Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Problem Akses Blog, lagi-lagi masalah

Tak lari lagi dari masalah ecover Action kini masalah kedua pulak timbul. Beberapa hari ni Mantra tak dapat loading blog ini tidak tau apa sebabnya. Ingatkan masalah server. Sampaikan hantar support ticket kepada admin server. Tiada masalah pulak katanya dan server 100% OK. Bila ditanya rakan-rakan lain pun sama, tiada masalah. Dan barulah dapat dikesan yang problemnya datang dari komputer sendiri :hish: . Bila dicuba pada komputer orang lain memang tiada masalah yang timbul. Menyusahkan orang lain betul ah…

Apa masalahnya? page tak dapat diloading kerana IP adress tak dapat dikesan. Apa yang keluar cuma status “link broken”. Komputer lain ok jer. Mungkin ada sesiapa yang pernah menghadapai masalah yang sama macam ni? harap boleh bantu. Buat pengetahuan korang, post ini pun ditulis melalui komputer orang. Dah nasib badan..

Untuk pengetahuan beberapa widget di blog Mantra yang tak berapa penting telah dibuang mengikut saranan Abangzol dan Kampung Boy. Tips ini memang mantra pandang serius memandangkan mantra sendiri pun tension bila page blog ini mengambil masa 5 minit untuk selesai diloading. Kadang-kadang kena klik 2 ke 4 kali untuk refresh blog bagi mendapatkan loading yang sempurna. Mana boleh tahan macam ni… korang pun boleh tension asek jenguk blog yang lembab macam ni kan?

Perubahan ini diiringi juga dengan penambahan plugin “WP SuperCache” mengikut saranan sifu Adsense kita. Mungkin masalah utama tak dapat loading ni ada sangkut pautnya dengan plugin ini. Mungkin plugin ini dapat membantu dalam loading dan acces ke blog Mantra dengan lebih cepat. Tak tahulah sama-sama kita saksikan.

Itu je update kali ini. Minggu ini hanya sibuk untuk trouble shoot blog untuk keselesaan pembaca semua. Sambil-sambil tu buat projek setup blog orang. Blog-blog jugak keje sekolah jangan lupa plak :)

P.S eh korang taknak ke Antivirus Kaspersky yang mantra promote tu :p

Tags: , ,

2 Responses to “Problem Akses Blog, lagi-lagi masalah”

  1. September 16th, 2009 at 7:16 pm

    Adney says:

    i preferred avira.. :)
    .-= Adney´s last blog ..Hakikat Bila Menyebut Mengenai Manchester United =-.

  2. September 17th, 2009 at 10:33 am

    Mantra says:

    Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Terpulang kepada pengguna itu sendiri :)

Leave a Reply