Panduan Pelaburan Emas-Bukan semua orang tahu tentang ini
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Alhamdulillah dah masuk hari kelima Ramadhan hari ni. Macamana dengan hari keempat? Pasti lebih bersemangat bukan? Untuk lebih bersemangat lagi mari kita sama-sama baca doa ini
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih”
Adakah korang pernah dengan tentang Pelaburan Emas? soalan ini kalau ditanya pada Mantra tentunya saya akan jawab “Ntah,Tak tahu pun benda ni”. Yang mantra tau, emas ni kalau sesiapa yang memilikinya boleh buat aset. Kalau time-time terdesak boleh ler kita pajakkan untuk dapat duit. Tak pun pegi ke Bank Muamalat untuk pajak emas yang kita ada(biasanya orang pompuan ler kan). Tak lebih dari tu yang Mantra tau. Tapi sejak keluarnya ebook Panduan tentang pelaburan Emas ni barulah terbuka sikit minda ni, oh macam ni pun boleh buat duit.
Panduan pelaburan Emas -> Emas-emas yang Hilang
Untuk pengetahuan korang panduan ini merupakan satu panduan padat berinformasi mengenai ilmu pelaburan yang sangat tidak dipedulikan ramai tapi amat menguntungkan iaitu EMAS.
Kebanyakan dari kita hanya melihat ASB sebagai pelaburan yang paling selamat, mudah dan tidak berisiko. Padahal pelaburan emas adalah lebih baik dari itu. Bukan mengatakan mereka perlu berhenti melabur dalam ASB dan menyertai pelaburan emas, tapi mereka boleh mempelbagaikan pelaburan mereka yang dapat memberi lebih sumber kewangan mereka.
Review Panduan Pelaburan Emas
Berikut antara kandungan-kandungan yang terdapat dalam Panduan Pelaburan Emas :
1. Kelebihan Emas Dalam Menjana Kekayaan
2. Kenapa Pelaburan Emas Menguntungkan?
Dalam bab ini, kita akan ditunjukkan mengapa pelaburan emas amat menguntungkan. Anda akan ditunjukkan statistik dan panduan melihat kenaikan harga emas di pasaran dalam jangka masa pendek, sederhana dan jangkamasa panjang. Tahun 2007 – 2008, kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3% dalam setahun!
3. Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas?
“betul ke dengan RM 100 kita boleh melabur emas?”
Disini kita akan diterangkan langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan pelaburan emas kita sendiri tanpa melibatkan orang tengah. Kita adalah BOS kepada pelaburan kita. Kaedah ini semuanya sah dan tidak menyalahi undang-undang. So, jangan risau untuk mempelajarinya. Apa yang diajarkan ini semuanya tidak banyak diketahui oleh orang ramai kerana teknik ini biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan emas. Sebenarnya orang biasa seperti kita juga patut mempelajarinya.
4. Faktor Yang Mempengaruhi Harga Pasaran Emas
Kita sebagai pelabur, wajib mengetahui. Faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas.Oleh itu kita tidak akan mudah terpedaya dengan pelbagai spekulasi pasaran harga emas ini. Jika anda bermain untuk jangka masa pendek dan sederhana, faktor ini amat penting sekali.
5. Strategi Pelaburan Emas
Sebelum memulakan pelaburan emas, kita akanbelajar mengenalpasti apakah yang kita inginkan dengan keuntungan pelaburan emas? Adakah ianya untuk kahwin, bayar hutang, simpanan hari tua,
pendidikan anak-anak atau lain-lain? Dengan startegi yang paling sesuai, matlamat atau apa yang kita idamkan akan tercapai!
6. Untungkah Dengan Mengadai Emas
Dalam bab ini, kita akan ditunjukkan bagaimana dengan menggadai emas, kita akan mendapat keuntungan yang lebih, bukannya kerugian. Inilah yang sering tidak diketahui oleh ramai orang.
7. Sesuai Ke Buat Pinjaman (Loan) Untuk Melabur Dalam Emas?
“Pelaburan ni sah Beb”
Dengan membuat loan kita mampu menjana keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Kita akan ditunjukkan satu study case yang dilakukan oleh En Syukor (penasihat utama ebook ini) yang menunjukkan terdapat keuntungan 51.88% dalam masa 5 tahun pelaburan emas ini. Bukan itu saja, teknik pemanipulasian ASB untuk melabur dalam emas juga akan ditunjukkan di mana kita akan mendapat keuntungan dari ASB dan pelaburan emas serentak!
8. Antara Kelebihan Dinar Emas
Dalam bab ini, kita akan ditunjukkan bagaimana dinar emas dijadikan pelaburan paling berkesan untuk tujuan meminang gadis pujaan atau naik haji dalam tempoh masa tertentu. Dan kita boleh memulakannya sekarang!
9. Tip-tip membeli dan menukar barang kemas
Dalam bab ini kita diajarkan teknik terbaik untuk mendapatkan nilai yang terbaik untuk barang kemas kita. Selepas ini, kita semua tidak akan ditipu orang lagi terutamanya tokey-tokey pajak gadai.
10. Awas! Berhati-hati Dengan Skim Pelaburan Emas
Kita akan ditunjukkan bagaimana skim pelaburan emas berfungsi. Dan dengan panduan ini, ianya mampu menyelamatkan kita dari terjebak dalam skim-skim pelaburan emas yang menipu wang kita.
Begitulah sedikit sebanyak kandungan Ebook Panduan Pelaburan Emas ini. Memang sangat berinformasi kan? Sebab itu ianya sangat-sangat laris dan panduan ini sedang HOT sekarang. Tak percaya? Panduan jualan ini buat pengetahuan korang telah dibuka untuk kali kedua setelah jualan pada pembukaan kali pertama telah mencecah RM 40000! Ini pengakuan dari Tuan punya ebook sendiri.
Pernah dilancarkan pada 14 Julai 09 lalu dan ditutup jualannya buat masa ini bermula pada 2 Ogos 2009. Sebanyak hampir 560 unit ebook terjual dalam masa 17 hari dengan jumlah jualan terkumpul hampir RM40, 000
Ini menunjukkan perkara ini masih baru dengan “orang kita” dan mereka berebut-rebut untuk mengetahuinya. Jadi tak salah jika mantra sendiri Garu kepala bila dengar tentang Pelaburan emas hehehe…
Sebelum ini panduan ekslusif ini telah terjual pada harga RM 70 pada pembukaan pertama. Namun, setelah jualannya ditutup untuk melakukan update pada kandungan ebook, panduan ini telah dibuka semula pada harga RM 80. Mantra mendapat info bahawa ebook ini akan dinaikkan lagi dalam masa terdekat ni. Tak tahulah pulak bila. Untuk mendapatkan panduan ini boleh layari page jualannya di Rahsiaemas.com.
Mantra harap dengan sedikit perkongsian dengan pembaca, bertambah lagi koleksi ilmu bagaimana memantapkan ekonomi diri sendiri. Semoga kita mendapat manfaat bersama. Kepada yang bujang dan gatal nak kawin macam aku ni boleh jadikan panduan ini sebagai bantuan dan dorongan.
Selamat Bersahur
Saya tunjukkan anda bagaimana menjalankan perniagaan Master Resell Rights dengan mudah dan senang didalam satu panduan diberi nama PANDUAN NEWBIE MRR. Anda boleh dapatkan percuma sekarang tanpa perlu bayar RM 37 ke akaun saya. Download di sini > Panduan Newbie MRR
Related Posts :
Tags: emas, emas tulen, gold investment, labur emas, pelaburan emas
This entry was posted on Tuesday, August 25th, 2009 at 5:42 pm and is filed under Investment. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.





August 26th, 2009 at 2:28 am
Belum tahu lagi nak belikah ebook ini.apa salahnya orang lelaki nak belajar.manalah tahu lebih selamatkah.hehehe.
August 26th, 2009 at 12:59 pm
betul tu safar…tak salah kan
September 11th, 2009 at 3:23 am
doa-doa bulan puasa 10 puasa terakhir | Blog Mantra says:[...] masa cuba di”minimize”kan sebaik mungkin. Bak kata orang tua-tua “masa itu emas” dan kata pak syeikh arab pula “al Saatul kassoif” bermaksud “masa itu [...]
December 4th, 2009 at 9:03 am
Ebook ni memang berbaloi untuk dimiliki banyak yang boleh dipelajari darinya
December 4th, 2009 at 1:05 pm
@ buat duit dengan emas, elok sangat la tu:) memang banyak benda kat dalam hidup ni yang masih kita tak tau. Jadi, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin
February 14th, 2010 at 11:58 pm
salam. singgah ke blog kedai
emas kami ye. tq tuan blog, tumpang laluan k..
.-= nazman´s last blog ..Loket / Pendant =-.
February 17th, 2010 at 7:23 pm
@Nazman, InsyaAllah akan singgah…thanks singgah ke sini ye
.-= mantra´s last blog ..SEO Content sangat penting untuk Blog Niche =-.
December 2nd, 2011 at 7:37 am
Free Modern Warfare 3 Double XP Codes says:Free Modern Warfare 3 Double XP Codes…
[...]Blog Mantra » Blog Archive » Panduan Pelaburan Emas-Bukan semua orang tahu tentang ini[...]…
December 10th, 2011 at 3:25 am
Cheapest player speeches and toasts, or perhaps toasts. continue to be brought about real estate . during evening reception tend to be likely to just be comic, witty and therefore instructive as nicely. greatest man speeches totally free 838308