Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘buat duit dengan blog’

Tips: Bina Blog Niche

Hari ni aku telah membuka semula blog Niche aku. Blog ini berkenaan Finance (keewangan). Oleh kerana ini blog Niche, tiada post yang out of the topic dan semuanya berkenaan finance termasuk debt consolidation, forex, personal finance, credit score dan beberapa lagi kategori. Blog ni dah 5 bulan kering tanpa post baru. Jadi aku telah pun menambah 1 post baru sebagai tanda permulaan semula blog niche ini. Berikut adalah beberapa perubahan yang telah aku lakukan :

1. Theme
Theme lama blog aku lebih melambangkan finance. Tetapi theme ini telah dirosakkan oleh Malware. Jadi aku terpaksa install theme baru walaupun theme baru ini tak berapa cantik, tapi aku tak kisah kerana fokus sekarang adalah dari segi content (isi kandungan) blog.

2. Plugin
Oleh kerana blog ini telah diserang malware banyak plugin yang telah hilang termasuk Akismet. Hampir 13 page komen SPAM yang diterima kerana ketiadaan plugin ini. Aku telah install plugin Akismet dan hanya beberapa plugin basic sahaja termasuk contact form 7 dan Dagon Design Sitemap Generator(untuk sitemap).

Berikut adalah sebab mengapa plugin basic ini diperlukan;

Akismet: Untuk menapis segala komen SPAM
Contact Form 7: Untuk tujuan link-exchange jika ada permintaan
Sitemap: Lebih mudah website di-index oleh Search Engine

3. Widget
Tidak banyak widget yang diletakkan. cuma recent post,recent comment,adsense,blogroll. Memandangkan beberapa website telah membeli link di blog ini, link tersebut perlu dikekalkan di ruangan ‘blogroll’. Adsense adalah salah satu cara monetize yang paling mudah buat masa sekarang. Tidak perlu letak bermacam-macam widget diruangan sidebar kerana blog akan menjadi blog sewaktu loading. Dan ia juga akan kelihatan lebih professional dan tidak melambangkan “blog ini kepunyaan orang Malaysia”.

4. Stat counter
Untuk memastikan teknik SEO dan backlink yang aku gunakan berkesan, pemasangan stat counter diperlukan. Stat counter sekadar untuk melihat statistik jumlah pelawat yang datang dan dari mana ia datang. Untuk pemasangan boleh dapatkan kod stat secara percuma di www.statcounter.com

Itu sahaja untuk kali ini. Lain-lain update akan dibuat pada post seterusnya. Selamat berblogging

Cara baru, buat duit dengan Blog & Flippa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku tertarik dengan satu website ini, yang dikenali juga Flippa.com. Flippa.com adalah website yang menjadi orang tengah kepada sesiapa sahaja yang ingin menjual atau membeli website atau blog. Sebelum ini aku cuma dengar-dengar sahaja dan tak ambil tahu mendalam memandangkan ia perkara yang baru. Kini ia semakin popular tertutamanya dalam industri “buat duit dengan blog’ apabila banyak cerita yang aku dengar dari kawan-kawan yang beroleh pendapatan dengan menjual blog mereka di sana.

Teringat yang aku juga memiliki 3 buah blog niche. Sayangnya blog ini dah berusia hampir 8 bulan tapi masih gagal memiliki PR. Dan dah lama aku biarkan kerana baru-baru ini aku sibuk dengan aktiviti ebay aku. Rasanya dah sampai masanya aku aktif semula berblogging dan diharapkan blog-blog ini dapat aku jual di Flippa.com setelah mendapat PR nanti. Maklumlah, bila dah ada PR lebih mahal harganya. Tak gitu?

P.S Ada panduan berkenaan panduan Flippa. Nanti Mantra usha-usha sikit

Lubuk Duit Blogging 2010 untuk semua!

Salam Sejahtera pembaca Blog Mantra,

Mantra baru sahaja menyiapkan satu laporan ringkas tentang idea buat duit dengan blog. Matlamat Mantra untuk tahun 2010 ini ialah mengumpul seberapa banyak duit daripada blog Niche. Download ebook ini sekarang sekiranya anda masih belum tahu bagaimana menghasilkan duit daripada blog Niche anda. Ianya percuma!