarnya sahabat, tiada apa-apa masalah pun dengan blog kamu dan blog kamu semua sentiasa  sihat dan ceria sahaja :) Terima kasih kerana memberi “response” kepada saya berkenaan masalah ini. Dua hari lepas, Blog in telah di “tahan” kerana terdapat beberapa masalah antara blog ini dan pihak webhosting. Kini blog ini di dalam pemerhatian :wanted: jeng jeng jeng. Hahaha why so serius? Relaks la… Jika kamu tertanya-tanya dari tadi atau dari 2 hari yang lepas, sekarang mantra akan nyatakan. Blog ini dengan tidak sengajanya telah melanggar TOS yang ditetapkan oleh pihak webhosting….itu ceritanya. Melanggar TOS? bunyi macam danger je kan.

Sesetengah pihak webhosting tidak membenarkan penggunaan plugin-plugin tertentu. Plugin-plugin yang dimaksudkan ialah plugin yang berfungsi secara automatik. Ini akan membuat server mereka menjadi lambat kerana penggunaan CPU yang melebihi had dibenarkan dan akan memberi impak kepada pengguna lain. Kebiasaanya mereka akan tetapkan penggunaan CPU usage untuk setiap pengguna. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kamu melanggar syarat yang ditetapkan dan …. ?

Nasihat saya kepada pembaca semua ambil langkah berjaga-jaga supaya kamu tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak hosting yang kamu pilih. Silap haribulan, kamu akan ulangi kesilapan yang sama. Ini adalah penting! kerana apabila blog kamu nanti telah mencapai tahap sebuah blog kegilaan ramai bukan macam blog ni lah yang mempunyai traffik yang sangat hebat, maka situasi sebegini sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi blog kamu dimasa akan datang. Contohnya, bayangkan Blog Mantra sendiri mendapat 100 unique visitor dalam tempoh akaun disuspend. Apakah mungkin respond terhadap mereka yang baru pertama kali datang ke blog ini? Argh sudah pasti mereka akan blah! dan kecewa kerana beranggapan blog ni sudah expired da! Jangan biarkan perkara sebegini memburukkan imej blog kamu nanti.

InsyaAllah Program Pay Per Lead Newbie Mrr berjalan seperti biasa. Setakat ini tiada apa-apa masalah dengan program PPL. Jika ada sila emel saya secepat mungkin. Belum ada lagi First Cashout dari ahli affiliate. Mungkin ramai yang tidak faham lagi tentang program ini. Tidak mengapa, kalau ada masa nanti mantra review sikit pasal PPL ini.

Oh ya, blog ini dah ditukar ke theme baru. Macamana response kamu agaknya ye? Kalau ok mantra akan stay gunakan theme ini. Nampak macam lebih mesra komen kerana fungsi “commentLuv” dan “subscribe to comment” boleh digunakan tidak seperti theme yang lama. Makin ranggi la blog ni hihihi

Tak mau cerita panjang, Mantra nak ucapkan selamat Hari Raya Maaf  Zahir dan Batin kepada pembaca blog semua. Pastikan kamu cek minyak itam dan air kereta sebelum mulakan perjalanan Ok :)

P.S balik Raya taun lepas aku terkandas di Highway pasal temperature kereta naik! korang hati-hatilah ye…