Posts Tagged ‘belajar bahasa inggeris’
Kuasai Bahasa Inggeris & Blog Niche
Salam sejahtera Pembaca Blog Mantra,
Ada soalan dari Mantra buat kamu. Di mana tahap pencapaian Bahasa Inggeris kamu sekarang?
- Sangat Bagus. Mampu berkata-kata dan menulis dalam BI dengan fasih
- Boleh la sikit-sikit. Mampu menjawab pertanyaan mudah
- Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi faham apa yang sedang dituturkan
- Tak mampu langsung berbahasa Inggeris. Bila orang mula cakap BI, saya cepat-cepat Lari atau mengelak
Dimanakah tahap kamu?
Mantra ada sedikit perkongsian tentang pengalaman mengenai Bahasa Inggeris.
Sebenarnya Bahasa Inggeris adalah satu subjek yang paling dibenci masa zaman sekolah dulu~seriously! Cakap lah apa sahaja perkataan BI tentu saya akan jawab “YES” dan “NO”. Dua tu je perkataan hikmah yang Mantra betul-betul faham pada waktu tu yang lain, haram. Dari tadika, ke sekolah rendah seterusnya sekolah menengah, Bahasa Inggeris adalah masaalah utama. Berilah apa-apa buku BI, memang saya akan buang. Perasaan terlalu benci dengan BI. Kerana apa? Kerana untuk habiskan 1 muka surat buku fiksyen kanak-kanak yang berbahasa BI – ala yang buku cerita BI yang banyak gambar dan tulisan besar2 – tu pun memerlukan masa 2 hari untuk Mantra habiskan. Bayangkan betapa lemahnya saya dengan BI waktu itu (Darjah 6).
Buktinya?
UPSR ———-> 3A 2B (English B)
PMR ———–> Rahsia (English B)
SPM ———–> Rahsia (English 3B)
Nampak tak?
Dari UPSR ke SPM Bahasa Inggeris adalah Masalah utama saya. teringat saya waktu itu, satu petang sedang meronda-ronda di KL. Tiba-tiba Mak saya kol dari rumah,
“Abang tahniah, abang dipanggil interview scholar Petronas”
Punyalah happy mak time tu. Aku? Punyalah takut!!!!!!!!!!! Dah confirm-confirm aku kena Speaking nanti time Interview bisik dalam hati. MA*PO* kalau macam ni. hahaha..lawak time tu.
Teringat lagi, Ada ada satu ketika (sebelum tawaran tadi) Mantra dapat offer dari MARA untuk interview biasiswa melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bidang Mechanical Engineering tapi apa yang Mantra buat? Mantra diamkan perkara ni dari pengetahuan mak dan abah kerana semata-mata tak mahu pergi interview, yang wajib bertutur dalam Bahasa Inggeris! Sampai sekarang masih dirahsiakan,
“Adik-adik jangan buat perkara yang sia-sia begini ya”
Sebenarnya bukan semata-mata itu saya tak mahu terima offer dari Mara tapi atas sebab lain juga. Bahasa Inggeris cuma salah satu dari sebabnya. Lagipun negara Jepun tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mereka. Itulah sedikit sebanyak pengalaman ngeri Mantra yang tidak mahir dalam Bahasa Inggeris.
Tapi hari ni. Saya rasa lain. Saya dah tak takut dengan BI. BI dah macam bahasa kedua saya. Kemana saya pergi pasti perlu berbahasa Inggeris. Dalam kelas? Pembelajaran? Kursus tambahan? BLOG? Internet? semuanya berhadapan dengan bahasa Inggeris. Lama kelamaan BI menjadi perkara mudah. Bukanlah hebat. Biasa sahaja. Tapi saya mampu menulis dan bertutur dalam BI jauh berbeza seperti dulu. Kerana setiap hari menghadapinya.
Dari pengalaman Mantra sendiri, saya simpulkan apa sebenarnya yang menghalang kita daripada menguasai Bahasa Inggeris :
- Malu - Takut nak cakap BI sebab takut ayat tunggang terbalik. Takut orang gelak. Dulu mantra pun fikir macam ni. tapi bila kita bertutur dengan orang luar(Overseas) sebenarnya mereka tak kisah pun. Mereka tak gelak. Malah mereka perbetulkan apa yang kita salah. Kadang-kadang kita pun boleh perasan yang dia pun main hentam aje (Tak perfect pun)
- Malas – Saya teringat waktu form 4 Ayah saya belikan kamus Oxford setebal-tebal kamus tu. Kemudian dia bagi saya News Straits Time untuk dihabiskan. Semasa membacanya saya langsung tak gunakan kamus tu sebab ianya Tebal dan menyusahkan! Bila tak faham, tanya. Tak faham, tanya. Takde usaha nak ‘mencari’. Macamana nak ingat perkataan tersebut? Tapi sekarang mudah. Dah ada kamus elektronik.
- Tak Minat – Bahasa Inggeris pada waktu ini amat penting. Jika kamu mahu laku dalam industri negara, kuasainya. Jadi mulai hari ini tukarkan daripada Tak minat kepada Minat dengan bahasa inggeris
- Cikgu Tak Best – Ini juga mungkin boleh jadi sebab mengapa ramai pelajar sekarang tidak mahu belajar bahasa inggeris. Bukan berniat nak salahkan cikgu-cikgu. Sesetengah cikgu tidak cuba untuk membuat kelas Bahasa Inggeris mereka satu kelas yang menarik untuk dihadiri.
- Tiada Latihan – Cuba untuk bertutur bahasa Inggeris ketika meeting dan mesyuarat. Banyakkan membaca akhbar dan buku-buku BI. Banyakkan menonton filem-filem BI.
- Faktor Sekeliling – Mengapa ramai orang cina dan india hari ini lebih mahir berbahasa Inggeris dari bangsa kita? saya ada kenalan (Cina). Ada satu hari saya kerumah dia. Apa yang saya dengar mereka sesama ahli keluarga tidak bertutur dalam bahasa mandarin/hokkien tetapi dalam bahasa Inggeris. Kalau ada pun jarang-jarang. Mungkin ini satu praktikal yang baik. Saya tak tahulah samaada mereka bertutur demikian kerana menghormati saya yang berada disitu.
Demikian serba sedikit apa yang Mantra dapat lihat dan rasakan. Bukanlah berniat untuk mengetepikan Bahasa Melayu tetapi sekadar memberi pandangan bahawa pentingnya kita menguasai bahasa inggeris. Sekarang ini, kalau nak pegi mana-mana interview kerja pun pasti dalam Bahasa Inggeris bukan? Jadi penting tak bahasa inggeris ni? Janganlah kamu ingat Mantra seorang yang tidak cintakan bahasa Melayu. Saya sendiri pun dengan kawan-kawan tidaklah berbahas inggeris. Namun sesekali nak praktis tak salah bukan. Jadikan kuasai Bahasa Inggeris ini sebagai Aset diri kita dan menjadi Advantage kepada kita dalam persaingan merebut peluang-peluang dalam industri negara.
“Masalah paling besar yang timbul adalah apabila graduan ingin mencari kerja. Kebanyakkan syarikat dari sektor swasta menjadikan bahasa Inggeris sebagai suatu kemestian sekiranya mereka mahukan jawatan yang ditawarkan. Dari apa yang saya dapat lihat ketika ini, bangsa Melayu adalah golongan yang paling rugi kerana rata-rata mereka tidak mampu bertutur dengan fasih menggunakan bahasa Inggeris.” dipetik dari slumberaja.blogspot.com
Ah! dah panjang rupanya post ini. Baru Mantra nak usik tentang blog Niche. Nanti kamu overload pulak. Takpe sambung berkenaan Blog Niche pada post akan datang pula.
P.S Cuba renungkan, orang kita ni kalau budaya negatif barat senang betul dia ambil. Benda baik taknak pula diambil. Sekadar mengingati diri dan rakan-rakan yang lain.


