Posts Tagged ‘artikel bisnes’
Teknik Penulisan Artikel yang mantap dan $1 dari UK

Dalam kesibukan melampaui batasan sempat juga mantra habiskan ebook yang ditulis oleh IM dikenali sebagai Showmoney berkenaan 9 teknik penulisan artikel yang hebat. Dalam artikel ini penulis menerangkan beberapa teknik penting dan kebanyakannya saya rasa korang dah tau, cuma tak amalkan. Mantra ringkaskan 9 teknik tersebut
Teknik 1: Tulis tajuk artikel yang mampu membangkitkan 1000 persoalan.
Teknik 2: Menjadi seorang yang provokatif. Bangkang sesetengah pendapat dengan cara professional dalam penulisan.
Teknik 3: Ambil peluang menggunakan populariti orang lain semasa menulis artikel. “Surf the Wave”.
Teknik 4: Hiasi penulisan dengan gambar. Hanya tulisan sahaja akan membosankan pembaca.
Teknik 5: Konsisten dengan topik anda. “Build a Structure”.
Teknik 6: Galakkan pembaca anda untuk komen. Tanya mereka soalan untuk mereka beri pendapat.
Teknik 7: Berikan sesuatu percuma kepada mereka.Cth: adakan contest
Teknik 8: Labelkan mereka-mereka yang sangat hebat dalam topik anda. Listkan nama dan website mereka sekali.
Teknik 9: Check menggunakan website Google, samaada artikel anda telah di copy ataupun tidak.
Itulah secara ringkasnya apa yang saya faham melalui pembacaan laporan mantap ini.
Korang boleh baca laporan penuh Showmoney yang diberi percuma. Download kat sini. Hah baca jangan tak baca. Ilmu yang bermanfaat jugak kalau diaplikasi dalam penulisan blog korang.
USD 1 dari UK
Hari ni Mantra dapat $1 dari UK. Ha tak caya tengok screenshot di bawah ni.
Eleh apalah nilainya $1 kat mata korang kan. Tapi yang bagi kat mantra ni bukannya rumate mantra. Bukan juga kawan rapat sepermainan masa kecik-kecik dulu. Tapi dari seorang mamat yang duduk kat UK sana. Tak kenal pun sapa dia. Itulah kehebatan perniagaan internet. Nak tau macamana? Download panduan Newbie MRR
p.s Esok, Lusa dan tulat ialah Pesta Convo Fair di UTP. Sesiapa yang free-free tuh jemputlah datang meriahkan lagi. Hari Sabtu ada emy search phheeeewitt….hari ahad ada aizad. Come2…
PLR,MRR dan RR apa bezanya?
Amende la mantra merepek ni tetibe nak keluarkan artikel tentang PLR,MRR dan RR ni? Oh jangan risau, mantra siapkan artikel ni khas untuk permbaca ebook mantra yang bakal siap nanti. Ha takde la korang pening kepala sebab boleh refer aje post ni. Dalam ebook mantra nanti mantra akan tunjukkan macamana mantra buat USD1 untuk pertama kalinya di internet. Aritkel ini akan menerangkan jenis produk digital yang boleh diniagakan diinternet.
Tajuk Artikel: Perniagaan Internet Untuk Semua
———————————————————————————
Dunia hari ini semakin popular dengan perniagaan internet. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar dan boleh dilakukan dimana-mana asalkan anda mempunyai peralatan dan sambungan internet.Antara kelebihan lain perniagaan internet juga kadang-kala tidak memerlukan untuk kita memiliki produk sendiri. Ini bermakna perniagaan internet tidak semestinya hanya boleh dilakukan untuk mereka yang mempunyai produk untuk dijual sahaja.
Contoh perniagaan internet yang tidak memerlukan produk sendiri ialah perniagaan affiliate dan perniagaan yang mempunyai lesen “rights” dibelakangnya (PLR,MRR,RR). Kedua-dua ini tidak memerlukan kepada produk anda sendiri tetapi anda juga mampu melakukan perniagaan internet.
Perniagaan affiliate ialah mempromosi produk orang lain dan memperolehi pendapatan daripada hasil jualan produk tersebut. Kebiasaanya anda akan mendapat komisen bergantung kepada berapa peratus daripada harga barang, seperti yang telah dipersetujui oleh merchant(pihak penganjur program affiliate). Merchant yang bagus memberi komisen setinggi 50% dan kadang-kadang sehingga 70% dari harga barang. Jadi anda boleh memilih produk yang sesuai untuk anda promosi dan permberian komisen yang tinggi hasil setiap jualan.
Ia berbeza pula dengan jenis perniagaan “rights”. Perniagaan ini anda tidak mempromosi produk orang lain tetapi mempromosi produk sendiri dan keuntungannya adalah 100%. Berikut merupakan sedikit penerangan tentang jenis peniagaan “rights” yang boleh anda ceburi:
PLR
Bermaksud Private Label Rights. Produk ini anda boleh mengubahsuai isi kandungan, warna,menukar nama penulis kepada nama anda dan boleh mengubahsuai surat jualan mengikut citarasa. Pendek kata anda mempunyai lesen besar untuk mengubah kandungan produk digital yang dibeli. Kemudian produk digital ini anda boleh jual di internet dengan label nama anda sebagai pengeluar produk tersebut. Anda juga dibenarkan untuk menjual kepada user lain bersama lesen PLR/MRR/RR/Personal Use sahaja.
MRR
Bermaksud Master Resell Rights. Yang ini ketat sikit. Anda tidak boleh mengubah suai produk digital. Hanya perubahan pada surat jualan sahaja dibenarkan. Pemilik asal produk tersebut hendaklah dikekalkan. Namun begitu dibahagian surat jualan anda boleh meletakkan nama anda sebagai reseller yang sah. Anda dibenarkan untuk menjual produk tersebut kepada user lain dengan lesen MRR/RR/ personal use.
RR
Bermaksud Resell Rights. Anda hanya boleh manambah nama anda bersama pembuat asal produk tersebut. Tidak boleh menukat isi kandungan surat jualan apatah lagi produk digital tersebut. Berikut ialah salah satu contoh user yang mendapat hak jualan Resell Rights untuk 1 produk digital.
http://saifulizwan.com/panduanftp
Di internet terdapat perlbagai jenis produk digital yang turut menyediakan lesen-lesen diatas. Anda perlulah bijak memilih produk mana yang bagus untuk dipromosi. Pastikan produk tersebut mempunyai surat jualan yang menarik untuk dibaca. Adalah menjadi suatu kerugian jika surat jualan produk anda tidak dapat menarik minat pembaca untuk membeli.
Berdasarkan artikel diatas maka benarlah perniagaan internet adalah untuk semua. Ia tidak semestinya memerlukan produk sendiri untuk dijual. Kadang-kadang tanpa apa-apa produk pun pengguna internet mampu mendapat wang yang banyak(Adsense). Terpulanglah kepada anda untuk menilai tetapi dengan adanya semangat ingin tahu dan ingin belajar, maka akan lahirlah ramai usahawan internet pada masa akan datang dan yang menariknya, mereka hanya berkerja dari rumah.
———————————————————————————————–
berkenaan penulis:
Mohd Saiful Izwan adalah seorang pelajar universiti swasta tempatan dan berkecimpung dalam dunia perniagaan produk digital dan blogging secara sambilan. Dia juga turut membantu orang ramai dalam menyediakan blog WordPress menerusi websitenya http://blogekspress.com
————————————————————————————————
ANDA DIBENARKAN UNTUK MELETAKKAN ARTIKEL INI DIMANA-MANA YANG ANDA MAHU TERMASUK BLOG ANDA SENDIRI ASALKAN BAHAGIAN “BERKENAAN PENULIS” TIDAK DIUBAH DAN DIBIARKAN SEPERTI YANG ASAL. Anda boleh mengubah atau menambah link dalam artikel kepada apa-apa link yang anda mahu termasuk link affiliate.
P.S Jika terdapat kesilapan pada fakta dalam artikel ini sila PM saya secepat mungkin menerusi contact atau ruangan komen. Atikel ini 100% fresh content tau :p


