Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Pengiklanan Internet: Google Adwords Pay Per Click (PPC)

Lebih kurang 2 minggu juga blog Mantra tak dapat diakses. Ini disebabkan oleh serangan malware terhadap beberapa plugin dan skrip wordpress. Dan malware ni merebak dengan cepat sehingga banyak blog tidak dapat diakses baru-baru ini. Dan masalah ini akhirnya dapat disetelkan oleh pihak HOSTING yang blog Mantra gunakan. Terima kasih kerana servis dan keperihatinan pihak JOMHosting yang begitu memuaskan :)

Sepanjang tempoh kerosakan teknikal kelihatan trafik blog Mantra semakin pupus. Graf menunjukkan trafik semakin menurun hingga mencecah ’0′. Sedih juga dibuatnya. Namun apa nak buat. Masalah teknikal. Begitulah akibatnya jika blog tak berfungsi dengan baik, sedikit sebanyak akan memberi impak kepada bilangan trafik yang datang ke blog kita.

Oh ya, berkata tentang trafik teringat pula tentang Pay Per Click Google Adwords. Mungkin anda yang pernah terbaca dimana-mana ataupun yang masih belum tahu Google Adword adalah program pengiklanan milik Google yang memberi khidmat pengiklanan berasaskan keyword. Pengguna akan dikenakan bayaran mengikut kadar setiap klik yang pengiklan sendiri tetapkan.

Google Adword salah satu pengiklanan yang cepat untuk mendapatkan trafik. Pokoknya jika ada modal, anda boleh menarik seramai mana pelawat ke website. Untuk mudah, pastikan anda ada kredit/debit kad sebelum mula gunakan perkhidmatan Google Adwords. Untuk bermula, klik link ini http://google.com/adwords

Untuk setiap klik anda boleh setkan berapa kos untuk 1 klik dan berapa budget iklan untuk sehari. Ia boleh mengelakkan dari terlebih budget. Apabila budget dah sampai limit, automatik iklan anda di Adwords akan dihentikan.

Anda bayar untuk iklan yang di’klik’ sahaja

Anda hanya dikenakan bayaran apabila iklan anda di klik sahaja. Jika tiada klik dari pelawat, maka tiada apa-apa bayaran dikenakan. Untuk kedudukan iklan, anda perlu menetapkan kos untuk setiap klik supaya kedudukan iklan anda berada pada kedudukan page pertama Google (itulah yang terbaik). Jika kos keyword tersebut terlalu mahal, buat sedikit research untuk mencari keyword yang kurang persaingan tetapi tinggi hasil cariannya. Google ada menyediakan software khas untuk mencari keyword pengikalanan, dinamakan ‘GOOGLE Adwords Keyword Tool’. Gunakan tool ini untuk mencari keyword pengiklanan anda yang sesuai.

SELAMAT MENCUBA!

Tags: , , , , , , ,

6 Responses to “Pengiklanan Internet: Google Adwords Pay Per Click (PPC)”

  1. May 4th, 2010 at 2:12 am

    Nozi says:

    Salam Mantra,

    Baru dapat akses blog mantra hari ni.

    Bagus info nih. Bagi sesiapa yang belum tahu Google Adwords, inilah ilmu asasnya. :)

  2. May 4th, 2010 at 3:46 am

    Mantra says:

    @Nozi, Salam.. Yup lega rasanya. Alhamdulillah blog tak hilang. Kalau tak menangis juga dibuatnya :D

    Anyway, thanks kerana ambil berat :)

  3. May 4th, 2010 at 12:58 pm

    mesticun says:

    maknanya.risiko agak kecil.kita tak rugi
    sangatlah.

  4. May 4th, 2010 at 5:29 pm

    Mantra says:

    @mesticun,
    Yup. Kita bayar bila ada klik je. So kita tau la berapa trafik yang datang ke web kita melalui kempen adwords

  5. May 5th, 2010 at 1:55 am

    etomyam says:

    baru terbaca benda ni ….terima kasih kongsi info bro..memang berbaloi nampaknya

  6. May 14th, 2010 at 11:43 am

    Mantra says:

    @etomyam,
    sama-sama lah kita berkongsi …

Leave a Reply