Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

PLR,MRR dan RR apa bezanya?

Amende la mantra merepek ni tetibe nak keluarkan artikel tentang PLR,MRR dan RR ni? Oh jangan risau, mantra siapkan artikel ni khas untuk permbaca ebook mantra yang bakal siap nanti. Ha takde la korang pening kepala sebab boleh refer aje post ni. Dalam ebook mantra nanti mantra akan tunjukkan macamana mantra buat USD1 untuk pertama kalinya di internet. Aritkel ini akan menerangkan jenis produk digital yang boleh diniagakan diinternet.

Tajuk Artikel: Perniagaan Internet Untuk Semua

———————————————————————————

Dunia hari ini semakin popular dengan perniagaan internet. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar dan boleh dilakukan dimana-mana asalkan anda mempunyai peralatan dan sambungan internet.Antara kelebihan lain perniagaan internet juga kadang-kala tidak memerlukan untuk kita memiliki produk sendiri. Ini bermakna perniagaan internet tidak semestinya hanya boleh dilakukan untuk mereka yang mempunyai produk untuk dijual sahaja.

Contoh perniagaan internet yang tidak memerlukan produk sendiri ialah perniagaan affiliate dan perniagaan yang mempunyai lesen “rights” dibelakangnya (PLR,MRR,RR). Kedua-dua ini tidak memerlukan kepada produk anda sendiri tetapi anda juga mampu melakukan perniagaan internet.

Perniagaan affiliate ialah mempromosi produk orang lain dan memperolehi pendapatan daripada hasil jualan produk tersebut. Kebiasaanya anda akan mendapat komisen bergantung kepada berapa peratus daripada harga barang, seperti yang telah dipersetujui oleh merchant(pihak penganjur program affiliate). Merchant yang bagus memberi komisen setinggi 50% dan kadang-kadang sehingga 70% dari harga barang. Jadi anda boleh memilih produk yang sesuai untuk anda promosi dan permberian komisen yang tinggi hasil setiap jualan.

Ia berbeza pula dengan jenis perniagaan “rights”. Perniagaan ini anda tidak mempromosi produk orang lain tetapi mempromosi produk sendiri dan keuntungannya adalah 100%. Berikut merupakan sedikit penerangan tentang jenis peniagaan “rights” yang boleh anda ceburi:

PLR

Bermaksud Private Label Rights.  Produk ini anda boleh mengubahsuai isi kandungan, warna,menukar nama penulis kepada nama anda dan boleh mengubahsuai surat jualan mengikut citarasa. Pendek kata anda mempunyai lesen besar untuk mengubah kandungan produk digital yang dibeli. Kemudian produk digital ini anda boleh jual di internet dengan label nama anda sebagai pengeluar produk tersebut. Anda juga dibenarkan untuk menjual kepada user lain bersama lesen PLR/MRR/RR/Personal Use sahaja.

MRR

Bermaksud Master Resell Rights. Yang ini ketat sikit. Anda tidak boleh mengubah suai produk digital. Hanya perubahan pada surat jualan sahaja dibenarkan. Pemilik asal produk tersebut hendaklah dikekalkan. Namun begitu dibahagian surat jualan anda boleh meletakkan nama anda sebagai reseller yang sah. Anda dibenarkan untuk menjual produk tersebut kepada user lain dengan lesen MRR/RR/ personal use.

RR

Bermaksud Resell Rights. Anda hanya boleh manambah nama anda bersama pembuat asal produk tersebut. Tidak boleh menukat isi kandungan surat jualan apatah lagi produk digital tersebut. Berikut ialah salah satu contoh user yang mendapat hak jualan Resell Rights untuk 1 produk digital.

http://saifulizwan.com/panduanftp

Di internet terdapat perlbagai jenis produk digital yang turut menyediakan lesen-lesen diatas. Anda perlulah bijak memilih produk mana yang bagus untuk dipromosi. Pastikan produk tersebut mempunyai surat jualan yang menarik untuk dibaca. Adalah menjadi suatu kerugian jika surat jualan produk anda tidak dapat menarik minat pembaca untuk membeli.

Berdasarkan artikel diatas maka benarlah perniagaan internet adalah untuk semua. Ia tidak semestinya memerlukan produk sendiri untuk dijual. Kadang-kadang tanpa apa-apa produk pun pengguna internet mampu mendapat wang yang banyak(Adsense). Terpulanglah kepada anda untuk menilai tetapi dengan adanya semangat ingin tahu dan ingin belajar, maka akan lahirlah ramai usahawan internet pada masa akan datang dan yang menariknya, mereka hanya berkerja dari rumah.

———————————————————————————————–

berkenaan penulis:

Mohd Saiful Izwan adalah seorang pelajar  universiti swasta tempatan dan berkecimpung dalam dunia perniagaan produk digital dan blogging secara sambilan. Dia juga turut membantu orang ramai dalam menyediakan blog WordPress menerusi websitenya http://blogekspress.com

————————————————————————————————

ANDA DIBENARKAN UNTUK MELETAKKAN ARTIKEL INI DIMANA-MANA YANG ANDA MAHU TERMASUK BLOG ANDA SENDIRI ASALKAN BAHAGIAN “BERKENAAN PENULIS” TIDAK DIUBAH DAN DIBIARKAN SEPERTI YANG ASAL. Anda boleh mengubah atau menambah link dalam artikel kepada apa-apa link yang anda mahu termasuk link affiliate.

P.S Jika terdapat kesilapan pada fakta dalam artikel ini sila PM saya secepat mungkin menerusi contact atau ruangan komen. Atikel ini 100% fresh content tau :p

Tags: , , , ,

7 Responses to “PLR,MRR dan RR apa bezanya?”

  1. August 3rd, 2009 at 9:31 am

    abgzol says:

    Aku suka theme ni simple & cool :) actually yg paling penting adalah isinya..theme yg gempak2 pun kalau lambat nak loading pengunjung sure akan lompat ke blog lain punya! Rugi ler kan..lebih-lebih kalau yg masih guna dial-up. Topik PLR, MRR & RR ni memang sangat bagus untuk sesiapa sahaja yang masih baru dlm dunia IM ni pasal istilah tu memang asing..aku dulu pon gitu gak ingatkan amende ler istilah tu :D kui..kui..kui..thank’s bro!

  2. August 3rd, 2009 at 1:07 pm

    Nozi says:

    Salam Mantra,

    Lama tk online ni. Takat cuit2 kat twitter tu dan la jugak sekali sekala.Adeh,sibuk ajerk skrangn ni.Macam2 benda la hai.

    Wa..sudah meriah blog Mantra eh.Good2.Mmg mantap.hehe..

    Pasal istilah MRR & RR ni akak pun baru tau sejak menjinakkan diri as a blogger ni. Pasal PLR ni baru faham. Sbb sebelum ni pernah dgr singkatan dia tp tak tau in detail. Thanks ye for sharing. :)

  3. August 3rd, 2009 at 2:08 pm

    Mantra says:

    @ abgzol blog ni pun sebenarnya dah berat nih. Kena kurangkan sket apa-apa yang patut. Al-maklumlah nak jadi blog yg sempurna la katekan. Macam-macam nak diletaknye. Anyway abg zol dpt tak soklan yang sy tanye tu? ehehe

    Pasal istilah “rights” ni dulu mmg tak tau pape la tapi skang insyaAllah dah boleh sikit-sikit. Sikit masa lagi nak launch my 1st ebook. jangan lupa promote nanti ye abgzol :)

  4. August 3rd, 2009 at 2:17 pm

    Mantra says:

    @Nozi Ye ke. Biase ler tu orang bekeje.. kak ada sy kasi email dah baca? hehe dok tunggu reply ni :)

  5. August 3rd, 2009 at 7:13 pm

    abgzol says:

    Terima kasih bro masukkan link aku kat blog nih ;) dan sbg penghargaan link blog ni pun aku dah add kat blog aku. Err..soklan yang mana yek? Sorry..aku tak perasan lak! Wahh..hebat la dah naka terbitkan ebook sendiri :D berbayar ker free atau ppl? Sure..aku akan tolong promote & buat review kat blog aku nanti janji bagi ler aku baca dulu..hehehehe! Salam suksess..

  6. August 4th, 2009 at 5:45 pm

    Mantra says:

    @ abgzol Bro tu mesti. Bro tak dapek ke email tu? aisey ni kes masuk SPAM box la ni. takpe2 nanti ku kirim lagi sekali ye. Ha pasal ebook tu FREE je bro. Siapelah sy ni nak jual2 hehe. Bro mesti baca dan bagi feedback ok. Cuma ada masalah sket. Pasal ecover yang tak berapa nk menjadi. Nanti bro tengok masa sy lancarkan. Tungguuu….

    thanks atas sokongan abgzol :)

  7. May 6th, 2010 at 10:29 am

    Adam Heglund says:

    I wanted to say your blog is in my daily read list on #29.

Leave a Reply