Papadom Satu lagi Filem yang buat aku Impressive
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Sebelum ni mantra ingat nak review tentang film Setem arahan Khabir Bhatiar tapi tak sempat dek kekangan masa. Filem Setem memang satu filem yang menghiburkan selain jalan ceritanya yang menarik. Lakonan Mantap dari Afdlin Shauki memang menarik minat orang ramai untuk gelak dengan lawak sempoi beliau. Baru Semalam Mantra menonton satu lagi filem lakonan beliau iaitu PaPadom. Filem sentuhan Afdlin Shauki memang betul-betul menarik.
Papadom ialah kisah seorang bapa yang telah insaf dengan zaman kesibukannya untuk meningkat taraf hidup keluarganya. Akibat busy mencari kesenangan hidup menyebabkan Isteri dia meninggal dunia, excident. Masa tu dia sepatutnya drive anak dia untuk hari sukan sekolah anak dia tapi isteri dia pulak terpaksa drive kerana dia sibuk menguruskan kedai “Nasi Kandar SAADOM” milik dia dan rakan kongsi.
Dan sejak dari kematian isterinya dia langsung tak mengabaikan tanggungjawab terhadap satu-satunya anak perempuan yang dia ada iaitu Miasara(lakonan liyana Jasmay). Dimana ada Mia, maka disitu ada bapanya. Hampir setiap pergerakan diperhatikan bapanya. Sampai Mia yang kiut lagi comey sendiri pun rimas dengan perbuatan bapa dia tu. Yelah kalau bapa korang macam tu pun sure korang taknak punya kan?
Cerita ni banyak bermain dengan emosi. Sedih, gembira, kelakar, hepi, suspen semuanya ada. Nampak gaya lawak yang dipersembahkan agak sempoi dan masih fresh lagi. So cerita ni memang tak bosan. Ada je benda yang boleh buat korang gelak. Tambahan pula dengan bantuan lakonan QUe Haidar, Vanida Imran dan Farid Kamil. Memang sempoi. Ok tak bleh review lebih2 nanti korang kena tengok sendiri.
Mantra rate filem ni 5 bintang. Time filem ni habis, sempat lagi dia buat orang gelak dan orang ramai bangun dan tepuk tangan. Memang patut filem ni menang banyak anugerah walau ia belum ditayangkan. Semuanya nampak puas hati tengok cerita ni. Yes, korang kena tengok. Jangan ingat semua filem melayu tak boleh tengok kat wayang
P.S Bagus untuk pengajaran papa-papa di Malaysia yang sibuk mencari kesenangan hidup dan mengabaikan masanya dengan anak tersayang. Jadilah seperti PapaDom. Semoga ia menjadi pengajaran :peace:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Celcom Air time RM 10 kepada sesiapa yang bertuah, salin kod dibawah pada enset anda dan request. Siapa bertuah dia yang dapat. Jangan lupa komen bila dah dapat
0624555722408756
Related Posts :
Tags: filem baru, filem melayu best, filem papadom
This entry was posted on Saturday, October 10th, 2009 at 10:42 am and is filed under Muzik dan Hiburan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

October 10th, 2009 at 11:51 am
baru masuk pawagam ni.. tak de masa nak tengok.. kena tunggu illegal punya dulu la.. hehe..
neway, TQ 4 da RM10.. (^_~)v
.-= beliamuda´s last blog ..Andai dapat ku undur masa =-.
October 10th, 2009 at 10:46 pm
Oh illegal eh…ehehehehe. Lambat bro…
October 11th, 2009 at 4:32 am
hahah! nice. mesti tengok nih. =)
.-= naz´s last blog ..Better late than never =-.
October 12th, 2009 at 6:07 pm
Tengok bro. Aku percaya ni filem kesukaan bro…hehehe
October 13th, 2009 at 5:28 am
Tak tengok lagi la, amacam best tak cerita ni?
.-= Kobot´s last blog ..Apply Google Adsense tapi Google tidak luluskan? =-.
October 13th, 2009 at 5:26 pm
huhuhu…aku jarang tengok citer mayu! tambah lagi kat tenganu mana ada panggung wayang daa!
*psst…dulu kat kaytee ada mpat pawagam very big, and nam cineplex,,,sekali maksiat berleluasa, MB (Wan Mokhtar) robohkan sumernya!
aku: seminggu sekali tgk astro saluran 411
.-= Poziabb´s last blog ..Tawaran Sebutharga KWSP =-.
October 14th, 2009 at 2:22 pm
Haih itu lah masalahnye. Kalau dah panggung namanya. Gelap-gelap ….
October 14th, 2009 at 2:25 pm
Best? sempoi…
October 17th, 2009 at 3:56 am
best cite nih. aku baru je tengok semalam..
.-= titan´s last blog ..Edisi Siasat: Buat duit dengan BlackHat =-.
October 17th, 2009 at 9:28 am
best cerita papadom. kasih sayang seorang papa bernama saadom.diselitkan dengan lawak-lawak ringan. mmmmm.memang dah lama tak tgk cerita melayu sebenarnya. saya bagi kategori best untuk cerita ni
.-= goldemas´s last blog ..Road Show Bersama JUTAWANEMAS, POKLI & PUBLIC GOLD ke Seluruh MALAYSIA =-.
October 19th, 2009 at 5:31 am
adusss nak tengok sangat2 filem ni..insyallah hujung mggu ni kalau free..
October 19th, 2009 at 6:12 am
sebenarnya..afdlin shauki,pewaris bakat p ramlee…real aku cakap..sampaikan allahyarham yasmin ahmad,bagi tahu dia tak pernah ketawa dengan aksi filem melayu selepas filem pramlee,dia ketawa dengan aksi lucu filem melayu,apabila afdlin shauki,membuat filem….
.-= ishak´s last blog ..Cara mudah cipta virus…. =-.
October 20th, 2009 at 12:54 am
Bro Titan dah pegi tengok hehehe…
mesti puas hati punye..
October 20th, 2009 at 12:57 am
Bro Goldemas mengatakan “best”…. Yezza…
October 20th, 2009 at 1:04 am
InsyaAllah WAnmus, tengok jangan tak tengok…
October 20th, 2009 at 1:05 am
Afdlin membuat filem yang ada kelainan.sokong pendapat tu..