Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘buat duit affiliate’

Aku Bukan tak bersyukur, Aku cuma kurang tahu

Semenjak aku mula berblogging dan bergiat dalam dunia affiliate (pada pertengahan tahun 2009) ada saja produk digital yang dikeluarkan setiap bulan oleh para IM tempatan. Aku sangat bangga kerana orang kita dah mula sedar akan kepentingan internet sebagai medium mencari pendapatan part-time.

Sepanjang penglibatan aku dalam dunia affiliate, ada juga beberapa sales yang aku berjaya lakukan. Kadang-kadang tu ada sahaja email dari CIMBclicks dan Maybank2u yang menyatakan akaun aku telah dimasukkan sejumlah wang. Kadang-kadang RM 50, RM 100, dan sebagainya. Malah ada yang aku tak tahu dari mana datangnya duit ini. Mungkin dari program-program affiliate yang aku promosikan sebelum ini, agaknya!

Namun, menjadi persoalan aku ialah aku tak pernah menghasilkan jualan sehingga mencecah 10, 20 atau 30 untuk setiap program affiliate yang aku sertai. Bukan bermaksud aku tidak bersyukur, tetapi aku cuma ingin tahu bagaimana mereka-meraka yang hebat mampu melakukannya. Oh ya, mungkin juga aku tidak memiliki email list yang banyak. Dan mungkin juga aku tidak pandai berkata-kata manis. Tapi aku percaya itu semua mampu aku pelajari dari hari ke hari.

Aku percaya ada diantara kamu yang membaca post ini mengalami situasi yang sama seperti aku kan? Jadi, adakah korang menjumpai teknik yang betul dalam mempromosi sesuatu perniagaan affiliate? Mari kita kongsikan bersama di ruangan komen blog ini. Manalah tahu, ilmu korang tu berguna buat pembaca blog ini. Besar pahala :)

Saya seorang Newbie, bagaimana cara nak buat duit dari internet ya?

Adalah seorang hamba Allah bertanyakan bagaimana nak buat duit dari internet. Katanya dia baru sahaja mengenali dunia internet. Untuk pengetahuan tuan, saya bukanlah seorang yang hebat atau pakar dalam buat duit online. Sebabnya saya juga seorang Newbie, sama macam si bertanya ini. Tapi Mantra boleh beri beberapa idea bagaimana nak bermula.

Produk Digital

Bagi kebanyakan newbie, cara senang nak buat duit ialah melalui produk-produk PLR dan MRR. Bila dah namanya NEWBIE sudah tentu kita tidak mempunyai apa-apa produk sendiri. Membeli produk orang lain kemudian menjualnya dengan mendapat lesen jual semula. Patuhi syarat-syarat yang dikenakan dan anda boleh menjual seberapa banyak unit yang anda mahukan. Saya ada kongsikan panduan percuma tentang bagaimana saya mula menjual produk MRR di internet, download percuma di sini

Affiliate

Nampak mudah tapi taklah mudah sangat sebenarnya. Iaitu dengan menyertai program affiliate. Tak perlu uruskan transaksi, tak perlu bina website untuk menjual dan tak perlu pening kepala menguruskan pertanyaan pelanggan. Tugas anda cuma menyertai apa-apa program affiliate yang FREE kemudian lakukan promosi yang berterusan. InsyaAllah pasti ada jualan terhasil

Servis

Kalau ada bakat dalam bidang grafik, mungkin boleh tawarkan servis membina banner, e-cover dan sebagainya. Jika berbakat dalam bidang penulisan, boleh mengambil upah sabagai penulis blog. Gunakan kebolehan yang anda ada untuk mencari wang di internet. Dengan servis anda juga dapat membina nama di internet jika servis yang anda tawarkan memang tip-top.

Kesimpulannya, ada banyak cara untuk buat duit di internet. Jika anda tak sure bidang apa yang paling sesuai cubalah sertai mana-mana forum dan belajar dengan mereka-mereka yang lebih berpengalamana. Ataupun anda boleh menggunakan pakcik Coogle sebagai sifu anda. Taip je apa yang anda nak. Pakcik Google sedia membantu.

Terkejut: Komisen Affiliate yang tak diundang

Alhamdulillah! Buka email yang begitu serabut dengan email-email SPAM. Ingatkan Spam juga sebab dari CIMB clicks rupa-rupanya bukan. Email yang begitu menggembirakan. Terima Payment dari Bro Yoji

komisen-affiliate

Yes! Dah lepas bayar domain dan hosting Blog Mantra ni untuk next year :)