Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Review ebook Buat Duit Raya Ammar Zahar

Salam sejahtera pembaca blog mantra,

Macamana tadi ada yang ponteng solat terawih tak? Haih korang ni:) Lain kali jangan makan sampai perut tu penuh sangat. Nanti badan boleh jadi malas. Terasa beraaaat je badan.

kawan-kawan. Beberapa hari lalu mantra ada post entry tentang idea buat duit raya. korang perasan tak? Untuk makluman program tu dah pun ditutup. Sebabnya ada beberapa kesilapan teknikal yang tak dapat dielak. Program ini telah pun ditutup secara professional oleh pemiliknya kelmarin. Jangan pulak tanya mantra nanti kenapa komisennya tak masuk pulak ye. Sedih kan? sebab tak sempat lagi kumpul duit raya :(

Tadi, Mantra baru habis baca satu ebook yang ditulis Ammar Zahar bertajuk “buat duit raya“. Mantra rasa korang pun mesti pernah dengar ebook ni kan? Kalau tak pernah eloklah rasanya mantra nak reiew sikit tentang ebook “buat duit raya“. Kalau rasa-rasa ok, tak salah kalau korang nak sambar 1.

Review ebook buat duit raya Ammar Zahar

duit-dan-rayaSatu lagi produk keluaran Ammar Zahar, seorang usahawan intnernet muda yang mantra sangat respek dan mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa. Daripada Rahsia Newbie sehinggalah ke duit mania dan kini idea “buat duit raya” pula. Belum pun sempat setahun meneroka perniagaan internet Ammar zahar telah berjaya mencipta puluhan ribu ringgit melalui proagram affiliate dan produk digital diinternet. Apa yang ammar dapat ini mantra rasa lebih tinggi dari gaji seorang enggineer yang telah bekerja selama 5 tahun.

Kali ini cara buat duit yang ammar zahar cerita bukan sekadar biz online malah boleh juga dilakukan secara offline (tak perlu komputer dan internet). Ammar membongkar 10 cara buat duit yang mana sesuai diguna pakai ketika menjelang musim hari raya. 10 cara bukannya sedikit dan mantra rasa ini adalah satu perkongsian yang sangat bijak. Ebook ini simple dan straight to the point.

Sesetengah perniagaan akan maju apabila tiba musim-musim tertentu sahaja. Sebagai contoh pada hujung tahun kebiasaannya ibu bapa akan sibuk duk cari baju dan seluar sekolah untuk anak-anak mereka. Maka pada waktu ini orang yang berniaga pakaian sekolah adalah orang yang paaaaaaling beruntung. Begitu juga ketika musim perayaan seperti Hari raya.

Apa yang Ammar cuba sampaikan dalam ebook setebal 46 mukasurat ini ialah penyelesaian masalah kepada pelbagai masalah yang bakal dialami oleh orang ramai apabila menjelangnya waktu hari raya. Di sebalik masalah itu amar keluarkan 10 jalan penyelesaian kepada mereka dan dengan penyelesaian itu anda mampu buat duit dengan baaaaaanyaknya kalau betul cara yang dilakukan itu.

kebiasaanya sebelum raya(ramadhan)ramai orang yang akan bertungkus lumus untuk menyediakan persiapan hari raya. Antaranya mencari kuih raya. Kebiasaanya orang sekarang dah takde masa nak bahagikan masa mereka untuk buat kuih raya. Mereka lagi suka membeli. Kata mereka lebih Cepat dan senang. Tak payah pikir benda lain dah lepas ni, walaupun duit habis beratus-ratus ringgit.Ala apa salahnya setahun sekali bak kata mereka.

Ha nampak dah lubang duit disitu? Oh masih tak nampak.Takpe kira teruskan. Dengan berpandukan case study diperenggan sebelum ni, korang boleh buat duit dengan menjadi pembekal kuih raya. Thats it! Itulah salah satu cara yang dibongkarkan oleh cara buat duit raya Ammar zahar ini.

” So what? semua orang tau benda ni. Nak duit raya jual lah kuih raya. benda biasalah!”

bukan setakat itu sahaja yang Ammar bongkarkan. Ebook ini turut memberitahu pembekal-pembekal kuih raya yang korang boleh dapatkan dengan harga murah. Hah, kan dah senang tak perlu pening kepada dari mana kita nak dapatkan pembekal kuih raya tu. kan kan kan?

Ini baru 1. Ada lagi 9 cara lagi buat duit raya. Boleh juga dikatakan “lubuk duit raya”. Mantra tak dapat nak dedahkan semuanya diblog ini. Ammar tak bagi mantra bongkar lebih-lebih. Nanti Hilanglah privasi ebook tu. Cara yang didedahkan oleh Ammar memang betul-betul boleh buat duit raya!

Walaupun ada beberapa perkara yang mantra rasa agak biasa dan mantra sendiri pun dah tahu. Namun hanya tahu sahaja tidak cukup kalau kita tak tahu macamana nak memasarkan produk tersebut. Tiada pasaran bermakna bisnes anda lingkop! ebook ini juga ammar jelaskan bagaimana memasarkan produk dan servis yang bakal anda jalankan. Ikut sahaja langkah yang diberi. Yup ammar beritahu step-by-step.

Bukan setakat produk, perkhidmatan juga mampu buat duit raya. Perkhidmatan apa? dari mana nak dapatkan sumber? bagaimana nak promot? semuanya ada diterangkan dalam ebook yang dijual dengan harga RM 10 panduan “buat duit raya” dari Ammar Zahar.

ianya cuma RM 1 = 1 idea

Oh ya beberapa rakan Ammar telah berjaya melakukan beberapa perniagaan yang diterangkan dalam ebook ni. Mungkin selepas ini mantra pun akan tergolong dalam salah sorang tu. Who knows? yang penting kita dah tau dan tinggal nak push, push dan puuuuuush. InsyaAllah Mantra akan usahakan dan Wassalam.

P.S review ini dibuat hasil bacaan dan pemahaman penulis sendiri. Ini bukan review cetak rompak ye dan any comments?

Tags: , , ,

10 Responses to “Review ebook Buat Duit Raya Ammar Zahar”

  1. September 3rd, 2009 at 4:29 pm

    Abu Samah says:

    Ammar Zahar memang bijak dan cool orang nya.Relek je masa jumpa kat UTM skudai.

  2. September 4th, 2009 at 2:59 am

    safar says:
  3. September 4th, 2009 at 8:46 am

    waka says:

    amar zahar memang bijak, bijak, bijak

  4. September 5th, 2009 at 8:28 am

    Mantra says:

    @ Abu Samah @ waka

    Yup betul tu Ammar memang bijak dan dia “buat” apa yang kita tak “buat” :)

  5. September 5th, 2009 at 9:15 am

    broSKL says:

    aku dah beli ebook dia..terbaek la..eh mana link aff ko..?

  6. September 5th, 2009 at 12:07 pm

    Mantra says:

    Link affiliate? mane ade link affiliate :p ehehehe…

    (ade kat atas tu kechik jew…)

  7. September 17th, 2009 at 10:33 am

    Motivasi Kerja says:

    Saya dah beli ebook tu. Idea simple tapi insya Allah boleh bawa untung. Tapi tak sempat nak buat sebab lambat beli
    .-= Motivasi Kerja´s last blog ..Bekerja Untuk Memenuhi Keperluan Dan Kehendak =-.

  8. September 17th, 2009 at 10:38 am

    Mantra says:

    Baguslah. At least kita dah ada idea kan? Sama la macam sy tak sempat dapat tau pun dah pertengahan puasa. Kalau ada rezki kita try raya taun2 akan datang

  9. August 30th, 2010 at 6:12 pm

    Raya dah Dekat. Persiapan macamana? | Blog Mantra says:

    [...] buat duit dari musim yang datangnya setahun sekali ni. Suka Mantra ingatkan kembali, tentang satu review yang Mantra buat tahun lepas berkenaan idea-idea yang kita boleh gunakan untuk mencari duit [...]

  10. June 13th, 2011 at 4:33 pm

    Tablet Honeycomb says:

    Semakin lama harga komputer semakin murah, mungkin karena banyaknya produk2 komputer yang beredar… :)

Leave a Reply