Salam Ramadhan 2010
Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar kita dah pun sampai di Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kerana masih dipanjangkan umur. Rasa macam baru je sambut raya tahun lepas. Tau-tau je dah hampir sampai ke raya tahun ni pulak.
Hari ini hari 1st Ramadhan 2010 dan malam tadi adalah Solat terawih pertama bagi seluruh umat Islam di dunia. Di UTP, Alhamdulillah seperti tahun-tahun sudah masjid memang penuh sehingga ke saf belakang sekali. Memang boleh dikatakan semangat Ramadhan membara-bara di jiwa. Memang boleh dikatakan hampir semua tempat rasanya macam tu juga. Maklumlah, syaitan yang selama ini menghasut kita tiba-tiba takde. Yang tinggal hanya nafsu semata-mata. Nafsu ini pula pada walnya insyaAllah mudah untuk dikawal dan lama-lama ia menjadi susah sikit. Mana tak, selama 11 bulan kita tidak melatih nafsu. Jadi di bulan mulia inilah masanya kita melatih nafsu untuk 11 bulan yang akan datang (sehingga sampai ramadhan 2011 InsyaAllah). Diharapkan bilangan jemaah tidak semakin berkurang selepas beberapa hari ramadhan berlalu
Tak sabar untuk rasa hari pertama puasa. Urm, nak berbuka apa ya hari ni? baru mula puasa dah pikir pasal berbuka, tak patut betul…..
Kawan-kawan, jom kita gandakan amalan dibulan puasa kerana pahalanya juga berganda-ganda berbanding bulan-bulan biasa. Wallahua’lam…
Mantra mengucapkan,
SALAM RAMADHAN
Kepada Muslimin dan Muslimat
Related Posts :
Tags: bulan puasa, ramadhan 2010
This entry was posted on Tuesday, August 10th, 2010 at 11:04 pm and is filed under blog. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


August 11th, 2010 at 2:23 pm
selamat berpose mantra, senyap je skunk. senyap senyap ubi ni, hehe. kasi tunjuk ajar sikit. hoho
August 12th, 2010 at 3:41 am
senyap pasal busy sket la naz…da final year la katekan :p
August 12th, 2010 at 2:35 pm
salam ramadhan~
August 13th, 2010 at 6:25 pm
pose jgn x pose..
salam ramadhan..
August 14th, 2010 at 5:28 pm
la..dak UTP ke?hehe..lama aku tak pegi sana..dulu aku selalu pegi Convofair tu..:D
August 15th, 2010 at 5:38 am
@huzaira & @Nazif Hensem, Salam Ramadhan kembali. Mesti la puasa. Puasa tu kan wajib
@Reezluv, Yup Convofair memang meriah