Salam AidilFitri 2009
Wednesday, September 23, 2009 19:25Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Mantra,
“Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin”
Alhamdulillah berjaya juga kita lengkapkan Ramadhan dan kini raikan pula bulan Syawal yang kita nanti-nantikan.Mantra baru aje pulang dari kampung. Sebab tu lah baru dapat online. Di kampung, line talipon pun tak dapat apatah lagi line internet. Itu yang rindu sangat blog ni sebab dah lama tak update blog.
Bila balik dan buka email, waw! ada 350 email baru yang perlu dibaca! hohoho letih juga ya kalau setiap email nak dibelek. Mungkin mantra akan lakukan seperti apa yang disarankan oleh Gobala Krishnan untuk mengurangkan kepadatan mailbox. Tips ini telah Mantra baca sebelum raya lagi. Tips yang beliau sarankan ialah membuang senarai email yang tidak berguna, atau erti kata lain yang “tidak relevan” lagi dengan kita. Mungkin ini boleh mengelakkan kita dari terlepas pandang email-email penting yang patut kita baca, dah tak dapat dibaca kerana terselit dengan email-email kita yang tidak penting. Bahaya tu.
Kepada semua pembaca setia blog mantra, tentu korang semua sedia maklum yang blog ini mempunyai beberapa siri masalah kan? So mantra mintak maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada mantra. Walaupun blog ini tak dapat dibuka tempoh hari namun masih menerima unique visitor. Mantra sedang sebaik mungkin memulihkan keadaan.
Link Affiliate dah OK
Sepatutnya Mantra beritahu perkara ini sebelum Raya lagi, namun begitu masalah connection internet membuatkan perkara ini tidak diberitahu awal. Kepada agen affiliate dah boleh promo macam biasa. Harga setiap lead masih kekal RM 0.50. Lumayan tuh. teruskan usaha mempromosi. Akan ada hadiah untuk top affiliate nanti. Berminat menjadi agen affiliate? Register kat sini.
Cerita Raya
Macamana Raya 1st day kawan-kawan semua? Mesti best kan.Teringin pulak nak tau apa yang korang alami di hari pertama syawal taun ni. Mungkin ada yang happy dan ada jugak yang kurang Happy.
Mantra nak share sikit pengalaman raya 1st day Mantra pada tahun ini (2009).
Di kampong kami sembahyang raya start pada pukul 9.00 pagi. Walaubagaimanapun pukul 8.30 mantra dah ada di Masjid. Lepas Subuh terus stay dan tolong apa-apa yang patut didapur. Jika diikutkan nafsu memang terus berdengkur balik la lepas solat. Tapi dengan berkat Latihan Ramadhan boleh jugak lawan sikit nafsu tidur tu. hehehe…
“Cepat bang nanti orang dah ramai, susah nak dapat tempat”, kata-kata mak sebelum aku bertolak ke masjid. Sebab tu la awal-awal lagi dah ada di masjid. Mak memang macam tu, selalu nak cepat aje
Sebelum pegi ke masjid seperti biasa kami sekeluarga bersalam bermaaf-maafan. Maklumlah, dosa dengan ibu bapa dah banyak sangat!
Tahun ni aku happy sikit sebab dah dapat raya di kampung tidak seperti tahun sudah (raya di hospital). Sebabnya setahun yang lepas mak aku terlantar dihospital akibat penyakit ganjil yang tak diketahui puncanya, sehingga menyebabkan mak lumpuh. Mak tak boleh berjalan. Tak seperti dulu lagi. Kami sekeluarga cuma bertakbir dihospital teman mak. Kesian aku tengok mak time tu, semua pakai baju raya tapi dia…,,,,,
Alhamdulillah tahun ni mak ada 2 pasang baju raya
Mak dah boleh berjalan sikit tapi kena pakai tongkat sambil dipimpin tangannya. Teringat aku tahun lepas seminggu sebelum raya, waktu tu mak bawa aku pegi cari kasut raya
“abang nak drive ke mak nak drive?”, tanya mak aku.
“emak la, abang letih ni, puasa”, alasan aku si pemalas ni. Itulah pengalaman paling manis sebelum mak jatuh sakit. Ade lagi kasut tu aku simpan sampai sekarang. Sekarang bukan nak bawak kete, nak bejalan pun tak sempurna. Mak oh mak…mungkin ada hikmahnya.
Eh telebih pulak kisah pasal mak. Nanti abang sambung lagi la mak time hari ibu nanti. Sekarang hari raya, so to be continue la
Selepas habis kami bersembahyang raya, atuk ajak kami sekeluarga menziarah kubur. Aktiviti ini yang atuk aku akan lakukan selepas solat hari raya, setiap tahun. Aku pun setuju sebab sebelum ni habis je sembahyang terus balik. Tapi tahun ni tak, lain sikit. Mungkin dah dewasa ada sikit kesedaran. Kami berkumpul. Di kubur aku tengok atuk tengah mencari-cari sesuatu.
“atuk cari apa tu tok?”
Atuk tak menjawab. Satu-satu batu nesan dibeleknya. Nak tolong pun tak tau nak cari apa. So biar aje la.
“Ni ha”, sergah atuk. Aku lihat nama pada batu nisan. Tertera nama “Basir”. Teringat nama penuh atuk aku “Jamal bin Basir”. Oh….dari tadi atuk cari kubur moyangku rupanya. Maklumlah dah tua, ingatan pun dah tak berapa nak kuat. Seingat aku kali terakhir aku melawat kubur arwah moyang masa di tingkatan satu.
Setelah selesai kami bertahlil pula ke lagi satu tanah perkuburan dimana disemadikan jasad moyang aku sebelah perempuan. Di tanah perkuburan tu disemadikan juga adik beradik kepada moyang-moyangku. Pernah juga atuk bercerita tentang mereka. Tak dapat lihat wajah, dengar cerita pun seronok jugak.
Hari 1st raya sempat pergi 2 buah rumah je. Itupun jiran terdekat. Pasal rumah aku dikunjungi dengan sanak saudara dan jiran tetangga sehingga tak terlayan. So kenalah stay kat rumah layan tetamu. Lagipun emak takde siapa nak jaga.
Hari raya kedua dan ketiga pun begitu juga dari seawal 9 pagi hingga 11 malam rumah kami tak putus-putus mendapat kunjungan. Memang meriah walaupun letih, tak terasa letihnya kerana seronok tetamu datang dari jauh, seluruh Malaysia. Jadi untuk hari raya kedua dan ketiga mantra hanya duduk dirumah melayan tetamu sambil-sambil merisik anak-anak perempuan mereka dan gadis-gadis yang datang beraya.
Gitu lah kisahnya….
Wokey sekarang Mantra nak tau pulak apa yang terjadi kat korang time raya 1st. Mungkin ada yang happy boleh share dan kita sama-sama happy. Yang sedih boleh share untuk ubati hati yang terluka tu. Apa yang terjadi hari 1st raya korang setelah berpuasa selama sebulan? Mana la taukan ada jugak yang bangun sahur malam raya tu kehkehkeh…
P.S Kisah paling best Mantra kasi duit raya. Betul ni
Popularity: 4% [?]
11 Responses to “Salam AidilFitri 2009”
Leave a Reply





















beliamuda says:
September 24th, 2009 at 12:57 am
selamat hari raya..
wah2, dah belajar bagi duit raya eh..
beliamuda´s last blog ..Banyak betul kenduri kahwin pada musim perayaan kali ni
fathuri says:
September 24th, 2009 at 6:06 am
Assalamualaikum Mantra.
Wah! style penulisan kali ini ada kalainanlah…menarik!
Bestnya dapat layan tetamu dari seluruh malaysia kann…
“Jadi untuk hari raya kedua dan ketiga mantra hanya duduk dirumah melayan tetamu sambil-sambil merisik anak-anak perempuan mereka dan gadis-gadis yang datang beraya”
Ehem!!….raya depan Mantra boleh tulis no h/p pada sampul raya tu….Bukan bisnes saja kena promote, diri sendiri pun kena juga kan,kan kannnn..hehe
Ambo rasa raya kali ni memang antara yang paling best. Memang target nak belajar banyak perkara…Alhamdulillah tercapai hajat..
Selamat kembali mengejar impian
Fathuri
“pemburu impian”
http://www.fathuri.com
http://www.fathuri.ws
Mantra says:
September 24th, 2009 at 9:08 am
Selamat Haari raya…
saje-saje suke-suke je bro…hehe
Mantra says:
September 24th, 2009 at 6:52 pm
Salam kingFath,
Yup promote diri dan perniagaann.
Tu gurau-gurau aje la Hehehe…
Selamat kembali memburu impian juga
catzer says:
September 25th, 2009 at 10:11 pm
Thn ni raya paling best sbb anak2 sedara sume dah besar2 dah pandai bergaya..makciknya plak bgn tido lambat..kantoi!
catzer´s last blog ..Tips Menghalau Pembaca Blog
waka says:
September 26th, 2009 at 4:10 pm
huyo,
sakan nampak raya ni…
kat sampul duit raya tu lain kali chop siap-siap http://www.saifulizwan.com hehe
waka´s last blog ..Berniaga pasal suka duit
NoorZahida says:
September 27th, 2009 at 2:42 pm
salam mantra
selamat hari raya. maaf zahir batin. suka ngn entri kali ni
NoorZahida´s last blog ..Mungkin Sudah Terlambat
Mantra says:
September 28th, 2009 at 1:34 am
Alamak Kantoi pulak datang-tang dah habis semayang raya :p
Mantra says:
September 28th, 2009 at 1:48 am
Wah!
Ini idea bernas…lepas ni boleh try hehehe….
Mantra says:
September 28th, 2009 at 1:49 am
Yeke? thanks wahida
Jom “Menjadi Jutawan MLM” / Blog Mantra says:
September 28th, 2009 at 12:48 pm
[...] kongsi pengalaman raya pertama anda untuk mendapatkan duit raya dari Mantra disini var linkwithin_site_id = 39921; (function () { var elem = document.createElement(’script’); [...]