Saya seorang Newbie, bagaimana cara nak buat duit dari internet ya?
Adalah seorang hamba Allah bertanyakan bagaimana nak buat duit dari internet. Katanya dia baru sahaja mengenali dunia internet. Untuk pengetahuan tuan, saya bukanlah seorang yang hebat atau pakar dalam buat duit online. Sebabnya saya juga seorang Newbie, sama macam si bertanya ini. Tapi Mantra boleh beri beberapa idea bagaimana nak bermula.
Produk Digital
Bagi kebanyakan newbie, cara senang nak buat duit ialah melalui produk-produk PLR dan MRR. Bila dah namanya NEWBIE sudah tentu kita tidak mempunyai apa-apa produk sendiri. Membeli produk orang lain kemudian menjualnya dengan mendapat lesen jual semula. Patuhi syarat-syarat yang dikenakan dan anda boleh menjual seberapa banyak unit yang anda mahukan. Saya ada kongsikan panduan percuma tentang bagaimana saya mula menjual produk MRR di internet, download percuma di sini…
Affiliate
Nampak mudah tapi taklah mudah sangat sebenarnya. Iaitu dengan menyertai program affiliate. Tak perlu uruskan transaksi, tak perlu bina website untuk menjual dan tak perlu pening kepala menguruskan pertanyaan pelanggan. Tugas anda cuma menyertai apa-apa program affiliate yang FREE kemudian lakukan promosi yang berterusan. InsyaAllah pasti ada jualan terhasil
Servis
Kalau ada bakat dalam bidang grafik, mungkin boleh tawarkan servis membina banner, e-cover dan sebagainya. Jika berbakat dalam bidang penulisan, boleh mengambil upah sabagai penulis blog. Gunakan kebolehan yang anda ada untuk mencari wang di internet. Dengan servis anda juga dapat membina nama di internet jika servis yang anda tawarkan memang tip-top.
Kesimpulannya, ada banyak cara untuk buat duit di internet. Jika anda tak sure bidang apa yang paling sesuai cubalah sertai mana-mana forum dan belajar dengan mereka-mereka yang lebih berpengalamana. Ataupun anda boleh menggunakan pakcik Coogle sebagai sifu anda. Taip je apa yang anda nak. Pakcik Google sedia membantu.
Related Posts :
Tags: bisnes untuk newbie, buat duit affiliate, buat duit internet, buat duit online, buat duit produk mrr, buat duit servis, duit part time, perniagaan online
This entry was posted on Tuesday, May 4th, 2010 at 5:57 am and is filed under perniagaan internet, tips and tricks. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

May 13th, 2010 at 7:21 am
Sbnrnye bnyk produk atau servis yg boleh dijual kat internet, cuma nak tak nak je. Dan jugk perlu perancangan.
May 14th, 2010 at 11:44 am
@ Azizi Zulkefli,
Yup betul tu…kena brainstorming sikit…cari yang lain dari yang lain
May 28th, 2010 at 2:14 pm
dgn internet skrg pelbagai pendapatan kita blh dapat melaluinya..
May 28th, 2010 at 3:07 pm
Betul tu…taip je…apa yang tak tau mesti ada jalan penyelesaiannya…