Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Simple Guide Menambah twitter Follower yang Efektif

twitter2Salam sejahtera pembaca blog Mantra,

Bahang Hari raya kian terasa. Tanpa disangka kita berada dipertengahan bulan Ramadhan. Alhamdulillah…

Hari ni Mantra nak cerita sikit pasal twitter. Korang dah mula bertwitter?? cubalah bertwitter. Banyak maanfaatnya dengan twitter. Antaranya kita dapat ramai kawan online yang mana kita boleh tahu apa aktiviti yang mereka sedang lakukan. Tengah makan ke, tengah bersahur ke, tengah baca buku ke, semuanya dapat diupdate di twitter dengan satu mesej ringkas.

Contohnya si A megatakan dia baru sahaja selesai membaca isu kenaikan harga minyak di website B dan pap! anda pun klik pada website B dan terus dibawa ke paparan isu harga kenaikan minyak di website tersebut. Lihat? Betapa mudahnya membawa 1 klik ke sebuah website. Dengan hanya 1 klik. Tetapi post kali ini bukanlah Mantra ingin ceritakan tentang cara-cara meningkatkan trafik website menggunakan twitter tapi…

Cara-cara menambah twitter follower yang betul-betul mahu “bertwitter

Macam pelik pulak bunyinya bukan? kenapa, ada ke orang bertwitter yang pada asalnya dia tidak mahu bertwitter? korang faham ke maksud ayat nih. Apa yang cuba mantra maksudkan ialah mereka(pengguna twitter) adalah “orang” dan bukanlah robot atau akaun dummy yang sengaja dicipta untuk mengumpul follower yang ramai. Tapi kenapa? korang tentu akan paham dengan penerangan simple mantra dibawah ini.

1. Tidak bergambar

Elakkan menjadi follower mereka. Ini kerana mereka tidak serius untuk bertwitter. Bagaimana mereka hendak serius bertwitter sedangkan mereka tidak mempunyai masa untuk mengupdate profilenya sendiri? faham bukan?kadang-kadang mereka ini tidak mahu mendedahkan identiti mereka yang sebenar dan sibuk merekrut follower-follwernya untuk ditipu. Oh mungkin korang akan kata “tak baik bersangka buruk”. Namun ini salah satu cara kita berhati-hati dengan pengguna internet lagi-lagi pengguna twitter.

twitter1

2. Following yang terlalu ramai(sehingga tak masuk akal) dan follower yang sedikit

Kebiasaanya mereka-mereka ini mempunyai tools istimewa seperti “auto add”. Apa yang tools ini buat ialah mereka akan follow seberapa banyak yang boleh dan tools tersebut akan unfollow semula secara automatic jika tiada tindakbalas dari user. Perkara ini telah berlaku pada zaman myspace dimana ada tools istimewa untuk menambah friends secara automatik.

3. Tweet yang terlalu kerap (e.g 1000 tweet 1 hari)

Yang ini pun diatas sebab penggunaan auto posting tool yang mana mereka setkan berapa jumlah tweet yang mereka mahu untuk 1 hari. Tidak salah kalau nak follow mereka asalkan kamu selesa dengan cara mereka bertweet.

” Are we real friends or just social media friends?”

Cara terbaik untuk follow seseorang di twitter ialah dengan memastikan mereka itu sama dan pakar dalam niche (sepatutnya lah). Namun ada juga yang hanya menggunakan twitter untuk merekrut peminat setia dan menambah kenalan di internet. Walauapa pun tujuan kamu bertwitter, mantra ada sedikit tips yang mana mungkin kamu boleh praktikkan semasa bertwitter

  • Pastikan kamu mempunyai Avatar yang baik dan sesuai. Lebih baik sesuatu yang membina jenama kamu dan apabila mereka nampak saja lambang itu mereka boleh ingat bahawa itu adalah kamu (letak gambar sendiri lagi senang)
  • Block Spammer yang follow kamu
  • Elakkan menghantar Auto Direct Mesej. Ini mungkin akan dianggap SPAM oleh follower kamu. Mereka yang follow kamu bila-bila masa saja boleh unfollow jika mereka mahu. Seeloknya hantarkan mesej pengenalan kepada follower kamu yang baru secara manual sahaja.
  • Gunakan nickname yang mudah diingat. Sama macam tadi, penjenamaan adalah penting untuk membina kredibiliti kamu.
  • Jangan mengaku kamu itu Expert pada bahagian Biografi sedangkan kamu tidak tau apa-apa. Sebaiknya berlaku jujur bahawa kamu sebenarnya ditahap moderate melainkan kamu betul-betul expert.
  • Elakkan menggunakan default background di twitter. Cuba dan usaha untuk mengubahnya kepada sesuatu yang menarik.

Kesimpulannya, kamu perlu tahu dengan siapa kamu berkawan di twitter. Tidak perlu add atau follow “satu dunia”. Cukuplah sekadar mereka yang serius untuk berkawan dengan kamu ditwitter dan binalah suasana social friend kamu dengan lebih efektif dan…

kenalilah mereka, ketahuilah mereka dan sayangilah mereka :)

kawan-sejati

Adakah korang dah mula mengumpul duit raya dengan Pay Per Lead Mantra? Jom sertai PPL versi Mantra RM0.50 bagi setiap lead terhasil. Korang hanya perlu refer kawan dan setiap referer akan mendapat RM 0.50 semudah ABC tanpa perlu membuat apa-apa. Jom >

Tags: , , , ,

27 Responses to “Simple Guide Menambah twitter Follower yang Efektif”

  1. September 7th, 2009 at 12:04 am

    beliamuda says:

    setuju dengan guide nih.. memang ada benarnya…

  2. September 7th, 2009 at 12:07 pm

    Mantra says:

    Thanks bro :)

  3. September 7th, 2009 at 6:17 pm

    shahrul says:

    Setuju juga. Perlu pilih2 juga sape yg kita nk follow.

    Tools yg tmbh follower secara automatik mmg enth ape2. Tmbh follower yg x berkaitan pun.

    Lg 1, x ska org tweet terlalu peribadi cth pg tandas la, mkn la. wat menyemak tweet je. mls nk bc.

  4. September 8th, 2009 at 2:18 am

    wanwma says:

    bagus info ni! namun sy dah lama betul tak menulis kat twtr tu…masih tak menjadi tabiat lagi sehingga kini

  5. September 8th, 2009 at 2:41 am

    safar says:

    ramai sangat payah nanti

  6. September 8th, 2009 at 4:56 am

    Mantra says:

    @shahrul boleh kalau nak update tentang diri sendiri tapi jangan selalu sangat nanti orang pun bosan. Melainkan…..awak itu artis glamour2…ataupun awak tu tuan guru, ramai yang nak menuntut dari awak so kena ikut update dari tuan guru kan? hehehe

  7. September 8th, 2009 at 4:58 am

    Mantra says:

    @ wanwma takpe bro. Sekarang ni pun twitter tak famous lagi di Malaysia. Lagi satu bro boleh post di twitter melalui phone or just taip status di desktop bro guna twitterfox. Tapi dua-dua saya tak pernah try :D

  8. September 8th, 2009 at 6:51 am

    Mantra says:

    @ safar apa yang payah nye nanti?

  9. September 8th, 2009 at 4:30 pm

    Abu Samah says:

    Thank bro,pasal info ni,aku ada daftar twitter ni,tapi tak berapa faham.

  10. September 8th, 2009 at 10:01 pm

    NoorZahida says:

    perkongsian yang bagus. saya pakai followe.rs. ok follower yg ikut kt. b4 this pakai servis lain mcm ape2 je yg follow kt tu

  11. September 8th, 2009 at 11:32 pm

    Mantra says:

    @ Abu Samah twitter ni lebih kurang macam micro blogging. Ada kalanya kita terlalu busy sampai tak sempat nak update blog, jadi kita hanya beritahu status kita melalui twitter je. Yang bestnya kita boleh membuat post hanya melalui handphone. Maknanya tak kira walau dimana kita berada kita boleh update status twitter kita. Itu kelebihan bertwitter :)

  12. September 8th, 2009 at 11:33 pm

    Mantra says:

    Oh yeke. Kiranya awak pakai tools la ye untuk add follower? awak beli ke tools tu?

  13. September 9th, 2009 at 9:35 am

    Fahdi says:

    Assalamualaikum mantra!

    wah, ni kali pertama saya datang ke blog anda. Gud2. blog pun menarik dan theme yang mantra pakai agak lawa dan kemas. Sesiapa tengok pasti akan baca blog ni. :D

    mengenai twitter. Saya akui. Twitter mememang boleh menolong kita untuk menambah kenalan (kadang2 orang x kenal pun add). Apa yang menarik mengenai twitter adalah. Ia mikro blogging. Maksudnya, bila seseorang update status mereka, mereka hanya boleh menulis 140 word sahaja. Macam tulis msg hp atau di facebook atau di friendster.

    TIdak perlu ada page yang di penuhi dengan comment dari kawan, atau quiz2 mengarut di facebook (haha). twitter sangat simple

    ia juga sangat berguna dalam perniagaan terutama online. senang untuk di hebahkan kepada orang ramai.

  14. September 9th, 2009 at 2:24 pm

    nashrique says:

    good info mantra~

    stuju,kdg2 iklan melampau2,xsempat nk tgk “betul2 punya kualiti twit” drpd kwn2..

  15. September 9th, 2009 at 7:07 pm

    waka says:

    panjang post ni, tapi bagus. ish lama juga x tengok twitter

  16. September 9th, 2009 at 10:06 pm

    Mantra says:

    @ Fahdi

    Waalaikumussalam, terima kasih sudi datang dan pujian berkenaan blog ini :kembang: Namun ada jugak beberapa kelemahan theme ini yang saya tengok. Antaranya theme ni tak mesra komen. Apabila kita reply komen, ia tidak menjadi seperti “sub” kepada komen tersebut. Dah beberapa kali saya setting namun tak berhasil. Rasa macam nak tukar ke theme lain pun ada juga :|

    Betul sangatlah apa yang dikatakan bro tu tentang twitter. Twitter sangat ringkas dan tidak perlu meleret-leret memandangkan kita dihadkan limit untuk setiap posting.

    p.s salam kenal dan datang la ke sini selalu ya :)

  17. September 9th, 2009 at 10:08 pm

    Mantra says:

    @ Nashrique

    Thanks bro nashrique dengan twitter ramai kita boleh dapat kawan. Selalu update iklan pun tak guna jugak

    @ waka

    Thanks bro. Kalau jenguk jangan lupa follow saya, nanti saya follow balik :)

  18. September 9th, 2009 at 10:47 pm

    luthtextile says:

    wah, bagus ilmunya. terima kasih atas info itu bro

  19. September 10th, 2009 at 11:35 am

    Poziabb says:

    bro…akaun aku was suspended…aku ingat sebab yg kedua tu kot! ntah la…tp da create akaun baru; http://twitter.com/PoziCBFb

  20. September 10th, 2009 at 12:21 pm

    Poziabb says:

    bro…akaun aku was suspended…aku ingat sebab yg kedua tu kot! ntah la…tp da create akaun baru; http://twitter.com/PoziCBFb

  21. September 10th, 2009 at 11:55 pm

    mantra says:

    @poziabb

    Sebab yang kedua?
    “Following terlalu ramai dan follower yang terlalu sedikit”

    Eh ye ke bro? macam tu pun boleh kena suspend ke. Ish3…takpe2 skang punya nickname twit lagi mantap menyentap … selamat bertwitter bro poziabb

  22. September 15th, 2009 at 11:00 am

    Mantra says:

    waka selamat datang ke blog Mantra :)

  23. September 15th, 2009 at 11:01 am

    Mantra says:

    salam Bro luth,
    Tiada masalah bro :)

  24. September 30th, 2009 at 4:41 am

    Adney says:

    ade benar…… Aku nak ubah la gambar background twitter aku…. ape yg ko ckp semuanye best belaka……. seriusly! :D

    tq tqt tq
    .-= Adney´s last blog ..Video Editing: Movie Maker Essentials =-.

  25. October 1st, 2009 at 6:16 am

    Mantra says:

    Jangan lupa add Twitter http://twitter.com/epulmantra

  26. September 3rd, 2010 at 6:18 am

    Bellee says:

    finally,follow my twitter http://twitter.com/salsabilanr :)

  27. September 27th, 2010 at 1:47 pm

    adit says:

    wahh nice info nih, btw follow me http://www.twitter.com/AdityoAP :)

Leave a Reply