Simple Tips: Bagaimana menjana traffik ke blog bahagian 2
Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,
Sebelum ini Mantra ada bincangkan tentang beberapa tips mudah menjana traffik ke blog. Masih ingat lagi? sudahkah kamu mempraktikkannya? Adakah ianya memberikan kesan terhadap Blog kamu? Kini tiba masa kita membincangkan sambungannya dalam part 2 pula.
Tip #6 : Jujur
Maaf jika apa yang saya tulis ini tidak menyenangkan kamu. Kebanyakan mereka yang baru bermula, terutamanya dalam affiliate marketing menulis blog semata-mata mengharapkan komisen. Tiada masalah dengan perkara ini. Cuma, elakkan mempromosi produk tersebut semata-mata kerana komisen yang ditawarkan adalah tinggi walaupun produk tersebut kurang berkualiti.
Jangan sesekali mempromosi produk yang anda tidak pernah beli dan cubanya sendiri. Jika anda mahu promosinya juga, beritahu secara jujur yang anda memang tidak pernah beli produk tersebut. Pasti pembaca akan lebih selesa dengan sifat jujur anda.
Tip #7 : Konsisten dalam Update Blog
Anda harus sentiasa mengupdate blog. Jika ini berlaku blog anda akan disukai search engine, disukai website “ping” dan offcourse disukai pengunjung setia blog anda. Jika tidak, mereka (yang telah dinyatakan) akan sentiasa ke blog anda untuk mengetahui update tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku. Maka mereka akan mula bosan dan tidak lagi berminat dengan blog anda.
Paling ‘koman’ pun, paling tak larat pun, paling malas sekalipun, sekali seminggu. Lebih baik 2 ke 3 post seminggu. Itu yang sepatutnya. Yang penting jangan update blog anda setiap hari. Update setiap hari pun tak boleh? malas sangat tak boleh, rajin sangat pun tak boleh. Islam mengajar kita bersederhana. Kerana apa? Apabila anda update blog setiap hari search engine akan memandang blog anda sebagai blog SPAM!
Nak cantik lagi update post setiap minggu pada hari yang berbeza-beza. Misal kata minggu ni nak update blog hari isnin dan khamis. Minggu depan update pada hari yang berbeza pula. Selasa dan jumaat ke..?
Tip #8 : Tulis mengenai perkara yang sedang menjadi “Buah Mulut” orang ramai
Satu cara untuk mendapatkan trafik yang menyerbu blog anda ialah dengan membincangkan isu semasa atau isu panas. Membincangkan isu panas menyebabkan orang ramai akan mencari keyword tersebut di search enjin. Contoh paling mudah, kematian michael Jackson. Siapa yang tak kenal beliau? hampir 1 dunia mengenali Michael Jackson dan berita kematian beliau memang menjadi isu menggemparkan! Lihatlah berapa ramai mereka-mereka yang mendapat trafik luar biasa apabila mereka membincangkan isu ini dalam blog mereka.
Macamana nak tau isu apa yang menjadi buat mulut orang sekarang? Mudah sahaja. Bacalah suratkhabar dan tepat pada pukul 8 malam duduk depan TV tengok berita
Ok setakat ini cukup untuk 3 tip dahulu. So total kamu telah menguasai 8 tip semuanya. Jangan lupa lakukannya. Lakukan satu per satu dan penuh kesabaran. Jumpa lagi di Bahagian ke-3 pula.
Related Posts :
Tags: blogging tips, tips trafik
This entry was posted on Wednesday, November 25th, 2009 at 3:09 pm and is filed under tips and tricks. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



November 28th, 2009 at 7:30 pm
yup. jujur dan sentiasa alert. Kene plak kalau pandai tackle topik dan pandai attract pembaca.memang senang trafik masuk..
.-= titan´s last blog ..Plan Percutian Titan ke Putrajaya =-.
December 1st, 2009 at 2:11 pm
@ titan, betul tu bro. Anyway bro punye blog memang mantap dan aku masih belajar macamana nk jadi macam blog earncent
December 5th, 2009 at 1:03 pm
Blog Mantra » Tip: Jangan biarkan idea Blogging anda hilang begitu sahaja says:[...] sihat dan ceria selalu ya. Macam Biasalah Mantra nak kongsikan satu cara nak update Blog. Tip ni mudah je. Tip supaya kita tak kehilangan idea berblogging. Ketika korang membina post di [...]