KASPERSKY ANTIVIRUS 2011 hanya RM 29/year
Index Blog Tanpa Kos dari Blogger Rohaizad
Aku baru je menghabiskan ebook yang ditulis oleh pro Blogger, Saudara Rohaizad. Tajuk ebook ni ialah Index Blog (Tanpa kos). Ebook 19 muka surat ini menceritakan tentang 3 teknik mudah bagaimana mengindex blog. 3 cara ini memang biasa kita dengar, kalau blogger tak peliklah apabila topik submit URL, Ping dan Feedburner dibincangkan. Tapi aku tak sedar bahawa teknik yang sangat mudah ini lah yang digunakan bro kita ni sehingga blog beliau tersenarai dalam top 100 malaysian bloggers.
Kalau korang tak kenal, inilah dia gambar Pro blogger Rohaizad. Beliau ini dah buktikan bahawa blogging merupakan salah satu career yang boleh membuahkan hasil ribuan ringgit. Aku pernah menghadiri salah satu seminar Smart Blogging yang dianjurnya. Daripada seminar itu banyak yang aku pelajari terutamanya dalam mebuat deal tentang blog advertising. Aku taknak cerita panjang tentang beliau. Korang bacalah mengenainya di blog Rohaizad.com.
Bukan senang Pro nak bagi tips. Dah la percuma pulak tu. Kalau ikutkan, boleh je bro Rohaizad nak letak harga pada ebooknya. Tapi beliau tak buat sebab perkongsian ilmu tu dah menjadi tabiat bro kita ni. Aku tabik respek dengan anak melayu macam ni
Nah, aku kongsikan linknya, Tips Index Blog. Semoga korang mendapat manfaat.
TweetKolam Memancing Ikan Air Tawar Seri Desa Serendah
Kolam ini terletak di sebuah perkampungan orang Asli di Serendah, Selangor. Port ini memang menjadi port lepak hujung minggu aku bersama kawan-kawan dan kekadang aku pergi seorang diri. Apa yang menariknya disini keadaan suasananya yang tenang, dikelilingi bukit dan pokok, hutan semulajadi membuatkan aku berasa lebih seronok untuk memancing.
Untuk kaki pancing yang nak lepaskan gian, kolam ini tidaklah terlalu seronok memandangkan kolam ini tidak mempunyai banyak jenis ikan iaitu ikan Ara dan ikan patin sahaja. Dan saiznya sekitar 2 kg ke 5 kg sahaja. Tetapi untuk ketenangan jiwa setelah penat bekerja dihari biasa, anda boleh juga bawak isteri dan anak-anak untuk lepak sama-sama memancing disini
Daripada 5 aku bagi 4 markah. Sebab aku suka sangat kolam ni ialah ianya bersih. Susah nak nampak sampah disini. Mungkin waktu aku pergi ni baru dibersihkan. Tetapi aku suka sebab ikan kat sini kategori average dan taklah perlu struggle sangat untuk naikkan ikan. Sambil duduk pun buleh.
Untuk yuran memancing, setiab batang pancing akan dikenakan RM 25 selama 3 jam dan untuk ‘main’ midnight RM 35 sahaja (pukul 12 malam sampai 7 pagi). Disini tidak disediakan jaring untuk ikan. Terdapat kemudahan tandas, surau, kedai minum dan turut menjual umpan dan alatan memancing disini.
Inilah hasil tangkapan, ikan rohu ataupun Ara sekitar 2 kg ke 4 kg. Umpannya cuma roti sahaja. Ikan ni, best masak lemak cili api ataupun bakar cecah dengan air asam. pheeewit~
TweetIntern.my website untuk mencari peluang Internship di Malaysia
Intern.my adalah satu laman web yang dibangunkan untuk student-student di Malaysia yang masih mencari tempat untuk latihan industri. Di Malaysia, kebiasaanya internship akan dilaksanakan pada tahun terakhir sebelum tamat pengajian. Tapi ada juga yang internship ketika di tahun ke-3, semester ke-2 iaitu sebelum kemasukan ke tahun akhir. Contohnya, di Universiti aku sendiri.
Aku sangat tertarik dengan tema laman web ini. Temanya lebih kurang mudah.my. Tetapi mudah.my ialah tempat orang mengiklan barang untuk dijual. Di intern.my pula syarikat mengiklankan kekosongan yang ada untuk para pelajar di Malaysia ini menjalankan latihan industri. Penampilan laman web ini simple dan sangat jelas. Maksud aku ianya tidak complicated dan mudah untuk sesiapa saje yang melayari laman web tersebut. Laman web yang simple juga penting kerana ia tidak menjejaskan waktu loading pelawat apabila tiba ke website tersebut. Satu idea yang sangat kreatif! Di intern.my setiap posting di laman tersebut akan dikenakan bayaran sebanyak RM 100. Aku percaya owner website ini sudah tebal poketnya ehehe
Pernah suatu ketika aku berfikir untuk membuat website sebegini. Namun apakan daya, nak memiliki website macam ni memerlukan komitmen yang tinggi. Kalau main redah aje, nanti jadilah website yang orang kate ‘asal boleh aje’. Tak mau la macam tu kan. Tengok-tengok dah ada orang buat pulak. Kenalah cari idea lain pulak lepas ni. Website ibu mengandung mungkin
Untuk pelajar yang masih tidak mendapat tempat lagi untuk semester baru ni, apa kata korang jenguk-jenguk intern.my mana tau ada kekosongan yang memerlukan kepakaran korang? Apa lagi share la dengan kawan-kawan korang yang lain dengan menekan butang TWEET kat bawah ni kalau sudi





