Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower
Malaysia Cheap Web Hosting KASPERSKY ANTIVIRUS 2011 hanya RM 29/year

Pizza Hut buy 1 free 1 ~ Temporary out of service

Tadi mak halo2 aku, suruh balik awal. Ingat kan ade pe la tadi. Rupanya beliau suruh aku orderkan PIZZA-HUT yang BUY 1 FREE 1 punya promotion. Owh~ kalau bab makan aku takde masalah punya.

” Tadi mak kol dia kate kena order online baru boleh dapat free 1″

Sesampainya di rumah, terus je bukak lappy kesayangan aku untuk buat tempahan online. Cuba isi semua maklumat yang diperlukan dan follow steps yang diberikan. Follow punya follow, then sangkut sebab probs ni:

  1. Tak boleh nak letak address. Kalau takde address macamana nak complete registration. Kalau complete pun macamana nak hantar pizza tu. Nak hantar ke mana?
  2. Cuba kol orang pizza nak tanya. Beliau (seorang kakak) kate – adik kena juga register online baru boleh dapat free 1. Aku explain kat dia tentang probs 1 tadi. Dia kate takpe try lagi. OK FINE.
  3. Masalah lain pulak, alamat yang ditaip. Lain yang taip lain yang keluar. Kol lagi orang pizza, dia kate suruh tunggu lagi 10 minit then register sekali lagi.
  4. Semua dah OK. Bila tekan button “submit”, apa yang keluar “Our Service Temporary Unavailable”

Good result kan? Uh3….kalau gini la gayanya, lebih baik tak payah order lah senang. Bukan apa, promotion bagus, harga best, tapi sayang bab nak mendapatkannya sangatlah rumit dan sukar.Harap-harap pihak yang terlibat cuba baiki mutu web tu supaya orang senang nak order yer.

Akhirnya, aku pegi jugak beli Pizza. Bukan Pizza hut tapi Canadian Pizza. Sebab nak FREE 1 punya pasal! kat TESCO RAWANG. Haih, nasib mak aku x cari batu belah batu bertangkup ~

WordPress tiba-tiba buat bengong?

Seperti biasa aku yang kekeringan idea untuk menulis, tiba-tiba terasa ingin menulis di blog kesayangan aku ni dan membuka page yang sememangnya semua orang dalam dunia ini, yang menggunakan blogdotcom nya sendiri akan taip – domain.com/wp-admin. Dan ketika aku menaip http://saifulizwan.com/wp-admin sekitar jam 3 petang 6 Jan 2011 page ini yang muncul. Arg!

Gambar ini pun nak dekat 8 kali aku cuba upload

Page not found? What the hack! Terus hilang mood aku nak menulis menaip. Tak pernah selama ni aku mengalami situasi sebegini. Bila ditaip /wp-admin akan keluar page not found. Buntu juga aku dibuatnya. Untuk menghilangkan rasa buntu apa yang mampu ialah buat dono je dengan blog ni sampailah 7 Jan 2011 pukul 2.37 pagi aku cuba login semula dan ALHAMDULILLAH, sebab tulah post ini selamat ditulis.

Baru aku perasan blog ini dah boleh diupdate ke WP version 3.0.4. Atas sebab keselamatan tanpa melengahkan masa terus update version dan semua plugin yang ada. Harap-harap benda ni x jadi lagi. Kalau tak, macamana aku nak menulis menaip lagi lepas ni. Sabar je la~

Wanna Try Genuine Antivirus for FREE?

Cuba korang ingat balik bila kali terakhir korang beli Antivirus? Mungkin dah nak expired kut. Ataupun korang still pakai FREE VERSION of Antivirus. What? tak takut ke? memanglah orang kata ‘dah ada yang free buat apa nak pakai yang berbayar’. Tapi bukan nak kate la, FREE dengan TAK FREE banyak bezanya kawan-kawan. Macam langit dan bumi!

Ni nak bagitau Mantra ada nak kasi FREE try untuk sesiapa yang berminat menggunakan Genuine Antivirus. Caranya mudah aje, asalkan korang ada blog dan blog memenuhi kriteria dibawah ye:

  1. Blog dot com atau blogspot.
  2. Blog mempunyai visitor lebih 300 sehari (unique visitor ye, bukan pageview).
  3. Mempunyai link exchange yang melebihi 10 link.
  4. Blog berusia 12 bulan dan ke atas.

Itu sahaja. Tak berat kan syaratnya? jadi kalau ada yang berminat, sila la Halo-Halo Mantra gunakan contact form di atas tu ye. Korang akan dapat Antivirus dengan license key secara percuma untuk 1 tahun. Antivirusnya adalah BitDefender Internet Security 2011. Zaaasss!