Ia semakin Mendapat Perhatian Newbie
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Sistem autoresponder memang membantu seseorang dalam membina perniagaan internet. Sistem Autoresponder berfungsi untuk mengumpul email pelanggan-pelanggan produk kamu. Kemudian apabila terdapat update terbaru tentang produk, maka Autoresponder membantu untuk memberitahu semua pelanggan kamu dengan hanya 1 klik!
Tahukah kamu dalam mengorak langkah lebih jauh dalam perniagaan internet, kamu perlu ada senarai email yang banyak? Tanyalah kepada sesiapa pun pasti email marketing merupakan jalan terbaik bagi sesorang itu memperoleh jualan yang banyak diinternet. Penggunaan Email berada pada kedudukan tertinggi apabila sesorang itu menggunakan internet. Cuba beritahu saya jika kamu masih tidak mempunyai email? mustahil bukan? hampir 100% pengguna internet sudah pun memiliki email masing-masing malah ada antara mereka yang mempunyai lebih dari satu email. Kalau kamu masih tidak mempunyai email, kemungkinan kamu
adalah orang yang tidak mengikuti peredaran zaman, maaf jika kasar bunyinya.
Dalam membina senarai email yang besar, kamu perlu ada satu sistem yang dapat menyimpan semua senarai email yang kamu kumpul dengan selamat. Kebiasaanya menggunakan sistem autoresponder. Menggunakan sistem Autoresponder begitu popular pada abad ini. Boleh dikatakan hampir semua yang ingin buat duit di internet telah pun memiliki sistem autoresponder mereka sendiri. Sistem Autoresponder ini boleh didapatkan secara percuma atau berbayar. Kebiasaannya untuk yang berbayar mereka perlu membayar yuran langganan setiap bulan, sekitar RM 20 ke RM 100 bergantung kepada fungsi dan syarikat yang dipilih.
Untuk autoresponder percuma pula, padahal ia berbayar juga sewaktu untuk mendapatkannya kamu boleh menggunakan seperti sistem autoresponder Easy Autores. Mengapa saya cadangkan yang ini? kerana saya sendiri sedang menggunakan sistem ini. Ianya memang bagus, terutamanya kepada newbie yang baru hendak berjinak dengan perniagaan online, lebih-lebih lagi perniagaan Affiliate.
Sistem Easyautores ini ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Sudah tentu yang berbayar setiap bulan itu lebih bagus. Tetapi bagi newbie yang masih tidak mempunyai stratergi untuk mengumpul email dengan cepat, mengeluarkan wang RM 70 setiap bulan adalah satu perkara yang kurang berbaloi bagi saya. kamu masih membayar setiap bulan sedangkan list kamu baru belas-belas sahaja. Adakah kamu yakin list kamu yang berbelas-belas itu mampu membayar semula modal kamu melanggan autoresponder setiap bulan? tepuk dada tanyalah selera. Sebab itu saya cadangkan sistem Easy Autores sebagai langkah permulaan.
Sistem EasyAutores yang mudah
Sistem EasyAutores tidak lah sesukar mana untuk menggunakannya. Ia simple dan ringkas. EasyAutores mempunyai beberapa menu yang boleh membantu kempen email marketing yang kita bina. Sistem EasyAutores ini kita boleh pasangkan ia pada subdomain kita. Untuk memasang Sistem EasyAutores kamu perlu membina database pada cpanel terlebih dahulu. Kemudian hanya beberapa langkah mudah untuk memasang skrip EasyAutores. Setelah ianya selesai, kamu cuma taipkan URL subdomain(folder) yang kamu download melalui FTP (File Transfer Protocol) untuk login ke ruangan admin. Nampak macam susah bukan? tapi sebenarnya ia mudah dan semuanya ditunjukkan dalam panduan memasang sistem Easyautores dari saudara Bearnerd.
Dengan Easy-Autores anda boleh setup mesej secara automatik mengikut bilangan hari ke berapa untuk email tersebut dihantar kepada pelanggan. Misalnya anda mahu email bertanyakan khabar kepada pelanggan anda setelah sebulan mereka menggunakan perkhidmatan anda, maka setkan bilangan “Day” kepada 30. Day “0″ bermakna email tersebut adalah email yang akan tiba setelah pelanggan mengesahkan email mereka.
Jika kamu mempunyai sesuatu untuk diberitahu kepada pelanggan kamu, kamu juga boleh turut menghantar email secara direct kepada mereka. Fungsi EasyAutores pada bahagian “email leads” akan memudahkan email kamu dihantar ke semua subscriber pada bila-bila masa yang kamu mahu dengan hanya dengan 1 klik sahaja.
Antara fungsi lain yang menarik dengan Easyautores ini ialah ia juga turut menyediakan fungsi link Cloaker. Apakah yang dimaksudkan dengan link cloaker? Bagi penggiat program affiliate sudah pasti perkataan ini kamu sudah biasa lihat. Link Cloaker digunakan bagi menyembunyikan link affiliate kamu. Kadang-kadang ia juga bertindak sebagai melindungi keselamatan link affiliate kamu. Bagi orang lama, sudah pasti kamu boleh bezakan antara link biasa dengan link affiliate bukan?
Berbaloi ke guna Autoresponder EasyAutores ini?
Ya dengan adanya Easyautores kamu pasti lebih yakin untuk memulakan perniagaan internet kamu. Mungkin ada yang masih blur bagaimana membina perniagaan internet kamu dengan sistem autoresponder. Mungkin contoh saya dibawah dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Contohnya, saya mahu memulakan kempen untuk menjual perkhidmatan saya diinternet. Jadi, saya membina sebuah blog, website dan sediakan satu sistem autoresponder untuk mengumpul senarai email. Apabila seseorang telah datang ke website saya dan kemudian dia sangat berminat dengan servis yang saya tawarkan. Namun, dia tidak mahu membuat keputusan pada waktu itu juga. Mungkin esok, lusa atau minggu depan dia akan datang lagi untuk mendapatkan servis saya. Jadi disini Autoresponder akan memain peranan untuk menarik nama dan email pelanggan tadi untuk disimpan ke dalam database.
Dalam kes ini, saya tidak mendapat jualan. Tidak mengapa, saya hanya tersenyum. Ini kerana pelanggan tadi telah pun meletakkan nama dan emailnya untuk saya follow up. Mungkin pada dasar hati pelanggan tadi mahu datang semula pada esok atau lusa atau minggu hadapan. Namun, adakah saya yakin yang dia masih ingat web adress saya? atau bagaimana jika dia tersalah menaip URL web adress saya, yang hampir serupa dengan adress pesaing saya? sudah tentu saya akan kehilangan pelanggan tadi. Ia sangat merugikan walhal saya sudah ada seorang pelanggan yang berkualiti.
Maka, dengan sistem Autoresponder yang saya ada, saya akan follow up customer tadi. Saya berkenalan rapat dengan dia sambil email saya tadi saya selitkan URL ke website servis saya. Ya, saya sedang mengingatkan dia supaya dia tidak mendapatkan servis daripada pesaing saya. Saya beri tips-tips yang sedikit sebanyak dapat membantu dia untuk mendapatkan servis dari saya. Saya membina kredibilit saya supaya dia lebih yakin, tanpa was-was! Akhirnya, tup tup tup dia pun bersetuju untuk mendapatkan servis daripada saya.
Autoresponder telah membantu saya meyakinkan pelawat daripada minat kepada membeli.
Nampak tak bagaimana sistem autoresponder berfungsi?
Bayangkan jika kamu mempunyai 100 trafik dalam sehari, pasti 1 daripada mereka akan berminat dan memerlukan khidmat kamu. Paling tidak pun, 10 antara mereka akan mendapatkan review atau produk percuma (dalam bentuk ebook,software, atau apa-apa je mengikut kretiviti) daripada kamu. Dan cuba bayangkan jika kamu mengumpul 10 email dalam sehari, mungkin kamu berjaya mengumpul 100 senarai pelanggan bermutu dalam 10 hari.
Dan jika bayangkan kamu tidak mempunyai sistem Autoresponder? pelawat keluar masuk begitu sahaja tanpa kamu mengambil tahu apa yang terjadi. Penat kamu menghasilkan jalan untuk mereka sampai ke website, tetapi kamu tidak kisah jika pelawat pergi begitu sahaja. Urm, ruginya. Jadi kamu perlu melakukan sesuatu supaya kamu tak kehilangan senarai pelanggan kamu yang berpotensi untuk membeli. Caranya ialah…….menggunakan sistem Autoresponder dalam kempen perniagaan internet anda!
Jika kamu telah pun memiliki ribuan senarai email, maka menggunakan Easyautores bukan jalan yang terbaik. kamu tidak lagi dikategorikan sebagai newbie apabila mempunyai ribuan senarai email. Tidaklah salah, namun ia tidak sesuai. Pendapat saya, Sudah sampai masanya kamu menggunakan sistem yang berbayar pula. EasyAutores juga mempunyai fungsi “Export Leads”. Fungsi ini dapat membina backup kepada senarai email kamu dan juga memindahkan senarai email ke akaun autoresponder berbayar nanti.
Oh ya sebelum saya terlupa. kamu boleh membina database untuk Easyautores seberapa banyak yang kamu mahu menggunakan skrip yang sama. Asalkan pihak hosting yang kamu guna tidak melimitkan sql database, subdomain dan memerlukan webspace yang cukup. Jika semua ini dipatuhi, terpulang kepada kamu samaada nak bina 10 akaun untuk easyautores pun boleh. Tiada halangan
Saranan saya EasyAutores ini sesuai untuk newbie sahaja. Untuk newbie yang baru mula mengorak langkah dan baru belajar bagaimana untuk membiasakan diri dengan sistem autoresponder. Penggunaan Autoresponder EasyAutores lebih kepada perniagaan baru dan berbudget kecil.
Related Posts :
Tags: autoresponder murah, easyautores
This entry was posted on Friday, October 16th, 2009 at 11:21 pm and is filed under Review. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




October 17th, 2009 at 10:45 am
teringin jugak nak explore pasal ni.. tapi rasa macam tak sempat nak maintain. Hrm.. dalam awal tahun depan rasa macam nak ada autoresponder jugak!
.-= zuls´s last blog ..Tentang MyBloglog… Lima Perkara Yang Saya Suka =-.
October 17th, 2009 at 3:12 pm
@Mantra;
EasyAutores ni sama tak ngan Yahoo Autoresponder? lagi…Getrespond ada yg percuma tak?
October 18th, 2009 at 4:33 am
nice info! harap lebih byk lagi pendedahan – pendedahan untuk newbie!
.-= awe 9´s last blog ..under construction =-.
October 18th, 2009 at 5:02 am
Salam Zuls,
Nama pun autoresponder. Setup siap2 lepas tu tinggal..yang lain nak auto pun buleh…
dan nak anta email secara manual pun boleh…you choose…
.-= mantra´s last blog ..Ia semakin Mendapat Perhatian Newbie =-.
October 18th, 2009 at 4:08 pm
Salam Mantra,
Akak pun pakai EasyAutores ni. Mmg bagus dan senang nak pakai.Mmg bagus la utk newbie.Bagi yg baru nk berjinak2 tu mmg sesuai.Tp kena rajin backup la.Sbb takut juga apa2 jadik kan. Sbb kita kumpul mailing list yg amat berharga kat situ.
October 19th, 2009 at 3:33 am
Yahoo Autoresponder yang mana? yang email tu ke? kalau autoresponder email tu berbeza dengan Easyautores.
Getresponse ada yang percuma untuk 30 hari.Tetapi biasala ada iklan kat bawah ngan atas
.-= Mantra´s last blog ..Ia semakin Mendapat Perhatian Newbie =-.
October 19th, 2009 at 3:45 am
InsyaAllah semoga blog ni bermanfaat. Kalau taknak ketinggalan subscribe ler newsletter bro
.-= Mantra´s last blog ..Ia semakin Mendapat Perhatian Newbie =-.
October 19th, 2009 at 4:42 pm
Saya pun dah rancang nak beli EasyAutores ni, maybe next month. Rugi juga kalau tak ada Autoresponder sebab ia ada banyak kegunaannya..
.-= Kobot´s last blog ..Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan. =-.
October 19th, 2009 at 5:32 pm
Salam kak,
Yup betul tu perlu selalu backup. Kadang-kadang kita tak boleh jangka bila masalah akan berlaku. Kalau tak backup bila maslaah berlaku, habislah semua list yang penat kita kumpul..
.-= Mantra´s last blog ..Ia semakin Mendapat Perhatian Newbie =-.
October 19th, 2009 at 5:33 pm
Semoga sukse selalu
.-= Mantra´s last blog ..Ia semakin Mendapat Perhatian Newbie =-.
October 23rd, 2009 at 6:46 am
oh..ada lagi system autoresponder baru..
saya memang bercadang nak dapatkan satu. rugi kalau tak ada benda alah ni.
berapa ye harganya?
.-= faizal ehsan´s last blog ..Belajar dari KESILAPAN =-.
October 23rd, 2009 at 12:22 pm
Salam,
bergantung siapa yang menjualnya. harga sekitar RM 20 ke RM 40. survey2 mana yang jual murah
Ada yang jual autoresponder shj (dengan panduan pasang) dan ada disekalikan dengan macam-macam produk lain. Jadi pilih dengan bijak supaya puas hati nanti.
March 27th, 2010 at 8:06 am
mantra, aku tgh bminat nk bina list & bisnes (insyaallah). rase2 mantra bahaye tak autoresponder sndri ni, ape kekurangan nye? tak di mark sbg spam ke nnt? lg satu aku ade skit kmusykilan, mcm mane nnt klau kita bli autoresponder bbayar & kita nak transfer list2 kita? aku ade dnga klau nk transfer ke aweber, list2 kita kne confirm kan smula utk transfer. tak ke bahaye, cth klau kita de 1000 list, agak2 kan dlm 1000 tu smue stuju ke nak confirm transfer. mau2 300 je yg confirm, adeh, tak ke rugi list. aku risau yg 2 ni je. aku newbie je dlm bisnes ni. hoho. tlg bg pndapat skit
April 2nd, 2010 at 1:29 pm
@Naz, Salam bro. Bagus niat tu. Buat permulaan, kalau bro nak buat secara slow-slow better pakai yang ni. Kalau bro dah ada kempen (PPL cthnya) apa salahnya pakai yang sistem berbayar terus. Lebih terjamin keselamatan list kita…
April 3rd, 2011 at 3:50 pm
Salam bro, autoresponder ni boleh retreive tak ? Maksudnya boleh tak nak copy surat-surat dari kawan kita punya easyautores ?
Adakah ianya lebih bagus dari TrafficWave ? TQ
June 9th, 2011 at 7:13 am
Boleh ja kalau nk copy surat2 dari kawan kita. buat secara manual. Rasanya traffic wave lagi bagus dan secure, sebab traffic wave tu AR berbayar kn?