Posts Tagged ‘buat duit dengan youthsays’
YouthSays: New Campaign is Paying You 16,000 RM
Dah lama Mantra tak ambil pot pasal YouthSays. Baru-baru ni ada satu email datangnya dari Youthsays yang menyatakan New Campaign is Paying You 16,000 RM. Wah! Macam menarik je. Mantra pun bukalah akaun lama Youthsays yang lebih kurang 2 tahun tak berusik. Dalam akaun ada lebih kurang RM 8.00 hasil kempen Pay Per Lead Youthsays waktu awal-awal penubuhan laman web tersebut. Sekarang YouthSays dah makin famous dan dapat sambutan hangat ye.
Teringat Mantra lebih kurang 3 minggu lepas, Youth Asia telah mengadakan perhimpunan di dewan PWTC Kuala Lumpur. Ada expo, gerai, music, pameran dan pelbagai telatah remaja yang Mantra dapat lihat sewaktu menghadiri perhimpunan tersebut. Ada juga terasa diri ni dah terlalu tua untuk menghadiri majlis sebegitu rupa
Tapi sebab dah takde idea lain waktu tu, pergi jugalah. Dapat info ini pun dari laman web Youthsays sendiri. Lagi pulak FREE je.
Berbalik pada tajuk, sekarang Youthsays sedang menganjurkan kempen pengiklanan dimana ahli-ahlinya yang berdaftar boleh menyertainya. Kempen pengiklanan? Macamana tu?Ada bayaran ke?
OK macam ni. Jika anda menyertai kempen iklan yang ditawarkan oleh Youthsays, anda akan dibayar RM 0.20 untuk setiap unik klik terhadap link anda. Ala-ala Affiliate Pay Per Click. Antara iklan yang ditawarkan dalam kempen Youthsays yang sempat Mantra sertai seperti iklan ini
Cool ? Ha korang apa lagi tunggu. Tengok website iklan tu pun dah menarik. Kalau dah ada peluang-peluang macam ni tak join pulak rugi je la. Korang juga boleh pilih nak iklankan kempen yang mana. Kalau korang nak tahu, korang boleh klik pada tajuk kempen yang diberi. Contohnya macam Mantra pilih 3 kempen diatas. Korang boleh lihat, seperti Dentyne menawarkan hadiah RM 10 000 untuk pertandingan menari! Dari situ korang boleh bina slogan atau ayat ‘baek punya’ untuk pikat member-member korang kat Twitter atau Facebook.
Tweet


