Simple Tips: Bagaimana Menjana Trafik ke Blog Bahagian 1

Friday, November 13, 2009 7:45
Posted in category tips and tricks

Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,

traffic-jem

Mantra nak kongsikan tips hasil bacaan baru-baru ni tentang bagaimana menghasilkan traffik ke blog. Buku ini meceritakan tentang bagaimana membina traffik berkualiti ke blog kita. Sebenarnya tips ini bukanlah tips menghasilkan traffik sepenuhnya namun ia bercampur juga dengan bagaimana untuk menjadi seorang blogger yang pro dan digemari pelawat.

Tip #1 : Original Content

Content is King! Apa yang dimaksudkan “original”? Maksudnya apa-apa yang ditulis dalam blog anda tidak sama dengan blog orang lain. Kalau sama ia bukanlah original. Perkara ini perlu diambil serius jika mahu menjadi salah seorang yang bernama “Blogger”. Anda perlu mempunyai kadungan blog yang original. Ini adalah darah sebenar seorang Blogger. Kesilapan kebanyakan blog ialah tidak mempunyai kandungan blog yang original. Jadi blog kita perlu berbeza dengan mereka. Jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukannya, upah orang lain untuk menulis original artikel untuk blog anda.

Tip #2 : Beri kandungan yang menyebabkan pembaca anda bertindak

Blog seharusnya mempunyai kandungan berguna kepada pembacanya. Untuk menjadikan blog anda mendapat sambutan, setiap post yang anda buat diblog akan menyebabkan pembaca perlu bertindak. Sebagai contoh, saya memberi idea tentang tips menjana trafik untuk Blog. Maka apa yang perlu pembaca buat ialah melakukan tips yang diberi terhadap blog mereka, bukannya sekadar membacanya sahaja.

Saya tak ingat dimana saya ada membacanya, yang mengatakan bahawa cara terbaik untuk mendapatkan sales dari program affiliate ialah dengan memberi Plan tindakan atau “Plan of Action”. Dengan memberi pembaca plan untuk diikuti selepas membaca akan memudahkan mereka untuk membeli sambil kita mempromosi program affiliate yang kita sertai.

Tip #3 : Artikel yang tak lapuk dek Zaman

Jika anda mahu pembaca anda terus setia bersama blog anda untuk tempoh masa yang lama, 5 tahun contohnya. Anda perlu menulis artikel-artikel yang sesuai pada waktu sekarang dan juga pada waktu 5 tahun akan datang. Maksudnya disini ialah kesesuaian artikel tersebut ketika ianya dibaca hari ini, esok, 3 bulan, dan 5 tahun akan datang.

Ini tidak bermakna anda tidak perlu untuk update artikel tersebut jika berlaku perubahan. Perubahan terhadap fakta boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Tetapi ada jalan mudah. Anda berikan kebenaran untuk artikel tersebut digunakan oleh orang lain sambil memberikan backlinks kepada blog anda. Mereka inilah yang akan bantu untuk update artikel anda jika terdapat apa-apa update atau perubahan terbaru terhadap artikel lama anda.

Tip #4 : Menulis kerana Pembaca adalah NO 1 dan bukannya Search Engine!

Contoh Link Farm Credit: cogdogblog.com

Contoh Link Farm Credit: cogdogblog.com

Tidak dinafikan anda perlu untuk meng “optimizekan” setiap post dan blog anda untuk search engine (Tips akan dibincangkan seterusnya) Namun diingatkan post anda perlu juga memahami dan fokus kepada siapa pembacanya~ manusia, bukan robot!

Ingat, jangan kerana inginkan kedudukan tinggi di search engine, anda terlalu mengulangi keyword yang sama dalam setiap post sehingga ayat yang dibina sangat-sangat tidak logik. Memang ia amat penting dan mungkin berguna bagi menaikkan traffik, dan mungkin anda mendapat trafik yang sangat bagus dari search engine. Namun mereka(pembaca) tidak akan berada lama diblog kerana anda secara terang-terangan hanya ingin post tersebut mendapat kedudukan di search engine.

Tip #5 : Menulis seolah-olah anda sedang bercakap dengan kawan anda

Pembaca blog lebih suka dengan bahasa-bahasa santai yang digunakan di blog. Pembaca suka dengan penulisan yang natural. Berbanding dengan bahasa high level dan susah difahami. Mereka suka dengan gaya anda menulis seolah-olah anda sedang bercakap dengan mereka sebagai seorang kawan lama. Amalkan gaya penulisan blog seolah-olah hanya seorang sahaja yang sedang membaca penulisan anda pada waktu itu. Wujudkan satu personaliti yang dikenali supaya pembaca blog akan menghebahkan tentang blog anda kepada rakan-rakan mereka. Secara tak langsung, trafik datang berpusu-pusu :)

fulltime-blogger

Ok cukup dulu dengan 5 tips ini. Mantra akan sambung lagi dalam Bagaimana Menjana Trafik ke Blog Bahagian ke-2 pula. Diharapkan kamu mengaplikasikan tip-tip ini supaya membina darah blogger dalam diri kamu. Percayalah, dengan semulajadi trafik akan datang ke blog kamu nanti.

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 6% [?]

You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Simple Tips: Bagaimana Menjana Trafik ke Blog Bahagian 1”

  1. Poziabb says:

    November 13th, 2009 at 2:52 pm

    Salam Mantra…

    rasa2nya cam pernah baca jer artikel ko ni dulu, hehehe…

    ‘rumah lama dicat baru’ tuk lebih mesra jiwa & mata., ye ke? kat mana ko post artikel ni dulu? lupa ar!

    ps – terasa cam kene sindir jer, coz my blog non-visitorrr da, uwawawaaa
    Poziabb´s last blog ..Buat Duit dengan A.W.Surveys My ComLuv Profile

  2. Nozi says:

    November 15th, 2009 at 3:11 am

    Salam,

    Tepat sekali apa yang mantra ckp ni. Kesemua ciri2 yang perlu ada di sesebuah blog itu akan memberi impak kepada kehadiran pengungjung di blog kita. Menepati keinginan mereka.Namun,blog untuk tujuan sebegini perlu ditingkatkan kualitinya dari hari ke hari.Ini tidak termasuk blog persendirian.

    Memang sukar untuk menjadi penulis blog yang betul2 berkaliber.Seperti seorang guru yang ingin mengajar murid2nya.Disamping mengajar,guru2 juga perlu pergi ke mana2 kursus untuk mencari strategi2 yang lebih efektif untuk menghasilkan teknik pengajaran yang betul kepada anak2 muridnya.
    Nozi´s last blog ..Rahsia 15 strategi PLR terbongkar My ComLuv Profile

  3. mohdisa says:

    November 15th, 2009 at 10:15 am

    wah, tips2 yang berguna ni. terima kasih bro. :)
    mohdisa´s last blog ..Penulisan Di Waktu Kecil My ComLuv Profile

  4. Mus says:

    November 16th, 2009 at 1:10 am

    tips yang sangat bagus untuk membetulkan kesilapan.
    Mus´s last blog ..Kronologi Sepanjang Minggu Mengenai Sabah, Air & Alam Sekitar! My ComLuv Profile

  5. msarbin says:

    November 16th, 2009 at 6:37 am

    good post..i like it..heheh

  6. Mantra says:

    November 16th, 2009 at 10:54 am

    Salam bro,

    Atikel ni takde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati :)

    Ini cuma tips dan nasihat je. Nak ikut bleh,taknak pun takpe. Dapat ikut 1 pun dah kira ok :)

  7. Mantra says:

    November 16th, 2009 at 10:56 am

    Itu dia ulasan mantap dari saudari Nozi kita :)

    Terima kasih atas komen yang begitu membina ini

  8. Mantra says:

    November 16th, 2009 at 10:57 am

    @Mohd Isa
    @Mus
    @MSarbin

    Terima kasih kerana membaca :D

  9. Motivasi Kerja says:

    November 16th, 2009 at 4:31 pm

    Assalamualaikum. Saya suka tip no 2 dan 5. Sememangnya menulis di blog perlu utamakan apa yang nak dikongsikan kepada pembaca. Jangan nak blog naik cepat je tanpa dapat manfaat yg baik. Menulis pula perlukan bahasa yang mudah difahami dan boleh dibaca oleh pelbagai tahap usia.
    Motivasi Kerja´s last blog ..10 Penghalang Kejayaan Anda My ComLuv Profile

  10. Mantra says:

    November 21st, 2009 at 12:58 am

    @ Motivasi Kerja, Betul tu. Jangan kita pulak yang syok sendiri…

  11. faizal ehsan says:

    November 23rd, 2009 at 12:53 pm

    dah lame tak singgah ke blog mantra. masih dalam final ye?gudluck!. tip yg sangat berguna untuk saya yg masih belajo ni ;)

  12. mantra says:

    November 24th, 2009 at 8:52 am

    Yup. Sama-sama kita belajar.
    Bro saya dah habis exam :)

  13. otaihp says:

    November 25th, 2009 at 3:59 am

    tips yg amat berguna sbb saya baru nak berjinak2 berblogging
    otaihp´s last blog ..Banyak NYer Handphone Nak Kena Repair My ComLuv Profile

  14. solehpolysas says:

    November 25th, 2009 at 7:21 am

    bagus seh ilmu yg diberikan.. kip it up.. bila kita banyak memberi, pasti banyak hasil yg kita dapat kelak.. usaha tangga kejayaan..

    peace… 

  15. mantra says:

    November 26th, 2009 at 11:36 am

    @ otaihp, betul tu. Ilmu ni luas. Menuntut ilmu sehingga ke liang lahad

    @ Solehpolysas, thanks bro…….

Leave a Reply

CommentLuv Enabled