Pengalaman Menjual di Ebay Menyeronokkan. Setelah Seminggu berhempas pulas, hampir 60 listing dibuat barulah ada jualan
2 minggu yang lepas, Mantra mengambil keputusan untuk membuka semula akaun Ebay yang dah ‘berhabuk’. Lebih kurang setahun dah tinggalkan ebay. Langsung tak pernah buat jualan. Kalau listing pun adalah satu dua yang view, yang bid nya pula ’0′.
Entah kenapa, terasa ingin mencuba ebay semula. Tambah lagi, Mantra ada dapat barang ‘baik punya’ dari kawan. Mana lah tau kut-kut boleh laku macam pisang goreng kat Ebay. Dalam akaun Paypal pun adalah beberapa belas dolar untuk modal permulaan.
Lebih kurang seminggu, listing di Ebay tetapi tiada jualan. Mula-mula tu kecewa juga, tetapi bila sedar ada kesilapan yang berlaku terus jadi bersemangat semula. Kesilapan yang Mantra maksudkan ialah tak membuat research terlebih dahulu sebelum membuat listing di Ebay. Main taruk aje harga berapa nak asalkan tak rugi. Salah kut, faktor harga bukan penentu untuk berjaya membuat jualan di Ebay. Dari try and error yang Mantra buat dalam masa seminggu,
Kita perlu pastikan barang yang kita jual ada permintaan, dimana terletaknya golongan-golongan yang meminta apa yang kita jualkan maka di situlah lubuk duit.
Bagaimana nak tahu? cara paling simple, Mantra cuma gunakan tool yang disediakan Google. Tool tersebut namanya Google Trends. Dengan Google Trends, kita akan tahu di mana letaknya permintaan produk yang kita akan jual. Nampak simple tapi memberi impak yang besar. Tak percaya? Tengok ni
Jualan untuk 2 hari selepas menggunakan Google trends
Dengan fungsi Google trends, korang boleh membuat perbandingan dengan hasil carian. Taip sahaja beberapa produk pada ruangan yang disediakan. Google Trends akan membuat perbandingan dan akan memberitahu korang dimana terletaknya permintaan untuk produk-produk tersebut. Tetapi, ianya secara general sahaja. Hasilnya akan memberi gambaran tentang permintaan sesuatu produk dengan memberitahu di negara manakah produk tersebut sedang mendapat perhatian.
Bagi orang macam Mantra ni penggunaan Google Trends adalah benda yang biasa sahaja. Kebiasaannya penjual-penjual di ebay mempunyai banyak tool-tool lain yang mereka gunakan untuk membuat research. Lebih gempak dan canggih. Apa yang penting, kena research dulu sebelum mulakan listing. Daripada 5 listing, 3 mengena. Alhamdulillah!
Meneronokkan!
Kenapa ebay menyeronokkan? Antaranya
- Menjual di Ebay tak perlukan laman web sendiri. Boleh jimat duit untuk beli domain dan hosting. Cuma perlukan modal sedikit untuk membuat listing. (kalau ebay Malaysia Free jer)
- Tak perlu penat lelah, letih lesu untuk mempromosi. Setiap hari beratus-ratus ribu (entah-entah juta) orang akan memasuki ruang Ebay untuk membeli belah online!
Setiap sesuatu ada kelemahannya. Di Ebay produk digital tak dibenarkan. Hanya produk-produk fizikal sahaja yang dibenarkan. Perlu ada modal pula untuk pembungkusan dan penghantaran. Namun, ia bukanlah masalah yang besar sangat. Boleh diuruskan jika perancangan yang betul dibuat sebelum memulakan perniagaan di Ebay.
Lebih kurang 2 minggu yang lepas Mantra terbaca satu post yang dibuat oleh Encik Rohaizad di blognya berkenaan mencuba peluang lain. Sebelum ini, dah bermacam-macam cara buat duit di internet yang Mantra telah cuba termasuk blog advertising, affiliate, PPL, PPC, produk digital dan kini tiba giliran Ebay pula.
Alahai, rasa-rasanya tak larat jika nak buat semua. Mantra cuba dulu kemudian jika rasa selesa Mantra akan decide dan tentukan yang mana perlu diteruskan dan yang mana perlu ditinggalkan. Maklumlah, buat part time income waktu zaman belajar bukannya perkara yang senang. Masa sangat terhad!
Untuk next listing, Mantra akan update di blog ini samaada rugi atau untung.hehehe…kalau untung, boleh belanja kawan-kawan. Mantra juga masih teruskan untuk belajar teknik-teknik perniagaan di Ebay. Newbie perlu banyakkan usaha dan latihan. Ebook berkenaan Ebay? dah banyak baca tapi cuma tak di aplikasikannye lagi. Termasuk ebook dari Otai Ebay Sifu Lan. Member baik Mantra, juga otai ebay yang pernah buat RM 10000 sebulan dari ebay juga turut membantu. Terima kasih kawan
Kalau korang juga berminat nak buat bisnes di Ebay tetapi takde produk untuk dijual, korang buleh cuba satu ebook yang dijual oleh Expert Eruwan Gerry. Ebook ini akan beritahu lubuk-lubuk yang korang boleh dapatkan produk fizikal dari China pada harga murah atau syarikat dropship yang sememangnya sedang hangat dalam bisnes Ebay. Wait for my next update!
Siapa dia Eruwan Gerry? Ini dia sedikit informasi tentang beliau,
Secara ringkasnya, Eruwan Gerry Norsen adalah merupakan seorang Pakar Lelongan Online di Malaysia. Beliau merupakan penjual dan juga pembeli di dalam portal lelongan online ternama di Malaysia, iaitu Lelong.com.my, dan juga portal lelongan online nombor satu di dunia, iaitu ebay.com.
Beliau juga merupakan ‘Education Specialist trained by eBay’, yang menjadikan beliau di antara sebilangan kecil rakyat Malaysia yang diiktiraf berkelayakan oleh pihak eBay untuk membimbing individu lain mengenai selok-belok eBay.
Beliau telah menulis beberapa buah buku yang berkaitan dengan lelongan online ini. Di antaranya ialah, ‘Rahsia Raja Lelong’, ‘Secrets of the Lion King’ dan ‘Rahsia Jutawan Lelong’. Beliau juga pernah muncul di TV Malaysia, dan sering mengadakan pelbagai ceramah di seluruh negara, menyampaikan pengetahuan di dalam bidang berkenaan. <sumber>
P.S Pukul 10 pagi kat Malaysia, kat US dah pukul 10 malam. Ehem-ehem, sejak join Ebay ni dah mula tau time kat overseas pulak
Related Posts :
Tags: beli barang murah, buat duit dengan ebay, import barang murah, jual barang ebay, tips ebay, tips penjual ebay
This entry was posted on Thursday, June 10th, 2010 at 11:54 am and is filed under perniagaan internet. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

June 10th, 2010 at 6:14 pm
Good luck bro, apa jenis bisnes pun kalau kita tak focus mmg tak berapa nak menjadi.
June 10th, 2010 at 7:26 pm
Salam Catzer, thanks sudi singgah blog ni. Saya sokong dengan pendapat otai blog hehehe
June 14th, 2010 at 3:34 pm
hoho..tahniah. tahniah. bukan senang tu nak wat sales..
June 15th, 2010 at 11:19 am
Bro Titan, thanks..rezki hehe
June 23rd, 2010 at 4:03 pm
Blog Mantra » Dah sampai.Fuh! leganya says:[...] Buat pertama kalinya barang yang Mantra hantar ke Overseas dah sampai. Lega rasanya… “yes i received the item [...]
July 18th, 2010 at 3:33 am
assalamualaikum mantara.
Wah…sudah lama tidak berkunjung ke blog ni. bz dengan perkara-perkara baru dalam perniagaan. pape pun, tahniah kerana dah berjaya meneroka satu lagi ruang baru dalam perniagaan internet. salam kejayaan!. sok2 boleh ajar daya pula ye?
July 18th, 2010 at 9:13 pm
Waalaikumussalam, Terima kasih kerana sudi berkunjung. Lama juga tak dengar khabar en, Faizal kita ni. Alhamdulillah, Ada la sikit rezki. InsyaAllah jika diberi kesempatan boleh aje untuk mengajar
October 24th, 2010 at 6:02 am
berebay syok, tapi kena limit la plak..sabo jela
October 25th, 2010 at 11:12 am
Akaun Paypal kena limit ke?
October 27th, 2010 at 1:48 am
bukan akaun paypal kena limit…barang yang selalu laku jual kena limit 30 hari
October 27th, 2010 at 10:39 am
Uii… Hot item tu
March 11th, 2011 at 4:55 pm
memang best kalau sales kat ebay mengena..saya penah main ebay kejap masa tu gara-gara kehangatan ebook sifu lan..memang menjadi..tapi disebabkan banyak persaingan sale jadi menurun…nak cari idea baru tak jumpa2..smpai skrang akaun ebay tu jadi berabuk dan bersawang.