Paypal Wishlist, ape benda tu?

paypal-wishlist1Pertama kali dengar mengenai Paypal Wishlist. Macam menarik. Tambahan pula rakan-rakan sibuk promote kat FACEBOOK. Ape benda Paypal Wishlist ni? Terasa ingin tahu pulak. Kenapa mereka begitu semangat sekali promo Paypal Wishlist ni. Apa motif Paypal? maka Aku pun open link dari salah satu blog kawan aku yang turut promote Paypal Wishlist.

“Share the PayPal WishList with your friends via Facebook, and for each friend who downloads and creates his or her own PayPal WishList from your invitation, we will pay you an additional $1 USD (up to the maximum total sum of $100 USD per PayPal account)”

Pergh, lubuk! Paypal nak kasi duit ni kate aku dalam hati. Aku pun menjadi lebih teruja nak tau dengan mendalam lagi. Yealah lagi-lagi abila ade peluang duit macam ni yang tak perlu susah payah keluar duit. Free jer. Ah tak kisahlah ambil masa lama nak faham kan benda ni betul-betul pun sebab aku tak perlu risau exam aku dah habis :D

Kalau korang dah ada Paypal inilah masanya untuk penuhkan akaun Paypal korang dengan program Wishlist ni. Ini adalah berita baik buat korang semua. Sebab apa? sebab program ni korang boleh join tanpa apa-apa kos. Free. Ini link dia untuk tengok wishlist Mantra [My Paypal Wishlist...]

So aku pun memulakan langkah-langkah yang diterangkan bagaimana nak join Paypal Wishlist. Pertama sekali aku perlu ada akaun Paypal. Ok lulus. Aku memang dah ada akaun Paypal lebih kurang setahun dulu sewaktu awal-awal kenal dunia internet. Seingat aku, Barang pertama aku beli diinternet ialah melalui Ebay menggunakan pembayaran melalui Paypal.

Kalau korang tak lulus ini jangan risau. Korang tengok tutorial ringkas Mantra buat macamana nak daftar paypal [Cara daftar Paypal...]. Percayalah, banyak manfaatnya bila ada akaun Paypal. Daftar je satu walaupun tak digunakan ;)

Masukkan email Paypal yang digunakan dan tekan butang submit.

submit-email

Wokey lepas dah register email Paypal, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah membina wishlist kita. Pada page yang sama cari butang warna oren bertajuk “Create new wishlist”. Kalau tak sure yang mana, butang dia sebiji macam gambar ni

create-new-wishlistklik gambar untuk lebih jelas

Untuk membina Wishlist ni, korang just pilih kategori item yang korang nak dan ‘drag’ (klik sambil tarik mouse) ke dalam kotak kosong yang disediakan. Ada 5 petak kosong yang perlu diisi. Contohnya macam Wishlish yang Mantra buat [my Wishlist...]

bina-wishlistOk sekarang semuanya dah siap. Apa yang korang perlu buat ialah kenalkan Wishlist ini kepada rakan-rakan lain supaya mereka juga buat wishlist seperti korang. Dengan berbuat demikian, korang akan mendapat $1 jika seorang membina wishlist dari link yang korang kongsikan.

Macam mana nak share kepada rakan-rakan lain? Dalam page yang sama, tekan butang “invite friends”. Pilih semua kawan-kawan di Facebook dan publish berkenaan ini di ‘Wall” mereka. Mudahnya Paypal Wishlist ini kerana ianya menggunakan fungsi share di Facebook. Jadi hanya 1 klik korang boleh share Paypal Wishlist kepada rakan-rakan lain di Facebook.

Korang ada masa lebih kurang dalam 1 bulan (selepas entry ini ditulis) kerana Paypal Wishlist akan berakahir pada 31 Disember 2009. Bagi komisen pula, akan diberitahu dari masa ke semasa melalui email sebelum 28 Febuari 2010.

Syarat-syarat menyertai Paypal Wishlist [original] :

  1. Terbuka kepada pendaftaran baru akaun Paypal atau pengguna Paypal sedia ada, sepanjang tempoh promosi Wishlist.
  2. Register email akaun Paypal melalui Paypal Wishlist sepanjang promosi.
  3. Umur sekurang-akurangnya 18 tahun. Akaun Paypal mestilah Valid
  4. Mempunyai Akaun Paypal rekod baik dan no untuk dihubungi sepanjang tempoh promosi. Akaun baik bermaksud akaun tidak di ‘Hold’ atau di’suspen’ oleh pihak Paypal

You will be entitled to $1 USD for your own PayPal WishList, plus an additional $1 USD per friend who uses your invitation to create his or her own PayPal WishList, provided your friend has a PayPal account. Each person is only entitled to create one (1) PayPal WishList. For the avoidance of doubt, in the event your friend receives more than one invitation, only the person whose invitation is used to create the former’s PayPal WishList, will be entitled to the $1 USD.

Klik link ini untuk membina Wishlist anda : Paypal Wishlist

buat-duit-dengan-paypal-wishlist

Paypal Wishlist, ape benda tu?
This entry was posted in duit free and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Paypal Wishlist, ape benda tu?

  1. Nozi says:

    Salam Mantra,

    Dah habis exam ek.Enjin blog pun bertambah panas la ye. :) Amacam exam,kacang ke tak? hehe..kacang je kan. Harap scorer la nnti.

    Bagus juga perkongsian nih.Saper tak nak dpt duit mcm ni punya senang. Best ni. Akak nk buat juga la kejap lagi. From your link. :)

    Apa tujuan Paypal wat benda ni ek. Mungkin utk promosikan penggunaan Paypal itu sendiri. Apa2 pun, ambik terus kesempatan ni. Sebulan je ni. ;)
    Thanks for sharing.

  2. Mantra says:

    @ nozi, Salam kak

    Senang? takdelah mane de senang. Killer subject kebanyakannya hehehe..
    Ok untuk Paypal Wishlist ni rasanya mereka nak promote penggunaan Paypal.
    Sebab tengok syarat pun dah tau. Kena reg akaun paypal atau guna akaun sedia ada.
    Sebab lain, tak dapat dikenal pasti lagi.

    reg melalui Mantra? Wah thanks :) very appreciate it…
    harap2 ktia semua dapat kumpul $100 dalam tabung Paypal kite ek :D
    .-= Mantra´s last blog ..Kembali Merekrut! Azam dan semangat baru =-.

  3. a3d says:

    hehe… thanks 4 d for comment on my blog
    I already collected this $100usd and its now stop to count
    check the proof in my blog ^^
    .-= a3d´s last blog ..Paypal Wishlist Free Money From Paypal !! =-.

  4. mantra says:

    awesome,
    you do very great job!
    How do you make it so fast? :D

    I just get $3 for now

  5. mohdisa says:

    wah, bilalah aku nak ada paypal account ni. ades
    .-= mohdisa´s last blog ..Ulasan The Twilight Saga New Moon =-.

  6. mantra says:

    @ Mohdisa, buat jangan tak buat bro hehe :)

  7. Melayu says:

    Menarik ni..
    aku pun baru jer try..hehe
    .-= Melayu´s last blog ..Update Facebook, Twitter, WordPress, Blogspot dengan SMS =-.

  8. Mantra says:

    @ melayu, bagus cuba jangan tak cuba…
    macam pernah ku lihat blog bro tapi di mana ya…

  9. UNIC says:

    Apa yang special tentang Paypal wish list ni? Macam best jer?
    .-= UNIC´s last blog ..Fact and figure of ‘Dust Mite’ =-.

  10. Mantra says:

    @UNIC, Paypal nak kasi duit free…tu yang bestnye hehehe
    .-= Mantra´s last blog ..Tips: Cara Menyusun Page Blog WordPress =-.

  11. a3d says:

    duit dh masuk dh lam akaun :D

  12. Pingback: Blog Mantra » Paypal Wishlist dah bayar komisen, bestnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>