Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Posts Tagged ‘atasi masalah blog’

Apa nak buat bila blog dah kena Hack?

Salam sejahtera pembaca blog Mantra,

Sudah tentunya kamu akan terkejut apabila buka blog, tiba-tiba page lain pula yang muncul. Ini bermakna blog kamu dah diceroboh. Apa yang perlu kamu lakukan?

Pertama sekali, bertenang dan fokus. Jangan gabra. Tiada masalah yang tidak mempunyai penyelesaian. Kamu patut bangga kerana mereka ini begitu berminat sekali nak rampas blog :D …gurau aje ye.

Kedua, hubungi pihak hosting. Selalunya pihak hosting menyimpan backup untuk blog anda. Beritahu mereka dengan cara yang beretika. Beritahu apa masalah kamu sebenarnya. Pasti mereka akan tolong jika memintanya dengan baik :)

Ketiga, Buka Google dan search. Belajar dari pengalaman mereka yang dah kena hack. Mantra ada terjumpa ini.

http://blog.smartusaha.com/smartusahacom-kena-hack

Blog otai pun pernah kena hack apatah lagi Mantra yang biasa-biasa ni. Psst: post ni pada tahun 2006 lebih kurang 3 tahun yang lepas. Time tu blog pun tak tau ape benda. Tengah duk layan cinta monyet waktu tu :D

Terakhir, jika tak berjaya dapatkan backup dari pihak hosting, tutup mata sebelah dan………delete blog tu. Setup yang baru. Ingat, ini ialah last choice. Pastinya sedih tapi itu sahaja penyelesaiannya  maka terima dengan hati yang tabah :(

selamat-tinggal-blog